15 April 2011

Cerita Seram

Cerita ini adalah benar. Ianya terjadi ke atas seorang pelajar yang menuntut dalam jurusan Sains Sosial di sebuah Universiti tempatan pada pertengahan 1990-an lalu....
Pada semester pertama tahun dua, salah satu tugasan saya ialah membuat assignment  mengenai nisan Aceh, iaitu nisan zaman kerajaan Melayu lama. Dalam masa yang sama, saya juga sibuk menyiapkan assignment sejarah kuasa-kuasa besar dalam perang Dunia Pertama. Kedua-dua tugasan itu perlu di bentangkan dalam kelas tutorial yang cuma selang sehari saja. Bayangkan betapa sibuknya saya ketika itu.
Selepas Maghrib, saya mengepit fail dan menuju ke bilik sahabat saya, saliza.Malangnya hari itu dia di serang migrain pula. Hendak di ajak kawan lain, mereka baru saja keluar ke bandar.Mahu tak mahu, malam itu saya ke perpustakaan seorang diri.Mungkin di sebabkan malam itu hujan renyai, tambahan pula hujung minggu.Suasana sunyi sepi. Saya terus mencari buku-buku yang di sarankan pensyarah.Saya ambil buku-buku yang berkaitan hingga bertimbun di atas meja. Bab-bab yang ada bersangkutan dengan tugasan, saya fotostat, kemudian bawa balik ke meja dan menelaah. Sedang khusyuk menyelak helaian-helaian buku, tiba-tiba......
Alamaaaaaakk! Tidak sedar, sudah pukul 10.45 malam rupanya! Tinggal 15 minit saja lagi perpustakaan akan di tutup sedangkan masih banyak lagi buku yang hendak di rujuk.Saya selak helaian-helaian buku dan mencatat muka suratnya secepat mungkin.Dalam masa yang sama, saya menjeling ke depan,kiri, kanan dan belakang.Apabila menyedari tinggal saya seorang saja, saya terus mengemas dan bangun.Saya cuba mengejar dua orang pelajar di depan, tetapi terlambat. Lif terbuka sebaik saja mereka sampai dan tertutup sebelum saya sempat masuk.
Bila tinggal seorang tempat sunyi sepi, timbul rasa takut.Mulalah cerita-cerita menakutkan datang menyerbu fikiran.Siapa tidak tahu dengan cerita-cerita di perpustakaan itu. Ada orang bercerita, jika bersendirian pada waktu malam, akan kedengaran bunyi orang berjalan dari rak ke rak seperti mencari buku rujukan.Pernah juga di ceritakan oleh kawan saya, seorang pengawal keselamatan demam 3 hari selepas terserempak dengan tentera jepun sedang berkawad.Tangga perpustakaan pun ada juga ceritanya.Menurut senior, beberapa orang pelajar pernah di pegang dari belakang ketika menaiki tangga. Bila di toleh, mereka melihat lembaga putih yang berwajah hodoh dan di penuhi darah.
Waktu menggelisah seorang diri itulah pintu lif terbuka. Saya terus masuk.Namun sebaik saya masuk, seorang gadis saya lihat berjalan menghala ke lif.Wajahnya tunduk memandang lantai. Ah, alangkah leganya kerana saya mempunyai kawan. Lalu saya tekan butang lif terus terbuka sehinggalah pelajar perempuan itu masuk. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulut kami. Dalam hati saya berkata, Wanginya perfume budak ni. Baunya lembut, selembut longgokan bunga.Saya menjeling ke arahnya, tetapi gadis itu masih tunduk memandang lantai. Wajahnya tidak berapa jelas kerana di tutupi kain tudungnya yang di tarik ke depan. Hmm budak tahun 1 agaknya, malu-malu lagi.Tapi baru sampai di aras tiga, pintu lif terbuka dan gadis berkenaan keluar. Saya tertanya-tanya kerana untuk apa dia turun di situ, sedangkan pintu keluar adalah di aras satu.
Pintu lif terkatup, ia bergerak turun dan berhenti pula di aras dua. Pintu terbuka dan saya terkejut, pelajar tadi berdiri di hadapan pintu! perlahan-lahan mengangkat muka dan memandang saya sambil tersenyum. Saya tergamam. Hendak menjerit, tapi suara tersekat di kerongkong.Dalam hati saya meraung, jika dia masuk, memang saya akan pengsan di situ juga. Namun pelajar itu cuma berdiri di depan pintu lif, tersenyum dan memandang saya dengan renungaan yang sukar untuk saya gambarkan: tajam,sinis dan menakutkan.Dia terus berdiri di situ hingga pintu lif tertutup.
Saya tahu, ketika itu muka saya pucat lesi. Mana mungkin dia boleh berdiri di aras lain dalam masa beberapa saat sahaja! Sebaik lif mencecah ke aras satu, pintunya terbuka. Tapi belum pun sempat melangkah keluar, saya lihat gadis itu sedang berdiri tercegat di hadapan pintu lif. Kali ini wajahnya tidak lagi seperti tadi, sebaliknya di penuhi bintil-bintil hitam. Dia merenumg saya dengan tajam. Saya seperti hendak terkencing. Hendak menjerit dan meraung sekuat hati, tapi tiada suara yang keluar. Lutut saya lembik. Saya tidak tahu apa yang patut di buat.Dan setapak demi setapak gadis itu melangkah masuk ke dalam lif sambil matanya tidak lepas memandang saya. Bau yang teramat busuk memenuhi lif. Selangkah demi selangkah dia menghampiri saya......
Nyaris saja saya pengsan tapi nasib baiklah, ketika pintu lif hampir tertutup semula,saya sempat berlari keluar. Tambah menakutkan, ketika itu saya cuma seorang saja yang tinggal." Esok-esok bawak bantal, tidur kat sini ya dik..." seorang pengawal menyindir sambil tersenyum di pintu keluar.Saya tidak mahu menjawab sindirannya itu kerana perasaan takut sudah tidak dapat di kawal lagi. Kerana peristiwa itu , saya demam 4 hari. Apabila saya menceritakan kejadian itu kepada kawan-kawan , mereka semua ketakutan. Tetapi ada juga yang ketawa. Rupa-rupanya ada di antara kawan-kawan saya itu yang pernah mendengar kejadian yang hampir serupa berlaku sebelum ini.Sejak kejadian itu saya tidak berani lagi pergi ke perpustakaan sorang2 dan keluar ketika jam hampir 11.00 malam. Siapa gadis berbintil hitam itu? Kami tidak tahu...
p/s:Sorry...storynya memang panjang...tapi..Ada aku kisah!!!!hehehe..Anda ada pengalaman sewaktu tinggal di hostel??? Mesti ada...pengalaman duduk asrama....serammmmm
 
 

6 comments:

  1. erk serius memang menyeramkan..terpaksa bace secepat yg mungkin sambil buka sebelah mate jek..huhu


    p/s: ss dah follow blog ni. terima kasih sudi singgah bace entri ss :)

    ReplyDelete
  2. Memang menyeramkan...entry ni Akak tulis siang tak tulis malam takut....

    P/s: Thanks kerana ss follow blog Akak ni...dan sudi komen..

    ReplyDelete
  3. salam,

    kita bab2 cerita seram ni
    mmg tak berani ..

    maap yek ..takut nk baca :)

    ReplyDelete
  4. Salam...Ati Masrif...,Ya ker..setengah orang suka cerita seram-seram ni...

    ReplyDelete
  5. seram..meremang bulu roma tengkuk sy baca cerita ni..kalau sy mmg dah menangis terkencing ntah apa lg la kat situ..

    ReplyDelete
  6. Sama le kita....huhuhu..lagi2 sewaktu dalam lif..kiranya berani jugak budak tu..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠