17 September 2011

Mari Memasak Makaroni Goreng


Korang suka tak Macaroni? aku ambik resepi nie dari blog lelaki tau.....dia masak simple jer....tue yang aku copy paste jer ayat2 dia hihihi....senang kalau ada masa aku nak buat rujukan untuk aku pulak......kalau tak caya korang tengok ler...cara2 lelaki ini memasak hihihihi macam pro jer.....blognya pun best jugak untuk di terjah.....


Kali ni aku nak ajar cara-cara memasak makaroni goreng. Ini adalah 100% resepi ciptaan aku :D Tak refer mana-mana punya buku atau blog resepi. Bila dah cuti macam ni, takde orang kat dapur senang sikit nak buat apa-apa. Dapur pun bersih, orang tak ramai. Nak memasak pun jiwa tenang. Jadi kalau aku bawak kamera besar besar masuk dapur, tangkap gambar bahan-bahan memasak ni semua takdelah orang nak menjakunkan diri. Kalau nak tolong takpe, ni karang kalau sibuk-sibuk pot pet pot pet kacau gak, betul tak?
Bahan-bahannya ialah:
  • Makaroni, standard la kan. Kalau nak masak ikut cara aku ni, elok makaroni jenis yang spiral tapi disebabkan aku ada yang bentuk macam.. macam yang dalam gambar tu, guna yang tu pun boleh la. Makaroni macam tu elok buat makan dengan sup, terutamanya campbell sup. Sedap~ Feveret aku. Ish. Nak buat lah lepas ni :D
  • Sos tomato, boleh ganti dengan cili kering yang dah dikisar atau cili boh. Aku malas nak blend cili, so guna sos tomato Heinz aje.
  • Kicap, diimport dari Malaysia – kicap manis cap kipas udang =)
  • Sos tiram, ni beli kat sini. Mahal giler. Satu botol kecik camtu pun dekat RM10. Bodoh punya Russia.
  • Tobasco, ni option je. Sebab aku guna sos tomato konon nak buat pedas lagi la letak tobasco. Tak pedas pun. Hampeh!
  • Tandoori paste, ni pun option je. Takde pun takpe.
  • Garam
  • Bawang besar dihiris untuk ditumis
  • Daging dihiris nipis
  • Sayur. Sayur ni aku tak tahu sangat, tapi aku guna Mexican mixed veggie
Bahan Masak MakaroniSecukup rasa..
Mexican mixed veggie
Cara-caranya ialah ( boleh baca sambil bayangkan cara chef Wan explain~ )
  1. Rebus makaroni. Tambah garam sikit semasa merebus, supaya.. supaya tak tawar kot. Lepas tu toskan air dia dan biarkan sejuk. Kalau panas-panas nanti masa masak jadi lembik. Kat sini letak tepi tingkap je kalau nak sejukkan makaroni tu.
  2. Tumis bawang yang dah dihiris.
  3. Masukkan sos tomato dan tobasco tambah air.
  4. Tambahkan kicap dan sos tiram. Tak perlu banyak, satu sudu each cukup sebab nanti rasa pelik kalau banyak.
  5. Masukkan daging dan masak daging sehingga empuk di atas api yang slow and steady. Itulah sebabnya daging kena hiris nipis-nipis. Aku paling pantang budak-budak ni masak daging tapi potong besar-besar. Pemalas sungguh! Padahal sendiri yang nak makan jugak, susah hidup dengan orang bujang nih.. tengok aku dah start membebel time masak
  6. Bila agak-agak daging dah empuk tu, boleh masukkan mixed veggie tadi. Mak aku cakap kalau nak masak sayur tak payah masak lama-lama. Nanti tak best.. So dalam 2-3 minit masak oklah.
    Lebih kurang camni la rupa dia
  7. Lepas tu masukkan makaroni.
  8. Kacau, kacau dan kacau.
  9. Tambah garam secukup rasa.
  10. Siap!
Makaroni yang sedap
Kalau nak pedas dan nampak cantik lagi boleh hiris cili merah sikit. Masalahnya aku takde cili merah, tiba tiba je datang mood nak blog pasal memasak. Tak prepare langsung.
Tanya aku sedap ke tak? Hm.. kalau aku cakap sedap nanti orang kata aku ni masuk bakul angkat sendiri pulak kan? Jadi macam nilah, takkan aku nak kasi resepi yang gagal dan tak sedap, betul tak? Kalau aku berani blog kat sini, mesti benda tu dah jadi dan sukses. Tak gitu? Tapi kalau korang try dan jadi tak sedap, itu masalah korang la. Wahahaha~


Aku ambik kat  SINI

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠