Kalau sebelum ini aku ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
sumber: taotauajer.blogspot.com
Masyaallah.. semoga kita dijauhkan dari perkara2 camni..
ReplyDeletemesti pasti akan berlalu kejadian yang tak di ingini seperti thunami, sebab agama islam tiada di sana dan akan berlalu kejadian pelik
ReplyDeletemana boleh macam ni. tak adil betol lah. -_-
ReplyDeletelepas ni akan jadila kejadian yang tak diingini kat negara tu..dah la nama negara pun tak glemer..eh USA tu pun takde buat mcm ni
ReplyDeleteAllahuakhbar..!
ReplyDeleteSedihnya....
Allah maha besar, mohon diorg bertaubat la...jgn bila malapetaka turun baru nak myesal...
kita dah akhir zaman...
Ya Allah.. tak patut langsung
ReplyDeletethanks share info nie..baru sye taw ada negara yg mengharamkan agama islam :(
ReplyDeleteish.. sanggupnya dorg robohkan rumah Allah.. x hairan la kalo ada bencana yg bakal berlaku kat sana nanti..hmmm...
ReplyDeleteMEREKA AKAN TERIMA BALASANNYA NANTI...
ReplyDeleteitulah melampau sungguh kerajaan mereka ni terus haramkan islam..
ReplyDeletekalau tak silap bukan ke Anggola ni negara islam gak..