05 September 2011

Penyakit Kulit Ekzima

Aku nak kongsi penyakit nie...sebab Si syifa pun terkena jugak penyakit nie...huhuhuhu

Ekzema merupakan sejenis penyakit yang berkaitan 
dengan kawalan sistem badan seseorang dalam 
menghadapi sesuatu alahan dan kegagalan menghadapi 
alahan inilah yang mengakibatkan terjadinya penyakit 
kulit ekzema ini iaitu kulit menjadi kemerah-merahan ,
mengelupas, kepedihan  serta gatal2.


 Penyakit kulit
 Ekzema pada bayi









Antara beberapa sebab yang menyebabkan penyakit
kulit ini antaranya :

1. Terdedah pada cuaca yang tidak menentu samada
    panas terik serta basah dan lembab
2. Keadaan kebersihan diri
3. Keadaan kebersihan tempat tinggal
4. Diet / pemakanan harian
5. Pendedahan diri ke pelbagai bahan kimia 
6. Penggunaan bahan2 kosmetik, bahan2 cuci
    yang tidak sesuai dan akan akibatkan alahan

Bagi penyakit ini juga ada dua tahap :

a) Untuk tahap rendah :
     Keadaan kulit menjadi kering, gatal2 serta 
     kepanasan.

b) Untuk tahap serius
       Keadaan kulit menjadi kemerahan, mengelupas .
     mengakibatkan radangan kulit serta berdarah.


Jadi apa perlu seseorang itu buat jika mengalami
masaalah Ekzema ini :


1. Perlu kenal pasti tahap serius penyakit ini
   yang dialami 


2. Perlu tahu penggunaan produk kulit yang
    mungkin tidak sesuai dan ini perlu dijauhi
    penggunaannya

3. Perlu kurangkan penggunaan beraneka jenis
    produk isi rumah antaranya sabun mandi ,
    losen cukur dan sabun pencuci pakaian serta lantai.

4. Elakkan memakai pakaian yang punyai fabrik
    bulu mahupun tekstil sintetik yang kemungkinan
    akan mengakibatkan radangan kulit


5. Semasa mencuci lantai mahupun perkakas dapur,
    gunakan sarung tangan plastik untuk lindungi
    bahagian kulit


6. Bila mandi, lebih sesuai gunakan sabun mandi
   yang lembut dan tidak kasar. Jika mandi dengan
   air pemanas, elakkan siraman air terlalu panas
   ke bahagian kulit. satu tip yang baik ialah jika
   boleh rendamkan badan dalam tab mandi seketika
   untuk melembabkan kulit. Sentiasa pastikan kulit
   tidak kering sangat dan tidak digaru selalu kerana
   ini akan akibatkan radangan kulit. Gunakan juga
   tuala lembut untuk lap badan selepas mandi.


7.Elakkan aktiviti yang boleh membuat diri berpeluh
   berlebihan kerana ini akan mengakibatkan kulit
   rasa gatal2 dan perlu digaru. Cuba kesat saja
   dengan tapak tangan ke bahagian2 kulit yang
   terasa gatal tapi jangan garu.


8. Dapatkan nasihat pakar / doktor untuk ubat yang
   sesuai tapi masaalah disini kemungkinan kos
   ubatan ini mahal.


9. Jauhi penggunaan krim atau losen yang punyai 
    kimia lebihan yang boleh akibatkan alahan kulit


Apa2 pun , seseorang itu sendiri pasti tahu tahap 
masaalah penyakit kulit ekzema yang dihadapi.


Tapi jika mengalami penyakit EKZEMA ini, jangan
risau . Banyak rawatan dan ubatan ada dipasaran. 
Cuma perlu cari saja yang sesuai TAPI jika tidak
mahu susahkan diri mencari dan tidak mampu belanja
kos tinggi untuk ubatan , boleh guna cara rawatan 
tradisional iaitu cara amal pakai BEDAK MUNTAH BELUT 
ini, insyallah akan sembuh juga.

6 comments:

  1. baby biasa kena ekzema ni kan..anak sy pon ada tp dia kena tang pelipat jer..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. baby memang mudah kena ruam ni. Tapi jgn biarkan.. kesian kat baby..

    ReplyDelete
  4. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

    Oooo...Ya ker Cik Betty...Yang anak past dua orang tue...tak ada pulak huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. @Green Apple

    Tu la pasal...si syifa pulak boleh terkena....

    ReplyDelete
  6. Khalish pun pernah kena ekzema kat pipi tapi tak teruk sangat...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠