02 February 2013

Utamakan Pelajaran/Bukan Berlakon Nelydia Senrose, 19

Dah 2 hari aku tak bukak blog aku.....sibuk design blog gan layan drama online "Setia Hujung Nyawa".Kadang2 tue terbantut idea gara2 aku sibuk dok melayan drama nie.....Lepas tuekan aku duk sibuk nak tahu tentang Nelydia Senrose hihihi....Sebelum nie...aku kenal dia...tapi aku tak ada duk sibuk nak ambil tahu sangat...Memang sweetlah dia berlakon dalam drama tue.....

HAMPIR tujuh tahun membabitkan diri dalam dunia lakonan, baru sekarang nama Nelydia Senrose, 19, dikenali umum. Semuanya gara-gara kegilaan ramai terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Setia Hujung Nyawa.
Sebaik disiarkan di TV3 melalui slot Akasia sepanjang dua minggu, drama terbitan Suhan Movies & Trading dan arahan Emi Maziah itu ditonton hampir tiga juta orang, sekali gus membuatkan penonton buka mata terhadap bakat Nelydia membawakan watak Ersalina berganding dengan Amar Ashraf sebagai Zain Hakimi.

Katanya, dia mula berlakon sejak berusia 13 tahun dan banyak drama dibintangi, namun tidak sangka baru sekarang orang memberikan perhatian terhadap lakonannya.
Foto

Katanya, populariti diraih Sehingga Hujung Nyawa tidak pernah membuatkan dia mendabik dada mahupun berasa besar memandangkan situasi industri perfileman dan penerbitan drama tempatan tidak menentu. Apatah lagi persaingan sangat besar dan bakat baru silih berganti.

Gadis kacukan Melayu-Siam ini mengakui mementingkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan. Katanya, sebaik tamat pengajian peringkat menengah dan memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia memilih melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi.

“Saya cuba bersikap realistik dalam hidup. Sekarang pun kita lihat banyak muka baru muncul dan tidak kurang juga berbakat. Saya tidak pernah meletakkan diri antara yang terbaik kerana ada lagi bakat baru dan muda lebih berkebolehan.

“Saya belajar untuk masa depan dan sekurang-kurangnya mesti ada segulung ijazah dalam bidang berbeza. Kalau takdir menentukan bakat saya dihargai dan diperlukan sampai bila-bila, saya bersyukur.

“Bagaimanapun, andai orang tidak perlukan saya lagi, dengan kelulusan diperoleh, sekurang-kurangnya saya boleh menyertai bidang baru dan saya minati,” kata pelajar Kolej SEGI ini.

Jelas Nell, dia memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan bukan seni kerana sejak dulu berminat memerhati dan mengkaji tabiat manusia. Katanya, bidang pekerjaan dalam bidang itu juga luas.

Mungkin ramai tidak tahu, Nelly adalah sepupu pelakon baru yang naik mendadak, Emma Maembong dan kakaknya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, atau Uqasha Senrose yang kini turut bergelar pelakon.

Bagaimanapun, Uqasaha terus ke layar perak apabila membintangi filem Bencinta berganding dengan pelakon popular, Nora Danish dan Farid Kamil yang kini menjalani penggambaran di Langkawi. Emma pula terus melonjak naik hanya menerusi dua drama.

Menilai pembabitan mereka dalam industri seni dan pencapaian diperoleh, ternyata perjalanan pelakon yang memulakan kerjaya menerusi drama bersiri Spa Q itu jauh jika dibandingkan dengan Emma.

Tegas Nelly, ia tidak perlu dijadikan isu memandangkan rezeki ditentukan Tuhan. Katanya, dia bersyukur dengan apa diperoleh sekarang dan yang pasti, dia gembira dengan populariti diraih Emma sekarang.


Pantang orang berbohong

PUNYA rupa dan popular, tentu ramai me­nyangka Nelly berpunya. Tambahan pula dalam usia mencecah 19 tahun, boleh dikatakan ia tempoh terbaik untuk seorang gadis mengenal erti berkasih sayang dan indah apabila dicintai.

Mengejutkan apabila gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini mengatakan dia tiada teman lelaki.

“Mengapa saya harus berbohong? Saya tidak pernah memikirkan soal populariti akan jatuh jika mengaku hati dimiliki. Pada saya, sikap jujur itu perlu.

“Apatah lagi saya pantang kalau orang membohongi saya. Sudah tentu perkara sama juga diharapkan orang lain daripada saya.

“Bayangkan kalau saya kata tiada kekasih. Kemudian saya keluar dengannya dan dilihat orang keliling. Bukankah nanti orang akan menuduh saya pembohong dan hipokrit. Tiada apa yang hendak dirahsiakan, apatah lagi saya tidak pernah meletakkan diri sebagai orang popular,” katanya.

Berpegang kepada prinsip itu, Nelly mengakui sentiasa bersikap terbuka walaupun ia menyentuh soal peribadi. Soal bercinta atau teman lelaki sering ditanya dan menjelaskan secara jujur ia tidak pernah berlaku.

Pelakon berwajah comel ini mengatakan, mungkin faktor usia menyebabkan dia tidak bernasib baik dalam soal cinta.

“Masalahnya, saya suka­kan lelaki yang jauh lebih berusia dan mereka pula tidak pernah pandang serius terhadap saya. Bila bertemu dan beberapa kali keluar bersama, akhirnya hubungan itu bertukar menjadi ‘adik dan abang’.

“Saya percaya perkara itu berlaku kerana keperibadian saya yang masih keanak-anakan. Saya tidak pernah kisah mengenai soal itu memandangkan saya masih muda dan banyak perkara perlu dikejar.

“Saya perlu beri tumpuan kepada kerjaya lakonan dan pelajaran. Saya percaya cinta tidak perlu dicari kerana apabila tiba masanya, ia akan datang dengan sendiri,” katanya dengan pandangan matang berbanding usia sebenar.


Psstt!!! Wah!! minat orang yg lebih matang...patutlah dalam drama tue....nampak serasi jer dia berlakon gan Amar...Lain kali Rosyam Nor ambiklah dorang berlakon lagi bersama....Gandingan serasilah hihihi

31 comments:

  1. hehe..mint yg lbh tua?mmg ssi pun dia dgn amar tu..hehe
    semoga dia berjaya dlm pelajrn dan bidg lakonan

    ReplyDelete
  2. wah....begitu sekali minat Nelly.

    ReplyDelete
  3. Lagi muda Nelydia Senrose ni ;)

    ReplyDelete
  4. mmg cantik dia ni..
    berlakon pun bagus..
    mmg ada masa depan cerah...

    ReplyDelete
  5. Muda lagi budak ni rupanya... btw, comellah desgn blog ni, tmpt komen pun comel... mcm mana nak buat? :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum rose....cute jer mukanya..:)

    ReplyDelete
  7. hehe Nely ni comel, tp mcm xcaye je yg dy xd kekasih. urmmm

    ReplyDelete
  8. Istri JR minat sangat drama ni. JR tak ikuti sangat cerita ini, kalau tertengok pun secara kebetulan, jadi belum nampak di mana seronoknya....

    ReplyDelete
  9. cantik kan dia. byk dah tgk dia berlakon.

    ReplyDelete
  10. dia ni belakon dari spa Q lagikan...
    time tu org xkenal sgt...

    ReplyDelete
  11. mula2 ingatkan umur dia 20++. rupanya muda lagi. nampak matured.

    ReplyDelete
  12. mama pulak baru tahu nama di hari ni.hehehe. good luck untuk nelly :)

    ReplyDelete
  13. gandingan ngan rosyam pasti mantop..

    ReplyDelete
  14. js pun suka layan citer ni,..best kan...hihi

    ReplyDelete
  15. cantik dia ni..kan kalau rosyam berganding dnegan dia mcm mana kan..meletup [per drama tu

    ReplyDelete
  16. die nih blakon memg best kak

    ReplyDelete
  17. mmg ramai yg tgh gila drama lakonan beliau ni.sy je yg tak ikut perkembangan..baguslah klu utamakan pelajaran..bidang seni ni ada pasang surutnya..kena sediakan payung sebelum hujan..:)

    ReplyDelete
  18. lya tak pernah tgk drama ni..sbb time maghrib kan.. tp xpela..lps ni tgk on9 je la

    ReplyDelete
  19. SEPUPU EMMA RUPANYA..PTTLA MUKA SEIRAS

    ReplyDelete
  20. Ya allah comelnyaa blog ni. Gebuuu. Btw kalau rajin follow la blog saya yang tak seberapa http://azida-littlestory.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. muda lagi dia ni.. deqla 1st time tgk dia berlakon dlm spa Q.

    ReplyDelete
  22. semakin myukai bakatnya..hehehe

    ReplyDelete
  23. kenal dia dari drama spa Q lagi...dia ni mmg comel...

    ReplyDelete
  24. best lakonan dia dlm drama ni..

    ReplyDelete
  25. Salam kak cr..
    Hehe..mmg peminat tegar setia hujung nyawa nih… :)

    ReplyDelete
  26. makin fofular dia skang ni lepas drama seia hujung nyawa

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠