Andai
Sharnaaz Ahmad, 28, seperti nekad melupakan cintanya terhadap Shila
Amzah, 23, si gadis pula tampak optimis meneruskan langkah apabila
menerusi status terbarunya di laman sosial Twitter semalam, dia
menggambarkan sedang melalui permulaan fasa baru kehidupan.
Permulaan baru, kehidupan baru dan lagu baru yang bakal keluar... Alhamdulillah (disusuli simbol senyuman), tulis penyanyi yang mencetuskan kontroversi itu selepas menghilangkan diri, minggu lalu.
Status yang dimuat naik kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapat maklum balas positif daripada peminat tegarnya, yang rata-rata berharap Shila tabah menempuh ujian Tuhan.
Shila pula membalas setiap pesanan dikirimkan dengan ucapan terima kasih.
Berbeza dengan status sebelumnya di laman sosial sama, terutama sepanjang kemelut membabitkannya dengan Sharnaaz serta bapa sendiri, ND Lala, Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Hamzah, ketika itu lebih banyak meluahkan rasa gundah di jiwa.
Shila dan Sharnaaz mula rapat selepas bekerjasama dalam pembikinan klip video penyanyi terbabit, Patah Seribu, pada 2011 yang disusuli sebuah telefilem menggunakan judul sama pada awal 2012. Begitupun segelintir pihak dikatakan kurang senang dengan kemesraan ditunjukkan kedua-duanya.
Sekadar cari ketenangan
Kemelut hubungan pasangan terbabit mula timbul apabila aktor itu memberi kenyataan merisik Shila, tetapi tidak mendapat reaksi bapanya yang kemudian menegaskan dia lebih selesa anaknya memberi perhatian terhadap kerjaya berbanding cinta, malah dikatakan mengelak bertemu Sharnaaz.
Konflik mereka terus hangat apabila Shila pula memperjelas situasi sebenar menerusi surat terbuka kepada media, tetapi pihak Sharnaaz membidas tindakan itu yang disifatkan tidak matang dan hanya dikawal keluarga.
Kemuncaknya, Shila yang bersuara menerusi Twitter dilaporkan menghilangkan diri dari rumah berikutan laporan polis dibuat bapanya seperti dilaporkan BH Ahad lalu. Pada hari sama dia ditemui di Kemaman, Terengganu.
Terdahulu, menerusi laman sosial sama Shila yang difahamkan ketika itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi memeriahkan Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia memberi kenyataan dia bukan melarikan diri.
Anda semua tidak tahu apa yang saya lalui... Saya bukan melarikan diri. Saya cuma mahu mencari ketenangan, jauh dari semua insan ini. Kenapa tak boleh? Tolong beritahu saya, luahnya, Ahad lalu.
Adakan kenduri kesyukuran
Tidak dapat didekati media kerana dikelilingi pengawal keselamatan selepas tamat persembahan yang turut menyaksikan kemunculan penyanyi tersohor, Psy, ND Lala berjanji akan mengadakan sidang media khas.
Sementara itu, sumber terdekat dengan keluarga Juara Asian Wave itu mengesahkan ND Lala memang sedang mengatur sidang media yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat selain merancang mengadakan kenduri kesyukuran. - Berita Harian
Psstttt Baguslah tue Shila....Tak payah nak pening2 kepala fikirkan pakwe....Shila muda lagi....Teruskan Perjuangan hidup dan bertawakal kepada Allah.....Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.... Mungkin dia bukan jodoh yg terbaik buat Shila....

teruskan hidup..kalau dah mmg jodoh tak kan ke mana
ReplyDeletesalam crc ...lama nya rasa x bersua di alam maya..cewah..hehe..kesian dgn shila..hope shila tabah...
ReplyDeletesetiap yg jd ade hikmahnye kan CR..semoga Shila bertemu dgn lelaki yg terbaik utk die n terbaik di mata parents die..
ReplyDeletedugaan utk shila...adatlah tu...
ReplyDeletemoga bertemu jodoh yg lebih baik..insha Allah
ReplyDeletemuda lagi ... jadikan pengalaman hidup ^^
ReplyDeletesetiap apa yg jdi ada hikmah nya kan ;)
ReplyDeleteBetul tu, tabahkan hati. Jangan disebabkan seorang lelaki, sanggup menghancurkan hati orang tua..
ReplyDeleteya la kan..muda lagi
ReplyDeletemasa masih panjang
Sedih jugak yer, semoga Shila menempuh semua dugaan ini dengan tabah
ReplyDeleteowhh... dah putus la yer...takpela, dah takde jodoh la tu..ramai lg jejaka yg baik2 boleh shila pilih.. hihi
ReplyDeletekumbang bukan seekor..shila boleh cari lain yg lgi baik dri sharnaaz =)
ReplyDeleteBGS LA MCM TU..MAYB ADA HIKMAH SEMUA TU TJADI..HOPEFULLY ONE DAY SHILA AKAN SEDAR PERPISAHAN DIA DGN SHARNAZ MEMBAWA KEBAIKAN DLM HIDUPNYA..
ReplyDeletetabah ye shila.btw, umur solehah dan shila sama.its ok syg, awak boleh dapat laki yang lebih baik dari sharnaz.im your fan too, shila :)

ReplyDeletebagus la mcm tuu...
ReplyDeleteIn shaa allah kalau ada jodoh takkan kemana..
Alhamdulillah, kita anak perempuan ni, walau dalam apa sahaja rintangan, insya Allah keluarga akan tetap di belakang kita memberikan semua sokongan. Pilihan Shila untuk memilih keluarganya adalah terbaik.
ReplyDeletemesti patah seribu kan hati dia...yelah hidup kena teruskan....
ReplyDeleteKesian Shila..
ReplyDeleteMoga dia kuat..
Ada hikmah atas perpisahan ini
life must go on. hehe..
ReplyDeletesaya suka!!!
ReplyDeletekesian kat shila, kontroversi datang gedebuk gedebuk.. semoga shila lebih matang dan membuat pilihan yg betul
ReplyDeletesalam kak..
ReplyDeletehuhuh..semoga semuanya kembali spt sedia kala..
Semoga kedewasaan akan mematangkan fikiran....
ReplyDeletealamak .. macam kesian lak kat shaarnaz ekeke ;)
ReplyDeletebtul kak rose muda lg shila ni..jauh lg dan byk lg cabaran yg mndtg..moga dia lbh matang lg dari seblm2 ni..
ReplyDeleteSha masih muda...akan ada lelaki yg lebih baik....jgn sedih2.. :)
ReplyDeletehope the best for her.
ReplyDeletebapa tak sama dengan pakwe..mmg hidup sebagai anak kena berbakti n bekorban..bagus shiela tak terlalu ikutkan shahnaz..kes2 mcm nielah berlakunya lari rumah dan ikut laki lari kat siam sib shiela tak mcm2,.masih menebal kasih dia pada sang ayah..kadang apa ayah buat ada sebabnya..bukan nak mengongkong tapi demi kebaikan shiela.mmg ayah nya berhak tentukan hidup anak sbb nak anak bahagia n berjaya..
ReplyDeletea'aa setiap yg berlaku ada hikmahnya.. keputusan yg terbaik..
ReplyDeleteusah dikenang yg lepas2 tu ye shila..teruskan dgn hidup baru..
ReplyDeletemg shila bertemu jodoh dgn yg lebih baik
ReplyDeleteapa yg berlaku pasti ada hikmahnya...hidup kena teruskan...
ReplyDeletesemoga shila terus tabah
ReplyDelete