06 October 2013

Aeril Zafril dan Wawa Zainal Sah Nikah

Assalamualaikum....

Semalam aku tengok Galaksi kat Tv 9...pasal isu Wawa Zainal dengan Aeril Zafriel niekan....pihak galaksi telefon Wawa Zainal kat Sabah tapi Wawa Zainal menafikan juga yang beliau sudah berkahwin dengan Aeril Zafriel.Hari nie pulak aku terbaca  lagi tentang gosip mereka yg Wawa Zainal dan Aeril Zafriel sah berkahwin dan menpunyai seorang anak lelaki.....Tak sabar aku nak tahu gosip mereka....betul ke tidak yg mereka berdua sudah bernikah hihihihi panassss...

Berita hiburan B POP  ini pasti mengejutkan peminat apabila membongkar kesahihan gosip yang melanda pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dikatakan sudah bernikah dan mendapat seorang bayi lelaki. Gosip mula kedengaran pada sekitar awal 4 Ogos, tetapi Wawa masih menafikan kabar angin yang dia sudah bernikah. Wawa telah menghabiskan masa cuti lama di kampungnya dengan alasan hendak berubat.
Dipetik dari BiPop , pada 28 September 2013 sebuah stesen radio telah mengumumkan seorang artis popular telah lama menghilang rupanya selamat melahirkan anak dan kini sedang berpantang di kampung halaman.
21f6e2cbb4434ea8a17cfb6e8b0e57c5.jpg
Pada 2 Oktober 2013 Aeril Zafril sekali lagi menafikan gosip dia berkahwin dengan Wawa dan juga menafikan berita Wawa melahirkan anak. Aeril meminta media menghentikan fitnah dan berita tak benar ke atasnya.
Tahun 2011 timbul kisah cinta mereka di dada media hiburan, tetapi hanya memberikan kenyataan yang mereka memang berkawan rapat dan semakin intim apabila ditemukan dalam filem Budak Pailang.
Aeril keluar dari MIG sekitar Mei dan filem 99 Kali Rindu adalah filem terkahir beliau bersama MIG.  Pada Oktober 2012, Aeril menyatakan dia mahu kurangkan aktiviti berlakon dan mahu tumpukan pada ilmu agama di Indonesia namun Aeril telah terlibat dengan sebuah filem luar di Hollywood.
Aeril pernah membuat pengakuan dia selesa berkawan dengan Wawa dan wanita itu ada sifat kelembutan dan keayuan .
Wawa juga kelihatan kurus ketika itu dan mendakwa dia mungkin terkena penyakit misteri. Kisah cinta Aeril dan Wawa memang sudah dihidu wartawan tetapi sukar mendapat penjelasan dari mereka berdua, hinggalah teman rapat mereka terlepas cakap memberitahu mereka berdua memang sudah lama bercinta. Dari sumber rapat mereka mengesahkan pasangan itu sudah bernikah sejak Wawa sebelum muncul di ABPBH 2012.
Selepas dinobatkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Wanita Popular pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 2012) pada awal April lalu, kelibat Wawa sukar untuk dijejaki media massa apabila dia dikatakan kerap pulang ke kampung.
Sekitar Jun , Wawa dikatakan mendapatkan rawatan secara tradisional di kampungnya, tetapi didakwa menghilangkan diri apabila panggilan telefon tidak berjawab. Ada sumber memberi info Wawa menjalani tempoh berpantang di kampungnya di Lahad Datu. Kehilangan Wawa  menimbulkan kehairanan pada pihak pengurusan MIG . Ada gosip meyatakan Wawa dilihat bercuti dengan teman lelaki di Pantai Timur dan kisahnya hamil heboh diperkatakan.
Hari ini dalam akhbar BH Ahad, wartawan telah membongkarkan kisah perkahwinan Aeril dan Wawa Zainal sekali dengan bukti dari JPN dan daftar nikah mereka.
7d454472aa1741c79f16c69fbccfdc2a.jpg
Dalam keratan BIPOP hari ini,

Aeril Zafril dan Wawa dikatakan mendaftar pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling Jaya pada  4 Februari tahun ini.
Wawa lahirkan anak
BIPOP juga mendapat maklumat mereka telah mendapat seorang anak lelaki yang didaftarkan atas nama Ahmad Fakhruddin Attar yang dilahirkan pada 24 Ogos lalu , mempunyai berat 3.12 kg, dan nama bapa ialah Suhairil Suhari, iaitu nama sebenar Aeril. Nama ibu ialah Nur Hawa Zainal Abidin.  Data peribadi Aeril yang dilahirkan pada 2 Disember 1988 dan ibunya Nur Hawa Zainal Abidil atau nama sebenar Wawa yang dilahirkan pada 12 Mac 1992, nyata sama dengan identiti ibu bapa kepada bayi berkenaan. Lebih menarik lagi nama bayi itu adalah sama dengan nama watak filem lakonan Aeril Zafril  dalam 99 Kali Rindu.

263bf20e7c064219a82277fd6549de61.jpg

Gambar Wawa berpakaian pengantin dimuatnaik 9 bulan lalu.
Tulisan Wawa di laman instagramnya berbunyi ” Selamat hadir ke dunia Ahmad Fakhruddin Attar 24 Ogos 2013 bersama puisi pendek berbunyi ” Bidadari tanpa syurga bahagia ku kini milikmu, hadirnya membawa berita gembira, pengubat hati rindu.”
Sungguh bijak Aeril dan Wawa menyembunyikan kisah percintaan mereka dan juga pernikahan hingga dapat anak lagi.
Kenapa agaknya Aeril dan Wawa menyembunyikan perkara baik ini dari pengetahuan media dan peminat, adakah mereka bimbang populariti akan jatuh atau adakah keputusan berkahwin melanggar syarat MIG? Hanya Wawa dan Aeril saja dapat menceritakan hal yang sebenar. Kita nantikan pula jawapan mereka setelah kisah cinta mereka didedahkan ala ala FBI, pasti juga dinantikan komen dari David Teo kisah pernikahan sembunyi Wawa dan Aeril Zafrel :)

Kredit: Nuriz

Nota Pink: Memang panas gosip niekan....tak sabar tunggu Wawa Zainal Balik Ke Malaysia....katanya pertengahan bulan Oktober nie....Tapi yang peliknya kenapa mereka sorok ya....Emmmm...,Kalau mereka bernikah kat sini...siapa yang walikan Wawa Zainal....Wawa kan masih ada IbuBapa lagi.....

10 comments:

  1. macam-macam artis ni ye..hmm..rasanya tak perlulah sorokkan perkahwinan tu..

    ReplyDelete
  2. betul ke tidak, Allahualam....

    ReplyDelete
  3. Terkejut jugak mse tgk melodi td

    ReplyDelete
  4. Hmm..saya hairan knp maklumat itu ibu bapa bayi diperoleh dengan senang drpd JPN. Bukankah maklumat itu SULIT kecuali untuk kes-kes tertentu maklumat itu boleh diperoleh

    ReplyDelete
  5. hurm.. hanya Allah yg tahu.. moga kebenaran akan terbukti jugak nanti..

    ReplyDelete
  6. perkara yg baik2 disorokkan..tp yg buat benda2 x baik..senang2 hati ajer pamerkan

    ReplyDelete
  7. mcm2 kan.. kkta? tgk n lihat je..

    ReplyDelete
  8. huhu....semoga semua bakal terungkai nanti....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠