Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan. Malahan ia berkhasiat untuk kesihatan manusia. Khasiatnya telahpun diketahui pada tahun 5000 sebelum Masihi berdasarkan tulisan-tulisan purba orang-orang Babylon, Greek, Roman dan Mesir.Orang-orang Mesir purba percaya memakan bawang putih setiap hari untuk mendapatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pekerja yang membina piramid juga dikatakan banyak memakan bawang putih. Orang-orang Greek pula menggunakannya untuk memulihkan penyakit typhus dan dysentary iaitu penyakit berak darah serta mengelakkan jangkitan bakteria dan gangrene pada luka semasa perang.
Para saintis pula mendapati bahawa bawang putih mengandungi alliin, terbitan sejenis asid amino. Apabila ditumbuk atau dihancurkan bawang putih akan mengeluarkan sejenis enzim yang dipanggilallinase yang akan menukarkan alliin kepada allicin iaitu sejenis antibiotik yang mengandungi tindakan antibakteria yang bersamaan dengan 1 % penisilin. Oleh itu bawang putih sesuai digunakan untuk merawat luka-luka.
Memakan bawang putih dengan kadar yang tetap akan memberi perubahan yang besar kepada pesakit jantung aterosklerotik. Ianya juga dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah kerana metilalil trisulfat yang terdapat pada bawang putih berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah. Kajian juga menunjukkan bahawa bawang putih menipiskan platelet darah dengan menghalang pengumpulan darah.
Oleh itu serangan jantung dapat dielakkan. Bawang putih juga agen anti kulat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli-ahli sukan di bahagian kaki mereka (Candida albicans). Ianya juga berkesan mengelakkan jangkitan 20 % kulat lain.
Satu kajian di China menunjukkan bawang putih berkesan untuk menyembuhkan penyakit Cytococcol Meningitis, iaitu sejenis penyakit radang otak yang berbahaya. Bawang putih juga boleh menyembuhkan penyakit selsema dan demam selsema. Allicin yang bertindak menghalang tindakan bakteria di dalam saluran pernafasan. Dengan ini masalah hidung tersumbat dan influenza boleh diatasi. Bawang putih juga kaya dengan protein, vitamin A,C, tiamin dan galian-galian surih seperti tembaga, zink , kalsium,potassium, sulfur, germanium dan selenium.
Kegunaan bawang putih yang lain:
- Membuang angin
- Menambah dan mengawal selera makan
- Mengurangkan sakit gigi,gusi dan gigi yang longgar
- Merawat batuk dan batuk kering
- Merawat selesema
- Merawat sakit telinga
- Menghalau serangga
- Merawat bisul dengan menuamnya
P/S: Aku rasa ada yang tak suka bawang putih niekan....hehehe...
qibbbbbbbbbbbbbbbbbbb sangat suke makannnn bawang.. mane3 bawng pun suke. arghhhhhhhhhhhhhhh
ReplyDeleteBANYAK KHASIAT RUPANYA YER...KALAU MCM TU NAK MAKAN BAWANG PUTIH BYK2 LEPAS NI..GORENG DENGAN IKAN BILIS PUN SEDAP...*__*
ReplyDeletesalam Rose...masyarakat cina klu msk mmg suka isi bawang putih bykkan?Berjiran ngan org cina...kdg2 xtahan ngan baunya :D
ReplyDeletenice entry. zie suka mkn bwg putih. terutama sekali time masa sayur campur....mmg suka aje zie cincang halus² bawang putih je...hehe
ReplyDeletesuka jerk makan bawang putih..tp xde la makan saje, salah satu bahan penting dalam masakan kan, kalau xde bawang, x sedap la rasanye..aroma dia tu wangi..
ReplyDelete*suka mkn Garlic Bread..:))
thanks 4 the info..:)
ReplyDeletebanyak khasiatnya bawang putih ni..tapi..sy tak berapa suka makan bawang putih ni...hee~
ReplyDeleteowh..br sy tau, hehe..
ReplyDeletensb baik la sy nie mmg gemar je mkn bawang putih ke bawang bsar ke.. ^_^
ustaz kita makan bawang putih dengan roti.. ada sekali tu char kueh dibelah dua, tengah2 diletakkan bawang putih 4 biji. huuiii
ReplyDelete