Kisah ni sebenarnya aku copy dalam Mastika...Aku masukkan dalam blog aku untuk menambahkan koleksi cerita seram aku hehehe...Seram jugak storynya...Nanti kauorg baca ya...
kisahnya bermula apabila pasangan suami isteri ini bercadang untuk bercuti di Belgium, lalu mereka menginap di sebuah hotel di tengah bandar Brussels.Hotel tiga bintang itu menawarkan penginapan tambahan percuma selama semalaman buat pelanggan yg telah menginap bagi tempoh dua malam berturut-turut.Tawaran hebat ini mendorong Leslie berminat untuk mengambil pakej tersebut, tambahan pula sewa hotel yang begitu murah berbanding hotel2 lain yang berada di sekitar bandar Brussels.
Sebaik mendaftar masuk ke dalam hotel, isterinya mengomel kerana kelengkapan di hotel tersebut membuatkan dirinya tidak begitu selesa dan rimas.Joan rasa tidak senang dengan persekitaran dalam bilik tersebut yg berkuap sehingga menyuarakan hasrat untuk keluar menginap di bilik lain.Bagaimanapun, Leslie tidak mengendahkan keluhan dan ketakutan yang di alami isterinya itu dan menganggapnya sebagai karut. Selepas itu Leslie berlalu keluar menuju ke kedai runcit berhampiran untuk mendapatkan sedikit barangan keperluan dan makanan.
Joan yang tinggal sendrian cuba menyurutkan perasaan takutnya dengan berendam air panas dalam tab mandi. Namun begitu, wanita ini masih merasa tidak sedap hati dan berdebar2, seolah-olah ada sesuatu akan berlaku. Joan mandi tergesa-gesa. Selesai mandi Joan berbaring atas katilnya. Beberapa ketika kemudian, tiba-tiba dia mengalami kejadian yang sangat aneh. Sesuatu yang tak terduga berlaku pada pandangan ilusi matanya sendiri!
Joan berasa sangat pening, ruang biliknya yang tadi luas tiba-tiba menjadi semakin sempit. Dia melihat seorang lelaki berbadan kurus, berpakaian kemeja lusuh meluru keluar dari bilik air dan terjun dari tingkap. Joan tersentap lalu menjerit ketakutan! Dia menunggu hingga bunyi jatuh berdebuk jasad lelaki tersebut, malangnya tiada satu pun bunyi jasad ataupun objek yang jatuh kedengaran. Tidak semena-mena ilusi itu berlaku sekali lagi pada pandangan matanya. Kejadian ilusi itu berlaku berkali-kali hingga membuatkan wanita ini tidak tentu arah.
Joan cuba keluar, malangnya ilusinya itu telah mengaburi matanya mencari pintu keluar. Joan begitu tertekan, dia mahu keluar daripada ilusi tersebut. Akibat terlalu takut, Joan hampir mengikut kata hatinya untuk terjun dari tingkap seperti di lakukan jasad lelaki tadi tatkala wanita itu terdesak mencari jalan keluar. Tapi belum sempat Joan hendak terjun dari tingkap , tiba-tiba suaminya muncul dari belakang menahannya. Leslie terus membawa isterinya itu keluar dari bilik puaka tersebut.
Rupa-rupanya, lima hari sebelum Joan dan Leslie menginap telah berlaku kejadian bunuh diri di bilik sama yang di diami pasangan berkenaan. Wajah lelaki berpakaian kemeja lusuh yang di lihat melalui ilusi Joan itulah mangsa yang membunuh diri akibat tekanan jiwa semasa berada di hotel berkenaan.P/S:Bahaya ni...Kalau pegi Honeymoon dapat pulak sewa hotel murah...tiba-tiba ada something yang berlaku kat bilik hotel tu..Nayalah jawabnya.....Lainkali kalau kauorang pegi bercuti pengurus hotel bagi bilik tu murah ...jangan ambik..mesti ada yang tak kena...Emmm kauorg ingat tak cerita rumah bunglow dekat seksyen berapa aku tak ingatlah..tapi dapat sewa murah..50 ringgit sebulan tak payah bayar deposit...Mesti kauorg tahu kannnnn
seramnye...wuu..takut plak nk berblog walking mlm2..hehe..
ReplyDeletesalam ziarah :)
salam..
ReplyDeletememang seram..
tu yg takut duk sorang2 dlm bilik hotel..
ReplyDeletedah lame xbaca mastika..
ReplyDeleteseram nie klau dok kat hotel sorang2..
Thanks Lola...Atas lawatan anda..
ReplyDeleteThanks Sekamar rindu...
ReplyDeleteSalam padlie...
ReplyDeleteSamalah dengan kita...
TakutTTT duk sorang2 dalam bilik hotel..Entah apa yg pernah berlaku dalam bilik tu pun kita tak tahu...
Salam Miszh Siha....
ReplyDeleteBelilah Mustika..(Alamak promote la pulak )hehehe
eeee tak suka tul bc ni..uwaaaa
ReplyDeleteKenapa Nemo? (Ikan Nemo Comel...)
ReplyDeleteMesti tak suka cerita seram...hahaha
nnt akak citer skit psl umh banglo tuu ekk..mcm menarik jerk..hehe
ReplyDelete