16 April 2011

Fikir-fikir

Selamat Petang Untuk Kawan-kawan Blogger...

Hari ni aku nak tulis pasal Ukuran Lilit Bumi....,Kauorang tahu tak berapa ukurannya..aku pun tak tahu..hehehe...Bumi kita kan bulat...Saintis yg berjaya ukur lilit bumi ialah Eratosthenes (276-195 Sebelum Masihi ).Beliau ialah seorang ahli matematik Yunani dan cendekiawan yang menguruskan Perpustakaan Agung di Iskandariah.
Begini cara pengiraan beliau yang menakjubkan itu: Mulanya Eratosthenes meneliti sebuah perigi yang dalam di Cyrene (sekrg di panggil Aswan ) , selatan Mesir. Dalam setahun, cuma sekali saja perigi itu di terangi sepenuhnya oleh cahaya matahari pada waktu tengah hari.
Eratosthenes tahu, Perkara ini hanya berlaku apabila matahari betul-betul berada di atas perigi tersebut.Beliau juga tahu, pada hari ia berlaku di Cyrene, matahari tidak berada betul-betul di atas bandar Iskandariah kerana pada waktu yg sama di Iskandariah, objek-objek bergaris tegak menunjukkan bayang-bayangnya.
Jadi, pada masa perigi di Cyrene itu di terangi sepenuhnya oleh cahaya matahari, Eratosthenes mengukur bayang-bayang tiang di Iskandariah. Dengan menggunakan pengetahuan beliau dalam bidang geografi dan pengetahuan tentang jarak antara Iskandariah dan Cyrene, beliau menganggarkan bahawa lilit bumi ialah 250,000 stadion. Satu stadion ialah ukuran panjang yang biasa di gunakan pada zaman kuno.
Bagi mengetahui adakah anggaran Eratosthenes itu tepat, pengukur profesional di upah untuk berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain sambil mengira langkah mereka. Apabila di tukar kepada pengiraan moden, anggaran kiraan Eratosthenes itu (stadion ) menjadi lebih kurang 40,000 kilometer- satu angka yang sangat hampir dengan ukur lilit bumi sebenar di Khatulistiwa; yg kita tahu sekrg ialah 39,842 kilometer. 
 

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠