Entry ni adalah benar berlaku di negara negro mengikut budaya Cameroon.Ibu bapa diaorang takut anaknya kena di rogol oleh kaum lelaki di sana.Eeeee! takutnya...storynya begini...
Kisah 1
DEIONDRE terbaring di atas lantai di dapur rumahnya.Nafasnya turun naik.Tangannya menggeletar menahan rasa takut melihat ibunya sedang memanaskan batu giling di atas tungku dapur.
Setelah 15 minit, batu itu pijar.Beralaskan sedikit kain, ibunya memegang hujung kedua-dua batu itu lalu di bawa menghampiri Dieondre.Tanpa belas kasihan, si ibu terus menekapkan batu panas itu pada buah dada anak gadisnya yang telanjang bulat.
Deiondre meronta-ronta, melolong kesakitan. Panas, pedih, ngilu! Bagaikan mahu cair dadanya itu. Namun, jeritan dan tangisan gadis kecil berusia 10 tahun itu tidak di hiraukan. Si ibu terus menenyeh batu panas itu pada kedua-dua buah dada anak gadisnya.Pekikan dan tangisan si gadis tidak di hiraukan. Batu panas itu di lekap, di tekan-tekan pada dada anaknya, tak ubah bagai menseterika baju. Setelah 15 minit berlalu, barulah si ibu menghentikan 'seksaan' itu.
Kisah 2
NAKEISHA baru berusia sembilan tahun. Suatu hari ibunya memanggil si anak kecil itu lalu menyuruhnya berbaring. Pakaian atas dadanya di tanggalkan. Si ibu kemudian menuang air panas ke dalam besen. Berkepul-kepul asapnya naik.Lalu sehelai tuala kecil di celup ke dalam air panas itu. Si ibu melilit tangannya dengan sehelai kain tebal agar mudah dia memegang tuala panas itu. Di ambilnya tuala yang di rendam tadi, di lurutnya agar berkurangan airnya.
Kemudian, tuala yang masih panas itu terus dilekapkan pada dada Nakeisha.Apa lagi, terjerit-jeritlah si gadis kecil itu.Menggelupur menahan kesakitan.Si ibu tidak peduli. Dia terus menekan tuala panas itu. Selepas beberapa saat, si ibu berhenti menekan. Tuala itu di celur semula dan kemudian di lekapkan lagi pada dada Nakeisha. selepas 15 minit, barulah ibunya berhenti.
Nakeisha menyangka 'deraan' itu sudah berakhir. Tapi, ibunya melilitkan sehelai kain panjang pada dada Nakeisha. Lilitan itu sangat kuat dan menyakitkan tubuh si kecil. Ia tidak boleh di buka.Lilitan itu hanya di buka dua kali sehari, iaitu ketika sampai waktu untuk dada Nakeisha ' dirawat' dengan lekapan kain panas. Dan rutin ini berlarutan sehingga enam bulan lamanya.Kauorang sanggup baca tak dua kisah di atas??? Hish! Hish!! Ngeri, bukan! Apa yang di alami gadis-gadis kecil itu adalah sebahagian daripada cebisan kisah yang berlaku di Wilayah Cameroon di Afrika. Dera? Oh, Tidak! Tidak!...diaorang bukan di dera tapi memang dah tradisi yang di amalkan turun-temurun di Cameroon. Kauorang nak tahu tak apa fungsinya???? jeng! jeng! jenggggg! Fungsinya untuk 'menghancurkan' dan 'mematikan' buah dada anak perempuan yang baru akil baligh.....Kesiankan....
Diaorang buat camtu ada sebab...diaorang takut anak diaorang kena rogol kemudian mengandung di awal usia 12 tahun..bayangkan.......Bagaimana dengan anak-anak gadis kita di sini? Apa langkah kita untuk mencegah mereka daripada terlibat seks bebas.....
ish teruknyaa...mintak jauh ya Allah..btw kak ibu@isteri cute,trima ksih sudi brkunjung ke blog dan follow..dh follow blik..:)
ReplyDelete