Pelakon Lisa Surihani, 26,
bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan
istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi
saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada
23 Februari lalu
Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.
"Kisahnya, Yusry ingin membawa saya ke sebuah restoran sempena menyambut ulang tahun pertama kami namun ketika dalam perjalanan dia suruh saya membuka stesen radio Era.
"Ketika itu penyampai Adi Fashla sedang bertugas yang meminta pendengar untuk menghubunginya jika mahu membuat ucapan.
"Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila selepas hebahan itu, suara Yusry pula yang ke udara sambil menuju ucapan istimewa kepada saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini Selasa.
Rakaman ucapan itu dirakamkan terlebih dahulu.
Kata Lisa, ketika itu dia tergamam dan terharu sambil menganggap ia adalah kejutan paling bernilai dalam hidupnya.
"Saya terharu sebab walaupun dia sibuk dengan urusan kerja namun dia masih ada masa untuk buat lagu untuk saya. Dia ada beritahu saya yang dia berasa bimbang kalau-kalau ada rakan-rakan yang terlibat dengan pembikinan lagu itu membocorkan perkara itu kepada saya," katanya.
Jelasnya, lagu tersebut juga diperdengarkan kepada umum buat pertama kali pada malam ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Sementara itu, Lisa memberitahu setelah setahun usia perkahwinan mereka, dia berasa sangat bahagia dan bersyukur dapat melalui hari-hari tersebut dengan orang yang tersayang dalam hidupnya.
"Setahun ini adalah yang paling indah dan bahagia buat saya sebagai seorang isteri kepada Yusry. Banyak perkara yang saya pelajari dan sedang cuba untuk belajar menjadi seorang isteri yang terbaik," ujarnya yang mengakui kini lebih menitik beratkan soal penampilan dan gaya selepas berkahwin.
Bercakap soal cahaya mata, Lisa berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.
"Saya sudah bersedia tapi ini rezeki Allah, insya-Allah kalau ada rezeki ini saya akan beritahu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu dan mendoakan yang terbaik buat kami," ujarnya
Dengarkan lagu romantik Selamat Hari Kita nyanyian Yusri untuk Lisa Surihani http://podcast.ampradio.net/era/
PsstTT!!! Doakan untuk mereka semoga Cepat dapat baby....Amin...
sweetkan....
ReplyDeletemoga berkekalan....
mesti best kan..jap nak pi dengar
ReplyDeleteMemang sweet kan mereka..semoga berkekalan hendaknya....
ReplyDeletesalam Rose.Semoga mereka terus kekal hingga keakhir hayat.Aamiin
ReplyDeletesweetnyer...
ReplyDeleteso sweet...moga dorang berbahagia..
ReplyDeletesweetnya..
ReplyDeletetgh dgr ni ^.^
ReplyDeletealaaaa..xleh dgr..sweet sgt kalau suami wat lagu utk kite kan..kalau hubby kite mmg lagu injit2 semut pun xlepas..hehehhee
ReplyDeleteAla so sweet....
ReplyDeletesweetnyer :)
ReplyDeletesweetnyer :)
ReplyDeletesemoga cepat dapat cahayamata..amin
ReplyDeleteuntung la lisa..hehe
ReplyDeletewah...dah setahun dah rupanya... amin... semoga berkekalan sehingga ke hujungnya... ^_^
ReplyDeletemesti sweetkan..
ReplyDeletesweetnya, 40 thn dah ye umo yusri :)
ReplyDeleteuntung la suami mmg pandai buat lagu.. bole la setiap kali ulang tahun perkahwinan yusry buatkan lagu utk lisa.. hihihi
ReplyDeletesemoga ada rezeki mereka utk menimang cahayamata nanti..
ReplyDeletesweet sangat..
ReplyDeleteuntungnya.....hehe
ReplyDeletecomel je..jap je dah setahun..
ReplyDeleteromantiknya yusry.. :)
ReplyDeletebelum saya yg buat lagu lg tu....kehkehkeh
ReplyDeleteSemoga lagu itu akan menjadi terapi yang mempercepatkan kehamilan isterinya....
ReplyDeleteSemoga berkekalan hingga ke syurga tak sabar nak tengok baby mereka semoga cepat dapat baby juga
ReplyDeleteSalam kak CR..
ReplyDeletehihi..sweetnye diorg ni..
alhamdulillah..semoga kebahgiaan milik mereka hingga ke akhir hayat & cpt menimang cahaya mata :)
alala sweet sgt2 lah!
ReplyDeleteso sweet
ReplyDeletealahai sweetnyerrrr
ReplyDeleteassalamualaiakum rose....mmg sweetnya...:)
ReplyDeleteem ada tengok jugak cerita pasal ni..semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat..aminn
ReplyDeletemoga cpt dapat baby...yusri dah 40 tuu....
ReplyDeletehai CR bzz kew
siap cipta n nyanyikan.mmg sweet..:)
ReplyDelete40 DH UMUR YUSRI RUPANYA
ReplyDeleteaww memang sweet sgt. semoga lisa cepat2 dapat baby comel :)
ReplyDeletecepatnya da setahun.. pasne bt anak plak
ReplyDeletemmg sweettt
ReplyDeletemmg sweet..moga jodoh mereka berpanjangan dan dikurniakan cahayamata tak lama lg
ReplyDelete