18 March 2013

Ada Jugak Krim Lendir Siput Babi

Aku baca pun terkejut....kecik2 dulu suka jugak usik siput babi nie...tak tahu pulak lendir siput babi boleh melicinkan kulit muka....kalau tak kecik2 dulu aku dah letak kat muka aku kikikiki...(padahal aku geli siput babi..kecik2 dulu usik siput babi guna kayu...ada kawan aku tue siap pegang dengan tangan pastu usik kat kawan2...menjerit aku lari...)

Lendir Siput Babi Licinkan Wajah
Lendir Siput Babi Licinkan Wajah


Khasiat Lendir Siput Babi Licinkan Wajah |

 JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.
Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.
Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.
Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.
Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.
Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.
Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.
Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.
Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.
Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.
“Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.

Khasiat Lendir Siput Babi
Khasiat Lendir Siput Babi


“Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan,” jelas Freeman.
Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.
“Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari,” jelasnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.
Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte
Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.
Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.
Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.
Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.
“Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya,” jelasnya.
SUMBER 


Nota Pink:Aku terbaca kat blog Fyna terus aku nak share gan korang....mana tahu kot2 korang nak cuba tip nie...kalau aku tak sanggup...geli wei!!! hehehe

27 comments:

  1. Uiksssss!!
    Mcm2 skrg ni yg bleh melicinkan kulit..
    Hi3!!!!
    Tp x berani nak cuba..
    Geli..

    ReplyDelete
  2. ha... yang ni seriously geli... tidakkkk ler nak pakai... hu hu hu...

    jemput join jika ada masa terluang dan sudi...tiada paksaan...

    http://www.furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/03/segmen-featured-me-on-bubbly.html


    ReplyDelete
  3. err xmau la kak. rasanya solehah pn sme dgn akak.

    ReplyDelete
  4. DULU MS BUI UMUR 2 THN MCM TU,BUI PERNAH HISAP SIBUT BABI NI TAWW..(MAK BUI YG CERITA)...GELI GILER BILA DI KENANGKAN..EIIIII

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan juga harga siput babi RM15 sekilo, lebih mahal dari harga ayam....Boleh ternak ni..hehehehhe...

    ReplyDelete
  6. errkkk.. ye ke???
    haahhaha.. x sanggup~

    ReplyDelete
  7. aah..saya pun geli..tak sanggup..huhu

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum rose....alamak mmg geli rasanya kot...:)

    ReplyDelete
  9. lorh... mcm2 cara depa jaga kecantikan eh...tetiba teringat msk lemak siput sedut..huhu

    ReplyDelete
  10. uik... goli den... tak sanggup nk membayangkan lendir siput babi tu duk kt muke...

    ReplyDelete
  11. Adehhh!! MJ pun geli gak dengan siput bab* ni :D

    ReplyDelete
  12. yaks! gelinya la hai..
    tak sanggup le nak menerai kalu sumber dari lendir siput babi tu.huhuhu..
    tengok dia jalan engsot² dgn lendir nye tu pun dah geli geleman yg teramat.. lagi pulak nak guna utk cantik kan kulit?? huhuhu tidak le sama sekali

    ReplyDelete
  13. masa nakal2 dulu..suka amik garam..tabur atas siput tu,...pastu dia berbuih buih mati...

    ReplyDelete
  14. euwww.. tak sanggup nak pakai.

    ReplyDelete
  15. Eeeeeeee geli sesangat...tak teringin nak beli..bagi free pun takmo

    ReplyDelete
  16. uuuu..mcm geli je kan...
    mgkin sbb de nama 'babi' tu..
    padahal dia siput je pun...

    ReplyDelete
  17. tak sanggup saya nak pakai nih

    ReplyDelete
  18. salam kak CR..
    huhuh..
    dgr placenta pun cma geli.. inikan pulak lendir siput vavi.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  19. geli geleman..klu gini kedahnya biar tak cantik pun takpe..berseri dengan air wuduk cukuplah.hehe

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠