17 April 2011

Awas Pakai telefon Canggih!!!

Salam Untuk Semua Kawan-kawanku Blogger.....Hari ni aku nak tulis entry pasal kebimbangan seorang ayah terhadap anaknya yang baru Akhil Baligh.Haaaa kauorg kena baca ni.....

Petang itu Si bapa, Ahmad Nuruddin namanya, berasa resah.Anaknya Faizal kini lain benar perangainya.Nuruddin faham, anaknya itu berusia sudah 14 tahun, sudah baligh dan sedang bergelodak jiwanya tetapi dia bimbang. Manakan tidak, Faizal kini suka berkurung, hidupnya hanya bertemankan telefon bimbit sahaja dan suka melihat gambar-gambar yang.....!!!!
Apa yang terkandung dlm telefon bimbit Faizal itulah yg menakutkan Nuruddin. Lantas, Nuruddin masuk ke bilik Faizal dan mengambil telefon bimbit anak sulongnya itu. Ketika itu Faizal sedang mandi.Nuruddin menekan punat, satu persatu. Di ruangan lagu, tertera nama-nama tertentu. Linkin Park, Simple Plan, Bunkface, Blink 182 dan entah apa-apa lagi. Apabila Nuruddin buka nama-nama tersebut, kedengaranlah lagu2 yg menyakitkan telinganya.
Nuruddin buka pula fail gambar. Fail pertama diberikan tajuk 'Wanita idaman'. Apabila dibuka , terpampanglah wajah artis2 jelita. Ada Jessica Alba, Paris Hilton, Miley Cyrus, Preity Zinta , Kareena Kapoor...semuanya berpakaian seksi. "Dah melampau budak ni!" Darah Nuruddin mula menyirap. Folder kedua, Nuruddin semakin marah. Tajuknya, 'Geram!!!' Sebaik Nuruddin membukanya, terpampanglah pula Pamela Anderson. Kemudian, gambar Britney Spears dan Malika Sherawat, juga tidak senonoh.Nuruddin bertambah hangat apabila dia melihat ada satu lagi folder diberi tajuk, 'Bahaya' Gambar menjolok mata'.
Kali ini Nuruddin tidak dapat lagi menahan marah. Patutlah dia hanya berkawan dengan telefon bimbit, rupa-rupanya anak bujangnnya itu suka melihat gambar2 perempuan.Sebagai bapa , Nuruddin tidak boleh diamkan saja perangai Faizal itu.Menyimpan gambar2 serta video yg tidak senonoh itu hukumnya haram. Berdosa. Salah di sisi undang-undang.Tambahan pula, kini handphone di gunakan untuk melihat dan merakam gambar2 yg tidak senonoh.Kalau dia tidak bertindak sekarg, Nuruddin bimbang Faizal akan terlibat pula dengan perkara yg bukan-bukan, hingga akhirnya melakukan jenayah rogol, cabul , dadah, ragut dan sebagainya.
"Dah melampau ni...dah melampau!!!!" Nuruddin ingin segera membuka folder gambar yg bertajuk 'Bahaya! Gambar menjolok mata' itu dan BERTINDAK!.....Tapi belum sempat Nuruddin membukanya, tiba-tiba pintu bilik mandi di buka. Faizal muncul dengan bertuala." Eh! Apa abah buat dengan handphone saya tu?" tanya Faizal, terkejut.Suaranya panik. Mukanya merah. Nah! Bukti kini di tangannya.Tanpa berlengah Nuruddin yg panas baran itu menengking Faizal. Dia meminta Faizal segera membuka folder tersebut.
" Buka sekrg , abah nak tengok! Oooo...kau dah teruk ya, Faizal!!!!" jerkah Nuruddin sambil membuka tali pinggangnya. Dia sudah bersedia untuk melibas tubuh anak sulungnya itu. " Tapi abah..."kata Faizal terketar-ketar. " Tak ada tapi-tapi!! Buka sekrg! " Jerkah Nuruddin lantas mengangkat tali pinggangnya itu.
Dengan terketar-ketar, muka yg pucat lesi dan jari yg menggigil, Faizal pun membuka folder gambar bertajuk 'Bahaya ! Gambar menjolok mata' itu, lalu terpampanglah gambar......dot..dot... 

P/S: Kalau ada anak lelaki yg sudah baligh...yg selalu berkawan gan phone jer...Itu ada makna tu...Kena Follow -up...,Jgn Asyik follow blog jer hehehe.....Aku pun nanti kena follow-up anak2 aku..tak kira laki ke perempuan....bila diaorang dah Akil baligh...Bahaya!!!!!!

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠