15 January 2012

Neelofa Tiada Hubungan Dengan Hans Isaac

korang ada baca tak pasal isu neelofa gan Hans Isaac?...mesti korang tahukan....Neelofa niekan cantik dan juga seksi...mesti ramai jejaka yang ingin mendekatinya....Termasuklah pelakon kacak  Hans Isaac....Hans Isaac tak dapat jugak tawan Neelofa walaupun dah berkawan rapat....Yalahkan...mesti kawan dulu baru bercinta betul tak?ingin mengenali hati budi masing-masing...Tup-tup keluar gosip baru "Neelofa tiada hubungan dengan Hans Isaac"...susah jugak nak tackle neelofa nie ya.... Takpun Neelofa nie...jinak-jinak merpati,makin jinak makin susah untuk dekati  hihihi betul ke...peribahasa aku tue....Kat bawah Neelofa menjelaskan tentang hubungannya dengan Hans Isaac...
 

PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa mengesahkan tidak menjalin hubungan istimewa dengan aktor dan penerbit Hans Isaac seperti yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata keakraban di antara mereka yang sering dilihat bersama di depan khalayak hanya berlandaskan hubungan sesama rakan artis tanpa membabitkan soal hati dan perasaan.

“Saya tidak nafikan kami memang rapat dan kerap berjumpa dan keluar bersama tapi ia hanya hubungan biasa. Saya tidak pasti mengenai reaksi dan pemahaman Hans tentang keakraban kami.

“Sebagai wanita, saya akui selesa dengannya. Bagi pihak saya, tiada apa yang serius pada waktu ini, apatah lagi yang membabitkan soal hati dan perasaan,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.
Neelofa yang menolak dakwaan bahawa gosip tersebut hanyalah gimik publisiti filem terbarunya Lemak Kampung Santan, berkata walaupun mereka serasi berkawan, dia enggan mengulas lanjut sama ada hubungan itu akan bertukar menjadi lebih serius atau sebaliknya.

“Saya senang berkawan dengannya tetapi itu tidak bermakna ia akan menjadi hubungan yang lebih serius kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan terlebih dahulu.
“Saya berharap masyarakat akan faham dengan penjelasan ini sebagaimana Hans memahami keputusan saya,” katanya.

Terbaru, Neelofa bakal bersaing dengan aktres Izara Aisyah, Nur Fathia Latiff, Tasha Shilla dan penyanyi Najwa Latif dalam senarai Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang popular Berita Harian ke-25 (ABPBH25) pada 8 April depan.


P/S:Neelofa nie...dahlah cantik...pandai pulak design Kasut tumit tinggi tau...Sesiapa nak kasut tumit tinggi untuk kawin boleh tempah gan Neelofa nie....tapi mahal la....hihihi

5 comments:

  1. cun nya neelofa ..neelofa ada hubungan dgn sy kot ? hahaha

    ReplyDelete
  2. Mana2 wanita Islam yg dpt memujuk Hans memeluk Islam dan mengahwini mereka tentu dpt pahala besar asalkan tujuan Hans masuk Islam bukan kerana faktor wanita itu, tapi faktor Allah...

    Tajuk entri terbaru di blog JR: "Jom Tidur Dengan Isteri Aku, Sapa Nak Dapat Upah"

    ReplyDelete
  3. secara jujur sy tak minat sgt si neelofa nie..tp biasalah tu artis nak cover.klu ada hubungan sekalipun msti ckp takde..tkut saham jatuh.haha..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠