21 April 2011

Awas!!! LEMBAGA HITAM Mengamuk di lebuh Raya

Salam untuk pembaca rakan-rakan blogger......
Hari ini Isteri@ibu cute nak story pasal cerita seram lagi....hehehe jangan marah ya...Kauorang pernah dengar tak cerita seram ni...yg berlaku kat Lebuh raya beberapa tahun lepas...,isteri @ ibu cute pernah jugak mendengarnya..kejadian ni berlaku terhadap sepasang suami isteri di lebuh raya karak.Ceritanya Begini...

Beberapa tahun lepas heboh org bercerita tentang kejadian ngeri yg menimpa sepasang suami isteri di Lebuh Raya Karak. Peristiwa ngeri itu berlaku pada suatu malam ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari  Kuala Lumpur ke kuantan selepas menghadiri majlis kenduri arwah keluarga mereka di Ampang. Sampai di Karak , bahagian depan kereta itu tiba-tiba berasap. Si suami memberhentikan keretanya di lorong kecemasan dan membuka bonet. Ternyata radiatornya telah kekeringan air.
Si suami memandang sekeliling, tiada sebuah kereta pun yg kelihatan pada pukul 11.55 malam jumaat itu. Suasana sekeliling sunyi sepi, langit gelap. Hanya beberapa butir bintang saja yg kelihatan, itu pun nun di hujung pandangan. Lelaki itu mengeluh, pada siapa hendak meminta pertolongan? Dari mana hendak di cari air pada tengah-tengah malam buta itu? Hendak berjalan kaki ke R&R, entah berapa kilometer jauhnya. Lagipun, takkan hendak di tinggalkan isterinya bersendirian di dalam kereta?
Jarum jam terus berputar. Si suami mundar-mandir mencari sesuatu di pinggir jalan, manalah tahu ada botol atau bekas-bakas kosong yg berisi air. Kalau ada, boleh juga di isinya ke dalam radiator. Kalau keretanya dapat bergerak beberapa kilometer lagipun cukuplah, mungkin cukup untuk sampai ke hentian rehat    yg berikutnya.Sementara menunggu suaminya mencari botol dan tin kosong, si isteri berehat di dalam kereta. Dia menyandarkan badan ke kerusi untuk melegakan keletihan dan mata yg mengantuk, wanita itu memejamkan mata.
Seminit kemudian wanita itu bingkas bangun apabila tiba-tiba keretanya bergegar. Wanita itu terdengar bunyi bising di atas bumbung keretanya, seperti ada dua ekor binatang buas sedang bertarung. Bunyi dengusan serta cakaran bersilih ganti. Kereta terus bergoyang dan bergegar.Dua minit berlalu, tiba-tiba kedengaran buyi ngauman dan jeritan yg amat menakutkan dari bumbung kereta itu. Serentak itu juga cecair pekat meleleh ke cermin   depan kereta, belakang  dan ke empat-empat tingkap.Sebaik jeritan dan ngauman itu berakhir, kereta tersebut bergegar lagi dengan bunyi sesuatu  melompat turun dari kereta berkenaan . Wanita itu memandang keluar , dia melihat suatu lembaga  hitam yang besar dan berbulu lebat berlari ke arah hutan berhampiran.
Suami?? Wanita itu menggigil ketekutan. Di manakah suaminya??? Apa jadi pada dia?? Selepas pasti tiada lagi lembaga menakutkan di kawasan itu, wanita berkenaan memberanikan keluar dari kereta. Dia memandang ke atas bumbung dan.........."ABAAAANGGGG!" Si isteri meraung sebaik melihat suaminya terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan yang amat mengerikan. Isinya perutnya terburai, kesan cakaran penuh di badan bersama darah yg membasahi seluruh tubuhnya. Paling mengerikan , muka suaminya hancur seperti di mamah binatang buas bergigi tajam. Darahnya menyimbah ke serata tempat.
P/S: Kejadian mengerikan ini heboh di perkatakan beberapa tahun lalu tapi aneh, tiada sesiapa pun yang tampil untuk mengesahkan kejadian ini. Lalu tinggallah kisah itu sebagai misteri, hingga kita hampir    lupa mengenainya. Kauorg pernah dengar tak cerita sebegini sewaktu dulu...Haaaa lagi satu siapa yg duk jauh janganlah suka balik malam....Kami sekeluarga tak pernah balik malam banyak akibatnya...kita tak tahu kalau sesuatu yg ingin terjadi...Contoh: kalau kemalangan balik malam...mesti orang tak nampak kita kalau jatuh dalam cerum...jumpanya pagi besok...kan naya! tu...Kami walaupun balik ke Terengganu pun balik waktu pagi...tak adalah sampai sana malam....Ramai yg suka balik malam....kata diaorang sejuk....kalau balik siang panas walaupun bukak Econ....Suka hat kauorglah..jgn terjadi seperti di atas sudahlah.....
 

12 comments:

  1. As-Salam ibu cute.. saya folo balik :)
    Saya tak pasti akan kesahihan cerita ni tapi saya pernah dengar cerita yang sama masa saya masih bersekolah. Maknanya dah lebih 20 tahun dah cerita ni dihebohkan. Ada mcm2 version pulak tu. Harap2 cerita ni cuma khayalan pereka aje... kesiankan si isteri...

    ReplyDelete
  2. Salam Ayl Aziz...

    Saya pun tak pasti jugak...,memang dah lama story ni..betul Ayl cakap dekat 20 tahun...Memang kesian kat Si isteri...

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.....Memang tak pernah dgr cerita ni..tapi rasanya tak betol kot...Pernah balik ke kelantan, malam dari penang, sorang2...Balik lepas waktu kerja, ingat nak wat suprise kat wifedan sebab rindu ngan cik wife yang sarat...dan bila sampai, dia lak wat suprise. dia dah nak masuk labour room, diorg taknak bagi tau takut saya balik malam....alhamdulillah, tak jadi apa2 dalam perjalanan, dan wife pun selamat....

    ReplyDelete
  4. x penah dgr pulak psl cerita ni..tp lebuhraya karak mmg bnyk cerita yg menyeramkan psl kwsn selalu eksiden (dululah)..kecik² dulu selalulah lalu psl dulu duk pahang..kalau nk g kl kena lalu..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...salam perkenalan..
    Saya pun pernah dgr cerita ni dari bapa saudara saya yg bertugas sbagai polis.... mmng dia kata betul..cuma tak nak hebohkan....(btul ke tidak tak pasti pulak)Kalau btul..mmng kesian ..Suami saya mmng suka mmndu waktu malam..tu yg mmbimbngkan..dia kata malam cuaca sejuk....

    ReplyDelete
  6. Salam Fadzli Amir...

    Hahaha..Elok benarlah tu..masing2 wat suprise...

    Thanks singgah sini..

    ReplyDelete
  7. Hai! Cik Betty..

    Takkan cik betty tak pernah dengar...

    sewaktu dulu cerita ni hot tau...hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam Mulut Payau..

    Rasa cam payau jer mulut ni..hehehe

    Thanks Diatas ke sudian anda..

    Cerita seram tu..kira betullah ya...

    kalau tak takkan ada ceritanya...

    ReplyDelete
  9. uwaaaaaaaa tk suka tul bc cite2 cmni...

    ReplyDelete
  10. Hai! Nemo...Benci2 pun baca jugak hehehe...

    ReplyDelete
  11. Cik rose cute...
    Apa yang saya pernah dengar isteri kepada pemandu yang mati tersebut tidak keluar dari kereta dan melihat kejadian tersebut. Sehingga sampai kereta peronda polis datang dan mengarahkan supaya dia keluar dari kereta dan tidak memandang ke belakang. Selepas itu baru polis menceritakan apa yang telah berlaku kepada suami wanita tersebut. Mungkin sebab itu komen dari MulutPayau ada kaitan dengan cerita polis.. untuk berkongsi..

    ReplyDelete
  12. Cerita tu memang betul...kalau tak kenapa orang berceritakan....Tunggu Tayangannya Di pawagam Oleh Arahan dari Yusry Kru....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠