Sup Sayur Campur Pedas dan Masam

Author : Cik Rose Cute | 11:54 AM | 28Total Comments |

Bahan
  • 10-12 ekor udang sederhana, dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1/2 cawan udang, dimasak
  • 1 cawan kubis cina yang dihiris
  • 1 cawan lobak putih yang dipotong
  • 1 cawan kubis yang dipotong
  • 1/2 cawan kacang panjang yang dipotong
  • 1 cawan kubis bunga yang dipotong
  • 1/2 cawan pes kari pedas dan masam (rujuk cara membuatnya di bawah)
  • 4 cawan stok sayuran
  • 1/3 cawan sos ikan
  • 3/4 air asam pekat
  • 2 sudu besar gula melaka (jika suka)
Cara Memasak
  1. Tumbuk pes kari dengan udang masak sehingga sebati. Ketepikan
  2. Panaskan stok sup sehingga mendidih. Masukkan pes kari masam dan udang. Apabila mendidih, masukkan udang, diikuti dengan lobak putih dan kubis bunga. Apabila masak, masukkan kacang panjan, kubis dan kubis cina. Biarkan mendidih.
  3. Perasakan dengan sos ikan, gula melaka (jika suka), dan air asam pekat. Biarkan mendidih. Angkat daripada api dan sedia untuk di hidang.
Pes Kari Pedas Dan Masan
Bahan
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 camca besar bawang merah yang dihiris
  • 1 camca teh bawang putih yang dihiris
  • 1 camca teh belacan
  • 50g ikan atau udang direbus
  • 1 camca teh garam
Cara Memasak
  1. Buang biji cili kering. Potong dan rendam dalam air sehingga lembut. Tuskan sehingga kering.
  2. Tumbuk cili kering dengan garam sehingga menjadi pes. Tambahkan bawang merah dan bawang putih dan tumbuk sehingga menjadi pes yang sebati.
  3. Masukkan balacan, ikan atau udang rebus dan tumbuk sehingga lumat.

Nota Pink:Kredit Nasuha aku nak cuba buat nanti...nampak sedap....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

28 comments:

  1. sekali tengok dah macam tom yum, mesti yummy :)

    ReplyDelete
  2. Resepi yang baik!!!
    Salam kak!!!!
    Datang juga kakak kat blog saya...

    Bloglist saya hilang lepas tukar dot.my....

    Tu yang lama tak singgah sini...
    Malam karang saya masukkan semula..

    ReplyDelete
  3. Wah..sedapnya. Boleh lah cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. Boleh cuba ni ^_^ Nampak sedapppppp! ^_^

    ReplyDelete
  5. he he he...masa mula2 tengok tadi ingatkan tomyam...tapi bila dah baca resipi...wah nice...boleh cuba ni... thanks for sharing dear...

    ReplyDelete
  6. salam k.CR..
    wuhuuuu... sedapnye.. nk try jgk nnti :)

    ReplyDelete
  7. geram nyer nengok udang yg beso2 uh

    ReplyDelete
  8. geram nyer nengok udang yg beso2 uh

    ReplyDelete
  9. Sweet & sour...memang sedap tu....

    ReplyDelete
  10. wah kena cuba nie..x leyh miss nie..huhu...suka suka...

    ReplyDelete
  11. ala-ala tomyamkan.. :)
    nanti rajin boleh try... :)

    ReplyDelete
  12. kalau pedas & masam tu konfem sedap. naik selera.

    ReplyDelete
  13. ala kalo pedas ssh skit kak ..shida xmkn pedas ^_^

    ReplyDelete
  14. Nyummyy nyummmyyyy.....skali tenggok dh mcm tomyam.

    Adik ipar CiM klau masak semuanya nak letak lada. Goreng sayur oown letak lada, haritu buat sup pedas, biasanya CiM akn buat sambal kicap utk pedas, ni dia trus masak rasa pedas.....aduh, tk tahan lidah....

    ReplyDelete
  15. wah sedap..MV suka juga pedas..tp x masak pedas.cuma akan buat sambal lada

    ReplyDelete
  16. cakap masam terus kecur ayak liuq.nurul bab masam2 mmg suka

    ReplyDelete
  17. macam tom yam pun ada tu..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  18. Nampak best la CR..siyes cam tom yam...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠