18 April 2011

SIAPA LEBIH BAGUS???

Kita tidak tahu siapa lebih bagus kalau di mata Allah nanti...Hanya Dia sahaja mengetahui tentang kebagusan kita sebagai manusia.Aku nak story pasal zaman Rasullulah dahulu iaitu mengenai SYEIKH IBNU KHAFIF dengan dua orang anak muridnya....Jom kita baca bersama semoga kisah ini menjadi pengajaran pada kit semua...Insya Allah..
SYEIKH Ibnu Khafif  ialah seorang ahli sufi dari Parsi. Dia mempunyai dua org murid yg mempunyai nama yg sama, iaitu Ahmad. Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua untuk yg lebih tua umurnya dan Ahmad Muda untuk yg lebih kecil.Antara dua2 kanak-kanak itu, Ibnu Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakannya ini tidak di senangi murid-murid lain. Mereka beranggapan Ahmad Tua lebih bijak dan berdisplin berbanding Ahmad Muda.
Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya ke rmah. Di hadapan rumahnya ter dapat seekor unta yg sedang tidur. "Ahmad Tua, kemari! Angkat unta itu ke atas loteng sekarang," Ibnu Khafif memberi arahan.Ahmad Tua garu kepala. "Mustahil, Tuan Guru. Unta itu kan besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang ke atas loteng."
"Tak apa, cukuplah tu. Ahmad Muda, kemari!" Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula," buat sebagaimana yang saya suruh tadi".Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyingsing lengan baju dan mengetatkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung ke arah unta yg sedang tidur. Dia meletakkan ke dua-dua tangannya di bawah tubuh unta itu dan...."EEEErrgghh!!!!" dengan segala kudrat yg ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu sedikit pun tidak bergerak, maklum saja saiz haiwan itu yg besar manakan mampu di angkat oleh seorang kanak-kanak.
"Ahmad Muda. Cukuplah!," Ibnu Khafif menyuruhnya berhenti.Ahli sufi itu memandang anak-anak muridnya dan berkata; "Kamu dah nampak, kan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sedaya upaya walaupun ia kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu, siapa yang lebih bagus?" tanya Ibnu Khafif kepada mereka.
Pelajar-pelajarnya terdiam.Mulai hari itu mereka mula menghormati Ahmad Muda.
P/S: Kauorang mesti faham sebalik kisah di atas??? Kita jangan pandang org tak ada mata...walaupun seseorang itu muda...tapi ilmunya penuh di dada kita mestilah hormatinya...Sekarang ramai Ustaz Muda...betul tak??lagi-lagi dekat Astro ada..segmen IMAM MUDA MUSIM KE DUA ni...
 
 
 

4 comments:

  1. salam. kenal..
    nak tanya, tadi tanya camner nak join contest ker?

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal...

    Ya..CuteMum...camner erk?..Saya baru lagi dalam blogger ni...

    ReplyDelete
  3. mksih byk kak suh saya folow balik..sbb kdg2 org folow xbagitau, kita cr link xde..sbb sy xde hal nk folow org..sy suka..haha

    salam kenal

    kak..sy pening ckit a baca tulisan guna signiture neh..hehe

    ReplyDelete
  4. Salam Qaseh...pening ker baca tulisan cam ni?...hehehe..Nanti akak tukar ya..Tapi tulisannya cantik...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠