Aku terbaca info nie...dekat kosmo.....Sebagai ibubapa..kita perlu ambik tahu.....Lagi2...kalau suami isteri bekerja....pasti anak hantar kat pengasuhkan....Semoga kita mengambil pelajaran di sebalik yg berlaku...
Sindrom Goncang Bayi atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome
(SBS) boleh diatasi jika ibu bapa atau pengasuh di pusat jagaan
kanak-kanak tahu mengendalikan bayi yang meragam dengan cara yang betul.
PADA bulan September tahun lalu, pasangan suami isteri, Mohd. Suhaimi
Mamat, 31, dan Effa Roziana Mohd. Zin, 27, seperti biasa pulang dari
kerja dan mengambil anak kedua mereka, Mohd. Danisy Darusy Mohd.
Suhaimi, tujuh bulan, di rumah pengasuh di Shah Alam, Selangor.
Sejak melahirkan Danisy pertengahan tahun lalu, pasangan tersebut
membuat keputusan meletakkan Danisy di bawah jagaan pengasuh yang
tinggal berdekatan dengan rumah mereka. Ia bukanlah taska berdaftar
tetapi pemiliknya memang dikenali sebagai penjaga kanak-kanak dalam
kalangan penduduk kawasan tersebut.
Setiba di rumah, Danisy muntah-muntah lebih lima kali. Setiap kali
disusukan, bayi itu muntah dan enggan menerima sebarang makanan. Resah
dengan keadaan tersebut, Suhaimi dan Effa membawa Danisy ke sebuah
hospital di Klang, Selangor bagi menjalani pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan doktor mendapati, suhu badannya normal tetapi
tiba-tiba Danisy diserang sawan. Doktor gagal mengesan punca sebenar dan
Danisy ditahan di wad bagi menjalani imbasan otak.
"Keputusan imbasan mendapati Danisy mengalami pendarahan otak dan dia
terus ditahan selama empat hari di Unit Rawatan Rapi (ICU). Doktor juga
memberitahu, matanya mengalami pendarahan serius jadi pembedahan
terpaksa dilakukan.
"Danisy selamat menjalani pembedahan mata kanan pada bulan Oktober
lalu dan kini dia kembali aktif. Sebelum ini, kalau orang panggil dia
tidak boleh respons dan menangkap arah suara yang memanggilnya," kongsi
Effa ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Bercerita mengenai pengasuh anaknya, ujar Effa, selepas kejadian itu,
dia dan suami ada bertanya kepada pengasuh tersebut sama ada Danisy
pernah terjatuh tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Malah,
pengasuh itu menambah Danisy pernah beberapa kali menggigil dan dilihat
dalam keadaan mata terbeliak yang dianggap normal pengasuh tersebut.
"Kami kecewa kerana dia tidak pernah menceritakan hal tersebut dan
doktor yang memeriksa Danisy di Klang memberitahu, kemungkinan anak kami
digoncang dengan kuat. Kami tidak berlengah dan membuat laporan di Ibu
Pejabat Polis Daerah Shah Alam," imbas Effa dalam nada sebak.
Keadaan sama turut menimpa anak pasangan Zaihasliza Abd. Rahim, 28,
Arissa Eryna Mohd. Fairuz Iskandar, tujuh bulan, pada pertengahan bulan
Oktober tahun lalu. Ketika diambil dari taska kawasan rumah Zaihasliza
yang terletak di Shah Alam, anak keduanya itu mula meragam.
Gejala SBS
Menurut Zaihasliza, setiap kali diletakkan, Arissa menangis dengan
kuat dan ingin didukung sepanjang masa. Apabila diberi susu, Arissa
muntah dan hal itu berlarutan sehingga pukul 4 pagi.
"Pada mulanya, saya ingat perut dia masuk angin. Tapi bila asyik
muntah dan lepas mulut dia berbuih-buih dan badan menggigil, saya panik
lalu bawa dia ke klinik.
"Menurut doktor, Arissa tak demam dan tidak lama kemudian dia
diserang sawan. Doktor minta saya rujuk ke Pusat Perubatan Universiti
Malaya (PPUM). Sampai situ, Arissa diserang sawan yang teruk dan doktor
syak ia ada kaitan dengan otak.
"Lepas melakukan ujian imbasan otak, doktor mengesahkan memang ada
pendarahan di otak dan di bahagian belakang mata Arissa yang serius.
Saya memang terkejut dan pihak hospital terus buat laporan polis.
"Saya ada hubungi pihak taska tetapi jawapannya mengecewakan kerana
pihak pengurusan langsung tidak ambil serius perkara yang menimpa
Arissa. Bahkan, mereka menafikan Arissa pernah jatuh dan mengambil lewa
perbincangan tersebut," cerita Zaihasliza kesal.
Arissa menjalani pembedahan mata kiri bagi membuang ketulan darah
beku yang terperangkap. Sekiranya dibiarkan, risiko untuk Arissa hilang
penglihatan sangat tinggi.
Kenali SBS
Difahamkan, kira-kira 30 kematian kanak-kanak dilaporkan di Putrajaya
dalam tempoh dua tahun lalu dipercayai ada kaitan dengan SBS. Namun ia
diklasifikasikan sebagai mati mengejut oleh pihak berkuasa.
Menurut Ketua Unit Neonatal Institut Pediatrik HKL, Dr. Irene Cheah,
kesan negatif kekal akibat SBS boleh mengakibatkan kebutaan, sawan,
gangguan mental dan palsi serebrum.
"Tiada kajian terperinci dijalankan tahap kekuatan goncangan yang
boleh mengakibatkan SBS tetapi goncangan yang kuat selama empat saat
mampu mendatangkan kecederaan.
"Saiz kepala yang besar berbanding badan, otot leher yang masih
lemah, kandungan air yang tinggi dalam otak dan ruang subaraknoid yang
besar mengelilingi otak merupakan antara punca bayi dan kanak-kanak
mudah mengalami SBS.
"Ibu bapa yang mempunyai anak SBS memberitahu, anak mereka cepat
letih dan mengantuk, muntah dan tidak selera makan, tangisan tidak
terkawal, sukar ditenteramkan atau kesukaran bernafas dan diserang
sawan," jelas Irene.
Tambah beliau, punca sebenar SBS sebenarnya bermula daripada sikap
ibu bapa sendiri terutama golongan bapa yang kurang sifat sabar. Apabila
anak menangis, mereka tidak tahu cara yang betul bagi menghentikan
tangisan tersebut.
Akibatnya, anak yang masih kecil itu cuba ditenteramkan dengan cara
lambungan, dibuai dengan laju dan tidak kurang ada yang menggoncang anak
dengan kuat.
14 February 2013
24 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh..dapat satu ilmu dah kak rose..nice sharing :)
ReplyDeletebahaya betul kan ?
ReplyDeletebahaya jugakkan..
ReplyDeletekira xboleh pandang ringan..
bahaya nya. mesti risau nak hantar taska. byk kes dah kita baca.
ReplyDeletebahaya2.....
ReplyDeleteKena hati-hati sekarang ni. Bukan di pusat asuhan je, di rumah sendiripun boleh terjadi. Sekarang ibu bapa sibuk dan kurang sabar dgn karenah anak. Jadi, macam2 boleh berlaku..
ReplyDeleteni yg terusssss jd risau nk hantar anak dekat pengasuh atau taska..huhu!
ReplyDeleteaaa bahaye nye ..seriau laa bace ..tak sanggup ..huhu
ReplyDeleterisau baca e3 ni...nk jaga baby sgt susah..hope kps ibu2 hati2...
ReplyDeletebahaya mcm tu kan..
ReplyDeletebahayanya. kena pandai pilih pusat asuhan supaya tak berlaku perkara yang xdiingini...
ReplyDeletenurul baca info nie masa duduk di klinik n lihat sendiri betapa sedihnya anak2 yang alami sindrom nie gara2 pengasuh tak tahan sik nanges..lagi satu bahaya bergurau sambil lambung2 bayi yang masih kecil abb juga boleh sbb kan gegaran otak..
ReplyDeletebahaya ni.pernah baca juga ni dulu....nice share kak
ReplyDeletesalam kak cr..
ReplyDeletehuhuh... tq for sharing..
mintak2 dijauhkan.. :(
kdg2 rasa risau kn klu hantar kt pusat asuhan..tp tula bila kita keje xde sape nk jaga...mmg xde pilihan..
ReplyDeletetq share..mmg penah baca jugak pasal ni dulu,bayi tak bole dilambung2 takut otak bergegar..bahaya tu.mujur taska tempat hantar anak saya tu ok juga buat masa ni,ada perubahan sikit2 kat anak pun dia dah call bgtau..
ReplyDeletemalang tak berbau ada di mana2 dan dlm bentuk apa pun.. kena lebeh hati2...
ReplyDeleteya Allah mintak dijauhkan la kan...tu la kan kena pandai pilih tempat asuhan..
ReplyDeleteni la yg buat suami saya mmg tak kasi saya jaga anak org cik rose..dia kata jaga anak sendiri cukup lah...
ReplyDeleteseriau baca cerita nih..itulah pasal,..rela xkerja,..biar xder duit banyak tp anak terjaga..riso woo...sekarang htr kat pengasuh mmg riso sbb sll depa jg ramai2...terbiar anak kita nnt...
ReplyDeletealhamdulillah, saya dpt Jaga dan tgk anak2 membesar dpn mata...
ReplyDeletemmg bahaya kan..mintak jauh la
ReplyDeleteotak baby kan lembut
ReplyDeleteAssalamualaikum... Tumpang lalu...
ReplyDeletelepas membaca artikel nih.. saya ade sedikit perkongsian tentang perkara ni. Based on pengalaman saya & apa yg terjadi kepada family saya.. lebih tepat lg arwah anak lelaki sy. ketika 2 arwah umur 7 bulan (usia kematian). di rumah babysitter dalam 2.00 pm, sawan tarik. then pengasuh bawak ke kecemasan Hosp. Ipoh. mmg dalam family history sy n husband x ade yg kena sawan. CT scan doktor sahkan ada pendarahan dalam kepala, sebelah kiri. Operation time 2 jugak. darah yg dikeluarkan dalam 100 cc. mmg byk.. doktor kata dia mungkin jatuh@ kena pukul 2-3 minggu sebelum dia x sedar. admit PICU, mmg xade perubahan langsung, keadaan bertambah teruk. selaput mata dia (retia kot) terkoyak. doktor kata mungkin sebelum dia x sedarkan diri mmg mata sebelah genap seminggu sebelum doktor nak mati mesin sbb brain death, dia pergi dulu. Allah sayang kan dia. Kes diklasifikasikan sebagai kecuaian. Macam mana boleh jadi sampai sekarang sy sendiri tak pasti.. sehingga hari ni kes masih belum selesai..hampir 2 tahun..
Sy masih lg trauma..Bukan itu je pengasuh masih x mengaku n nak lari dari kami. Siap fitnah saya yg buat anak macam 2.Padahal nak bersalin pun susah. Sedihnya. Redha saja la.
Antara tanda2 yg mungkin sy sedar x sedar jd pada anak sy masa sebelum dia koma:
1. Kurang aktif..( biasanya mmg aktif)
2. mata nampak cam juling sket ( sedangkan x pada asalnya)
3. Nampak letih sangat
4. Banyak tido(biasa dia yg kejut kita bangun)
5. Manja lebih dari hari biasa
pesanan kepada parents, kalau nampak ape2 perubahan yg pelik pada anak2 cepat2 check.