20 February 2013

Tak suka Qi Razali Gan Nelydia Senrose

Korang jangan terkejut....Aku terbaca gosip nie dekat Utusan yg mengenai Qi Razali selesa dengan Nelydia Senrose....Eeiii tak suka aku gan mamat kurus kering tue...Sebelum nie Qi nie bercinta gan Yuna kan....pastu sekarang dah tak couple dah....Qi nie banyak yang tak elok tentang peribadinya....tue yang aku tak suka....Nelydia Senrose tue...budak lagi....huhuhu...Jom baca perbualan antara Qi Razali dengan Hits.


qirazali

DI kala umurnya menjangkau 36 tahun, Qi Razali masih lagi dilihat sebagai lelaki idaman ramai wanita. Kekal dengan status bujang, Qi atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi terkenal Yuna sebelum putus di tengah jalan. Enggan menoleh ke belakang lagi, Qi memberitahu, 2013 bakal dipenuhi dengan urusan kerjaya sahaja. Sempat menjenguk ke laman Instagram miliknya baru-baru ini, dikejutkan dengan gambar berdua miliknya dengan pelakon Nelydia Senrose. Cuba ajukan soalan sama ada hatinya kini sudah terubat dengan kehadiran pelakon drama bersiri Setia Hujung Nyawa itu, Qi memilih untuk jujur kepada wartawan AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN.


HITS: Boleh Qi beritahu apa hubungan sebenar Qi dengan Nely?
Qi Razali: Memang saya selesa dengannya, rasanya tidak ada masalah untuk saya bersama dengan orang yang saya selesa.


Adakah ini bermakna Qi mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dia?
Jangan terlalu cepat membuat andaian, kami sudah kenal lama dan buat masa ini kami masih sedang mengenali. Saya mahu ia berjalan dalam proses yang betul, biarlah ia berlaku secara perlahan-lahan, tidak tergesa-gesa.


Selain kisah dengan Nely, apa lagi cerita terbaru Qi?

Saya baru sahaja selesai penggambaran dua filem berjudul Anak Jantan dan BenCinta. Dan kini sedang bersedia untuk dua program baru pula. Boleh dikatakan rezeki agak menyerlah tahun ini. Syukur kepada Allah.


Filem BenCinta lakonan Qi merupakan terbitan MIG, adakah ini bermakna Qi kini berada di bawah pihak pengurusan MIG?


Oh, tidak. Saya hanya berlakon di bawah produksi itu sahaja. Memang ada tawaran untuk menjadi artis MIG tetapi buat masa ini saya masih memikirkannya.Banyak nak kena fikir.

Sebelum ini peminat lebih mengenali Qi sebagai pengacara, mungkin kemunculan Qi di dalam dua filem ini akan memberi gambaran berbeza buat peminat.

Memang, untuk dua filem ini saya melakonkan watak yang amat berbeza daripada watak sebelum ini. Apa yang pasti saya mahu buktikan kepada peminat saya juga mampu membawa pelbagai watak dan tidak hanya mahu dikenali sebagai pelakon "urban" semata-mata.

Dengarnya juga, Qi mahu dalam bidang nyanyian, hmmmm... nak ikut jejak kekasih lama ke?


(Ketawa) saya memang suka menyanyi, cuma sebelum ini secara sorok-sorok. Namun kali ini saya akan menyumbangkan sebuah lagu hasil ciptaan dan nyanyian saya untuk filem BenCinta.Minat kepada nyanyian sudah lama, cuma sekarang baru ada peluang. Saya tak ikut sesiapa, ikut kata hati sendiri sahaja.

Psstt!! aku niekan suka sangat tulis entry tentang gosip...hihihi....nak citer hal keluarga aku....tiada story yg best  nak citer....Sebab sekrg dah jarang keluar....Yalah jimat cermat nak renovate rumah hihihi...Tunggu!!!

31 comments:

  1. kite pun ade tgk kat IG..hurmmmm..patah tumbuh hilang berganti...bdk tuh muda sgt2 lagi..pjg lagi perjalanan die kan CR..

    ReplyDelete
  2. Semoga mereka memilih jalan 'yang betul'...

    ReplyDelete
  3. jujur plak si qi ni.. tp cam tak sesuai je diorg ni hihihi

    ReplyDelete
  4. naper akak tak suke? heheheh biarlah deme kak... dunia artis ni kan mmg camtu... cumenyer kadang kite dgr gosip je tak tau yg sebenar2nyer camne

    ReplyDelete
  5. tu la dah tua rupanya qi ni..nelly tu budak lg kot

    ReplyDelete
  6. Biarkan lah mereka akk..huhuhu

    ReplyDelete
  7. adeh...ya ka..
    kalo betul x sesuai la..rsnya Nelydia tu nleh dpt yg lg baek kot.huhu

    ReplyDelete
  8. Selesa berkawan tu.. maybe setakat tu aje kot.. hehe..

    ReplyDelete
  9. hehe..sya pon tak minat qi tu..hehhehe

    ReplyDelete
  10. peribadi qi x elok???cuba cer sikit kak??sebab MV tak tau pula..

    ReplyDelete
  11. salam kak cr..
    hihi..gossip ni..

    ermm..cma x amek kisah sgt psl retis..

    ReplyDelete
  12. kita doakan kebahagian mereka bersama eh..hihih

    ReplyDelete
  13. Wah2 sakan CR bergosip yek..hi hi..

    ReplyDelete
  14. dah umo 36 rupanya qi ni. jauh beza sgt la ngan umo Nely.

    ReplyDelete
  15. KAWAN BIASA JER TU..DUN WORRI :)

    ReplyDelete
  16. Ada juga terbaca kat Mynewshub. Moga hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin.

    ReplyDelete
  17. eh betul ke depa berdua? alahaii..x sesuaiiiii... hahahaha...

    ReplyDelete
  18. CiM suka sgt Qi ngan Yuna. hrp hubungan diorg tu just tergantung je sbb masing2 sebok...

    alaaa napa u tak suka Qi. ingatkan u tk suka Qi ngan senrose jer...huhuhu...

    Ci malas amik port pasal retis sgt. byk sgt propaaa

    ReplyDelete
  19. retis nih biaselah kan...cpt sgt tukar psgn....

    ReplyDelete
  20. apa yg x best psl Qi..tak mengikuti perkembangan lah pula hu hu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠