Slot Akasia: Wedding Breaker/ Ariana Rose

Author : Cik Rose Cute | 3:38 PM | 16Total Comments |


Assalammualaikum,
Tidak lama lagi drama dari novel Wedding Breaker bakal di tayangkan pada 31/12/2013. Tajuk  drama  telah ditukar kepada Ariana Rose.So sesiapa yg pernah baca novel nie pasti tak sabar nak tgk drama niekan....



Sinopsis:

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. 
Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar.
Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. 
Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Ending- Mestilah happy

Pelakon Utama:


Keith Foo - Tengku Kamil
Nur Fathia- Ariana Ros
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh.
              





Harap-harap drama nie meletop hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

16 comments:

  1. eh eh..drama based novel lagi plakk..huhu

    ReplyDelete
  2. Ala.. Bila baca sinopsis cerita ni mcm best
    Tp bile tengok fathia jd lead actress mcm rase kureng pulak.. Mcm x brp menjadi je kalo dia berlakon. (pendapat saya la)
    Tq sharing info ni.. Terus rase nak pegi cari novelnya..hihihi

    ReplyDelete
  3. Mcm best je,lama x tgk akasia
    Cik rose,saya tag cik rose di http://atienstory.blogspot.com/2013/12/giveaway-havoc.html

    ReplyDelete
  4. Nur tak pernah baca novel ni...dgr cuter best...!

    ReplyDelete
  5. tak sabarnya nk tunggu cite ni. mesti best.

    ReplyDelete
  6. xpnh bace novel ni. cam teruje je nk tgok nnt...mst best cz ade fathia & keith foo...;)

    ReplyDelete
  7. cam best tapi...malas pula nak layan kalau time pukul 7..kalau lewat pkul 10 dh nak tido..hihi....

    ReplyDelete
  8. novel dia best kan.. harap2 citer ni pun best la.. huhu.. tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete
  9. Teringin la sangat nak tengok cerita mengenai orang2 biasa, orang2 tanpa gelaran Tan Sri dan Datuk yg dekat dengan hati majoriti penonton...

    ReplyDelete
  10. hmmm smuanya nak adaptasi novel je skng nih.. huhu

    ReplyDelete
  11. wah macam best...saya tak pernah lagi bace novelnye...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠