19 April 2011

Fikir-fikir

BELAJARLAH DARI ALAM.


Assalamualaikum buat teman-temanku....Blogger...hari ini aku nak tulis entry yg amat berguna untuk kita fikirkan bersama dan renungkan.Lihatlah ke dalam diri, pelajari sifat-sifat alam yg di cipta Sang Penguasa Agung. Ya, belajarlah dari alam kerana kita juga sebahagian darinya.

  • Belajarlah dari matahari : Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua, baik yg terawang-awang di angkasa mahupun yg bertebaran di atas bumi. Kepada yg miskin mahupun kaya, yg mulia hatinya juga buat si kejam...kepada semua makhluk ciptaan Ilahi..

  • Belajarlah dari bunga:Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubat hati yg gundah, juga menggembirakan setiap mata yg memandang..

  • Belajarlah dari lebah : Sentiasa berganding bahu, bekerja dengan hati yg riang dan semangat membara....

  • Belajarlah dari pokok: Menghadiahkan buah yg manis dan segar sambil menundukkan dahannya...

  • Belajarlah dari bulan : Tenang memancarkan cahayanya yg kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap...

  • Belajarlah dari sungai : Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang tapi tiada suatu pun mampu menghalang ke maraannya...

  • Belajarlah dari daun yang gugur: Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yg baik dan sesuai untuk tumbuh kembali..

  • Belajarlah dari hujan : Kehadirannya di nanti-nantikan buat menyejuk alam yg hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yg gersang dan memberi 'nyawa' kepada tumbuh-tumbuhan...
P/S : Belajarlah menghargai diri sendiri sebelum menghargai diri orang lain...

8 comments:

  1. akakkkkkk!!!! noona dh follow dh..cowie bru dpt bkak blog akak ni.. comey nyer gambar kat header tu..hehehe..

    noona simpan kata2 azimat akak yg kat atas tu ye..hehehe

    ReplyDelete
  2. Thanks noona kerna dh follow akak..

    Simpan le...hehehe..lawak la..noona ni..

    ReplyDelete
  3. Thanks Redbloodsnow...atas kunjungan anda...amatlah Akak hargai..

    ReplyDelete
  4. tq for this..terkena batang hidung iAllah akan perbaiki kelemahan diri ..

    ReplyDelete
  5. Betul leyzajamil....

    Thanks for coming

    ReplyDelete
  6. follower ke-100.. kena bg hadiah ni. haha~

    ambik bahan sini ek dan bagi link. TQ.

    ReplyDelete
  7. Thanks Sha...betul ke dapat hadiah?hehehe

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠