24 December 2013

Drama Projek Memikat Suami

Malam tadi tengok episod pertama...macam best jer...macam seronok jer....hihihi rugi kalau korang tak tengok...Sweet jer lakonan Aiman Hakim dengan Emma Maembong.Tue baru episod pertama...Jom! baca sinopsis


NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?



“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Pelakon utama:

Zahrain- Aiman Hakim
Nawwal Husna- Emma Maembong
Dynas Moktar-Nora(kakak 1 Nawal)
Watie Sadali - Najla(kakak 2 Nawal)

Tak sabar nak tengok episod seterusnya...Drama nie boleh layan kat Astro 104 jer...tv lain tak ada ya...hihihi

17 comments:

  1. hiii...best juga tertengok semalam

    ReplyDelete
  2. aduhai..masih sinopsis yang sama dengan kebanyakan drama lain..huhuu

    ReplyDelete
  3. eh,eh, cerita apa ni?? yg ganti playboy itu suamiku kea??

    ReplyDelete
  4. eh eh..macam best ja..suka emma maembong :)

    ReplyDelete
  5. pesan orang tua - tua , jgn membenci sgt . nanti jadi cinta ...

    ReplyDelete
  6. hai awak. best kan citer tu. saya dah baca novel die. hehehe. jom sama2 tengok

    ReplyDelete
  7. da bc novel kn layan drama la plak

    ReplyDelete
  8. aduhh macam sweet je cte nie..tk dapat tgk nak caro novel dia la hehe..
    done klik INTI

    ReplyDelete
  9. Nak tengok la nanti. Lama tak tengok cerita cinta. =)

    ReplyDelete
  10. tak sempat tgk malam td.. tertido.. huhu..

    ReplyDelete
  11. yela.. memang best..
    comey je emma tu berlakon watak tu.. menjadik!

    ReplyDelete
  12. semalam tak sempat tgk pun..huhuhu

    ReplyDelete
  13. dah baca novelnyer.mmg best. hunny lg suker bacer novel sbb lg feel.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠