Bercakap fasal doa,
Aku nak share gan korang satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan aku...kisah seorang anak yatim lagi miskin. Sewaktu korang di sekolah ada tak guru2 korang suruh korang berdoa. Jadi aku masih ingat lagi dari sekolah rendah hingga sekolah Menengah sudah di biasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar kita rajin berdoa, dan agar doa kita di makbul oleh Allah. Jadi, bila Allah anugerahkan kita kejayaan, kita sentiasa rasa, itu sebab kita berdoa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun tak hati korang?, dan buat aku berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak dan Takabur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati aku...itu sebab aku nak share gan korang.
Membuatkan setiap kali kita berdoa, kita tidak lupa mendoakan ibu bapa kita, guru-guru kita, keluarga kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat karib kita, yang teramat akrab dengan kita sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa kita memerlukan mereka mendoakan kita juga.
Mana tahu kot2 kita banyak dosa dan banyak hijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan kita juga jangan rasa segan nak minta orang lain doakan untuk kita.
Psst!!! ..Sekarang nie Anak LYA Asya tak berapa sihat...sedih pulak dengar berita tersebut....Harap Korang Doakan Asya cepat sembuh dan di hindari dari penyakit yang bukan2.....Klik SINI Untuk ke blog LYA....Semoga Lya terus tabah menghadapi ujian Allah....Amin..
بسم الله الر حمن الر حيم, بسم الله الْكَبِيرِ
نَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيْمِ مِنْ شَرِّعَرقٍ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّحَرِّ النَّارِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Dengan nama Allah yang Maha Besar
kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah
dan dari kejahatan kepanasan neraka
Ya Allah...
Kau Berikanlah Kesembuhan Buat Anakku Amin....
Doa kat atas tue...aku copy dari blognya....Pertama kali entry aku terlalu panjang....Hope korang tak marah hihihi....Lagi satu aku sangat2 bersyukur kepadaMu Ya Allah....kerana Kau tidak pernah memberi ujian yang begitu berat untukku....Bersyukur sangat2....
doa mmg senjata kita..tambah lagi di hari Jumaat yg berkat ini...
ReplyDeleteNice sharing..
ReplyDeleteSedihnya cerita ni :)
mmg menyentuh hati betul cite CR nieh...sedih..
ReplyDeleteya allah sedihnya..MV doakan asya cepat sihat
ReplyDelete@izan mama mia
ReplyDeleteeB x jumper kotak komen... tmpg sini lah yer... :)
sedih saya baca citer ni..mungkin apa yg sy dpt selama ni sbb doa dari org lain,dari ibubapa sy..teruskan berdoa utk diri sendiri dan insan2 tersyg :)
ReplyDeletesedihnyer...
ReplyDeletebaik hati sungguh si adik yg sentiasa mendoakan kesejahteraan abangnyer...
best story ni kak..betul.. berkat doa2 org lain juga.. jgn takbur x baik...huhu
ReplyDeletesedihnya kisah ni. sbb tu lah kita digalakkan utk berdoa kpd orang lain jugak kan.
ReplyDeletesalam kak cr..
ReplyDeletecma pernah baca kisah doa 2 beradik ni.. mmg sgt2 menyentuh hati..betapa allah itu maha mendengar kan??
takziah jgk utk lya..semoga lya sabar dlm menempuhi dugaan ni.. asya pun sama.. be strong!
subahanallah...tersedar dri leka
ReplyDeletesedihnyaa...rugi kan siapa yg tidak berdoa...
ReplyDeletedoa itu senjata kita....
tersentuh hati...moga kita saling mendoakan...
ReplyDeletedan moral of story jgn laa riak dengan apa yg kita miliki...kerna semuanya pinjaman semata-mata.
Cerita ang membuka mata. Thanks for sharing.
ReplyDeletemuhasabah diri.......kita pown bukan org yg benar2 suci dan jgn menganggap segala permintaan kita dimakbulkan Allah adalah kerana kita memohon darinya. tapi, adakala Allah memberi kesenangan kpd kita utk menguji kita
ReplyDeletetersentuh hati kak baca entry ni..betapa ruginya kan org2 yg tak berdoa tu
ReplyDeletebetol tu dear!
ReplyDeleteMoga Asya cepat sembuh..semoga Allah terima doa kita
ReplyDelete