Assalamualaikum....
Sajer jer nak share dengan korang tentang hal yang menarik tentang Nelydia SenroseJom! baca...
1. Nelydia merupakan seorang ‘morning person’. Paling lewat Nelydia bangun daripada tidur ialah pada jam 9 pagi.
2. Oleh kerana dia suka bangun pagi, Nelydia pasti akan tidur awal.
Kongsi kekasihnya, Qi Razali, setiap kali dia menghubungi Nelydia pada
lewat malam, pasti panggilan telefon itu tidak berjawab.
3. Nelydia suka dengan buaya kerana beranggapan buaya mempunyai karakter menarik.
4. Nelydia suka mencuba menu-menu yang belum pernah dicuba. Malah,
dia juga suka mencari tempat-tempat makan baru. Sesuailah dia
berpasangan dengan pengacara ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ bukan?
5. Nelydia seorang yang sensitif. Lebih buruk, dia akan pendam
perasaan sekiranya marah. Nelydia akui apabila sudah terlalu banyak yang
dipendam, dia akan mengungkit segala cerita lama.
6. Walaupun baru berusia 19 tahun, namun gadis ini berani melancong seorang diri.
7. Bagi Nelydia, dia merupakan seorang yang kuat berfikir terutamanya
tentang masa depan. Namun Qi menganggap Nelydia kuat mengelamun.
8. Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi, kata Nelydia dia paling tidak suka mata pelajaran Matematik.
9. Nelydia mengaku dia seorang yang pemalu biarpun sering berhadapan dengan kamera.
10. Kata Nelydia, dia lebih gemar tampil ringkas ketika keluar
bersiar-siar. Menurut Qi, pernah sekali ketika keluar dengan Nelydia, Qi
merasa seolah-olah dia yang ‘overdressed’ kerana Nelydia hanya memakai
selipar.
11. Nelydia gemarkan aksesori yang dilengkapi berlian.
12. Kalau dah namanya perempuan, Nelydia tidak lari dari minat
mengumpul beg tangan. Kini Nelydia memiliki lebih kurang 10 buah koleksi
beg tangan.
28 June 2013
7 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sy minat jgak nelydia. cara dia belakon best.
ReplyDeletecute la dia ni...
ReplyDeleteMorning person.. Good! Mieza pun minat Nelydia ni.. Comel.. =)
ReplyDeleteCpt2 la kawen dgn qi tu... :-)
ReplyDeletecomey la dia..tp dia pkai tudung tu nmpak sgt dahinya luas , huhu
ReplyDeletesaya suka dia ni, sweet jer muka dia.
ReplyDeleteowh.. baru tau serba serbi psl dia.. huhu.. cantik dia bertudung..
ReplyDelete