Lepas
melihat 'fenomena' Setia Hujung Nyawa yang melanda sekarang ni, aku
tergerak hati untuk mencari siapakah penulis novel Setia Hujung Nyawa.
Menerusi carian imej di Google, aku terjumpa satu pautan ke laman web
rasmi ALAF 21, penerbit rasmi untuk novel tersebut karya FATIN NABILA.
Orang Terengganu rupanya penulis Novel nie....Sajer aku nak share gan korang....Muda lagi penulisnya....Waktu aku sekolah Menengah...Aku suka jugak mengarang kisah2 cinta nie....yang suka bacanya kawan2 aku yang tinggal asrama SMAS dulu sampai remuk mereka pakat baca....Waktu sekolah dulu....aku seorang yg jiwang karat...suka baca novel ....dan kuat berangan....
Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM 19.90
Sinopsis
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM 19.90
Sinopsis
Pengantin perempuan
lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea
demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan
terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis
itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas
sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina
terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya.
Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Februari 1980. Anak pertama daripada
dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang
penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam
bidang yang digemarinya ini.
Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah
menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih
menjurus pada bidang kewartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya
membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian
Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun.
Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin
juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau
berazam mahu menjadi seorang penulis yang disegani dan mampu
mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya.
Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat
memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang
gemar membaca kisah-kisah percintaan.
ooo..inilah penulisnya ye... :)
ReplyDeletesalam kak cr..
ReplyDeletemudanya penulis ni...
berbakat! :)
Bertuahnya kak Fatin ni. Tiba2 novel dia top. Mesti dia xsgka novel dia tiba2 jadi popular... :)
ReplyDeleteramai kata best criter ni...
ReplyDeletenape cik rose tak jd penulis novel je? konfem meletop. ;)
ReplyDeleteowhh ni rupanya penulisnya.. trs fofular kan.. bertuah dia rosyam noor adaptasikan novel dia. ;)
ReplyDeletemuda lagi penulisnyeee...alaaaa, kite pun sama jiwang la kalau gitu..sbb dulu pun gile baca novel smp bengkak2 mata..hehehe
ReplyDeleteohh ini rupanya penulis bukunya..org terengganu ye..:)
ReplyDeletecomelnya penulis novel ni...tahniah buat beliau..:)
ReplyDeletemuda lg orgnya..
ReplyDeletemmg minat dgn novel fatin nabila
ReplyDeletemuda lg penulis ni kan..kejap jer meletop ko hehe
ReplyDeletewahh hebat penangan penulis novel ni kan
ReplyDeleteNAK CARI NOVEL NI NNT..
ReplyDeleteoo..kiranya el tu jahat laa..
ReplyDeleteemmph..xtahu laa citer nih sbb xtgk..
penulisnya muda lagi..er jiwang karat gak cr eks..hihi
oooo..muda remaja lagi penulisnye....berbakat besar ni....
ReplyDeleteMasa sekolah dulu JR minat penulisan sajak dan cerpen. Setiap kali majalah sekolah keluar ada sajalah sajak dan cerpen JR yg tersiar. Tapi bila dah tua2 ni bakat menulis cerpen dan sajak lupus terus...hehehehe...
ReplyDeletemmg berbakat..sama la kita cik rose,saya pun masa sekolah dulu rajin gak mengarang novel cinta haha..
ReplyDelete@Solehah Shamsuddin
ReplyDeletesungguh tak sangka.. terima kasih ya Solehah
terima kasih kpd tuan blog yg siarkan artikel mengenai FN & SHN...terima kasih komen2 semua..amat3 sy hargainya..
ReplyDelete