25 December 2013

Hotel – Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia

Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling menyeramkan di dunia? Jom! baca...


1. Hotel Crescent
Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia
Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.
2. Hotel Queen Mary
Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia
Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary.

3. Lizzie Borden Bed and BreakfastHotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia
Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel.

4. The Old Spot Hotel
Hotel - Hotel Paling Menyeramkan Di Dunia
Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya.

Dekat Malaysia ada ke hotel yang menyeramkan?korang ada pengalaman tak?bolehlah share cerita...
SUMBER

18 comments:

  1. rasa ada hotel menyeramkan kay msia,tapi tak ingatlah kat mana,tapi kat msia ni rata-rata rumah yang berhantu...

    ReplyDelete
  2. pernah baca hotel seram kt malaysia kt genting highland..huhu jumpa sndiri belum pernah lg..takmau jumpa la..seram~

    ReplyDelete
  3. Ish, seram seram seram... Hmmh, dekat mana2 pun ada benda tu. Cuma kita nampak ataupun tidak saja. Tapi kalau di hospital dan hotel lagi berganda seramnya..

    ReplyDelete
  4. Ooo...xpe, mmg xberniat pown nk pergi ke sana...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Saya pernah tinggal di satu hotel di Sabah, beg pakaian saya sering beralih tempat beberapa kali walau saya 100% yakin saya hanya letakkan di satu tempat saja...

    ReplyDelete
  6. tengok pun dah takut ape lagi nak bermalam kat situ.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Tgk upe hotel.pun dh seram kak

    ReplyDelete
  8. seram..
    minta dijauhkan lah bab seram meram nie..

    ReplyDelete
  9. kat malaysia pun ada juga cik rose :)

    ReplyDelete
  10. xde pengalaman kak..minta dijauhkan la..huhuh

    ReplyDelete
  11. gentayangan tu maksud berkeliaran ke..
    mcm bahasa indo je.. hihihihi

    ReplyDelete
  12. x mustahil ada "penghuni lain" dlm hotel.. kat malaysia pun ada jugak kak.. xde pengalaman lagi tp penah baca pengalaman org.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Tengok macam lawa je. Mesti mencabar duk kat sana... =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  14. wah dah tukar design, cantiknya
    baru perasaan =)

    kat malaysia tak berapa tahu
    tapi pernah dengar amber court
    yang dekat genting tu
    tak tahulah pula kesahihan dia

    ReplyDelete
  15. kalu kt m'sia...so far x penah dgr apa2 cerita lg

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠