Suatu ketika dulu, Fazura pernah melahirkan hasrat untuk memperlahankan kerjaya seninya demi permintaan ibu tercinta. Justeru, tahun lalu tidak banyak kelibat dirinya dilihat di layar perak atau skrin kaca. Cuma sesekali wajah jelita itu menghiasi kulit depan akhbar dan majalah sambil bercerita mengenai perniagaan butik yang baru diceburinya itu.
Bagaimanapun, ketentuan Allah tiada siapa yang tahu dan sebagai insan, siapalah Fazura untuk menolak rezeki yang terbentang di depan mata? Jendela 2013 dibuka dengan penuh kesyukuran apabila tawaran berlakon datang mencurah-curah.
Tak tolak rezeki
Enggan dilihat seperti menolak rezeki, aktres ini kembali membuat penampilan semula dengan menerima tawaran berkenaan. Begitupun, semua itu tetap ada syaratnya.
“Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya tidak akan berlakon dalam babak ranjang, berpelukan dan berpegangan tangan sambil berjalan. Saya buat begitu kerana saya menghormati permintaan ibu saya yang tidak suka dengan babak sebegitu.
“Memandangkan drama Kisah Cinta yang saya bintangi itu tidak mempunyai babak sedemikian dan kebetulan pengarah filem berkenaan kawan baik saya, serta ia menggandingkan pula saya dengan Shaheizy Sam serta Nazim Othman, jadi saya terima tawaran terbabit.“Memang dari dulu lagi saya ingin berlakon dengan Sam kerana dia memang pelakon yang bagus,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta ubat gigi Colgate Optic White di Bandar Utama, pagi kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis.Bagaimanapun, pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin ini berkata, sebagai pelakon ada ketika dia perlu bertolak ansur dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri.
Demi menghormati penulis skrip drama yang bakal disiarkan di Slot Lestary TV3 itu, Fazura terpaksa ‘melanggar’ sedikit syarat yang ditetapkannya.
“Ada satu babak saya perlu memegang tangan kekasih saya ketika kami meluahkan perasaan cinta masing-masing. Pegang sikit saja dan itu pun ketika kami sedang duduk. Babak itu perlu kerana ia mahu menunjukkan perasaan cinta kami. Saya kena juga menghormati kehendak penulis skrip.
“Bagaimanapun, jika boleh dielak, saya akan cuba mengelak demi menjaga perasaan ibu. Jika ditakdirkan saya berkahwin satu hari nanti, tak kisahlah dengan dengan sesiapa pun, memang saya akan berhenti berlakon. Jika bakal suami saya itu seorang pelakon, saya juga akan suruh dia berhenti berlakon,” tegasnya.-berita harian
Pssstt!!!...Hari rabu mak mertua datang sini....Mungkin aku tak bukak blog....atau online komputer....Faham2 jerlah....hihihi
Fazura cantikkk sgttt ♥
ReplyDeleteAlhamdulillah..mmg thn lps jrg tgk dia kt tv..
ReplyDeletebaguslaaaa mcm tu. CiM suka ngan fazura. watak gedik santai fazura dlm pisau cukur btul2 mencuithati.
ReplyDeleteFazura ni cantik sangat ;D
ReplyDeleteItulah yg nak tergelaknya tentang film dan drama Melayu, jika tak ada babak sentuh2 lelaki-perempuan yg bukan muhrim macam tak sah pulak. Adakah perlu sentuh2 baru orang tau mereka suami isteri atau kekasih?
ReplyDeleteBerbeza dengan filem Iran yang selalu menang anugerah antarabangsa. Tak ada pun babak sentuh2 bukan muhrim yang diharamkan agama, tapi film Iran selalu menang anugerah antarabangsa....
kalau dia bertudung selepas n lagi bertambah cantik!kan crc
ReplyDeletememang fazura cantik dan kurang cerita gossip liar tentang dia..
ReplyDeletebguslah kalau kurangkan adegan pegang2 ni kan....
ReplyDeleteok la tu :) jangan takut dan segan pada manusia,tetapi takut dan seganlah pada ALLAH :)
ReplyDeletetetap cantik dia ni. :)
ReplyDeletesiyes... dia ni cantik manis.. bagus la dia tak suka adegan mcm tu.. tp sepatotnya bkn je krn ibunya, tp paling penting krn Allah.. huhu
ReplyDelete@NinaAz byk kali terserempak ngan fazura..mmg sgt3 cantik..even xmakeup pun cantik..mmg xleh nak describe cantik fazura nie..hehehehe
ReplyDeletefazura ni mmg cantik..nampak lebut je muka dier kan
ReplyDeletebgus cara dia..ada hak utk elak itu semua..
ReplyDeletecabaran buat diri dia untuk berubah ke arah kebaikan...
ReplyDeleteMMG SUKE TGK WAJAH FAZURA
ReplyDeletefazura dh kurang berlakon skang ni
ReplyDeletesuka tgk muka dia..lembut manis ;)
ReplyDeletecutenya fazura ni..hehe
ReplyDeletedone white,umobile dan adidas
Fazura mmg cantik. Solehah pun suka dia :)
ReplyDeletebagus la macam tu..fazura tu cantik kan....
ReplyDeletedia memang comel pun...suka tengok dia berlakon...
ReplyDeletesuka Fazura ni,muka dia lembut sgt :)
ReplyDeletetegasnya fazura.semoga dia bertemu jodoh dengan org yg serasi dengannya.amin
ReplyDeletedya dari dulu mmg suka dgn fazura.. dya rasa tanpa make up pun fazura mmg cantik
ReplyDeleteSuka tengok dia..cantik la..
ReplyDeleteSweet ja muka dia..
ReplyDeletealaahaaiii ...comel ja fazura nih....
ReplyDeletesayangnya dia x kenai aku huhuhuu
salam kak CR..
ReplyDeletehuhuh.. semoga dia sukses dlm kerjaya nye.. :)
pun suka tgk fazura ni
ReplyDeletebaguslah tue..MV pun suka fazura ni
ReplyDeletesuka nengok fazura cantik sgt diaaaa
ReplyDeletebauslah klu dh berpendirian macam tu
ReplyDelete!yey
ReplyDeletemmg fazura cantik sgt..nampak sweet sgt
ReplyDelete