Syifa (penawar @ penyembuh)

Author : Cik Rose Cute | 4:13 PM | 4Total Comments |
Hari ini adalah hari ke 5...aku berpantang.Sekejap jer masa berlalu...syifa tak pulak ada kuning selepas keluar dari hospital.Nurse datang umah check pun cakap tak ada.Syukur alhamdullilah..tak payah susah lagi nak ke hospital,terima kasih Ya Allah..kau permudahkan semuanya untukku..Badanku dah di urut oleh wak ipah..,hari ni wak ipah cuti..dia nak rehat satu hari..tak mengapalah..besok baru wak ipah datang.
Kalau dalam pantang mesti kena urut...kalau tak sakit2 badan...la..jawabnya.Tak tahu la kalau orang tu dalam pantang dia tak urut..boleh ker dia tahan sakit badan...kalau aku tak tahan...Jahit di bawah pun dah kering sikit ,dah terasa sakit macam hari pertama...,berak pun dah okey,darah nifas pun dah nak kering...SEmua okeylah..Alhamdullilah.....syifa pun okey tak meragam sangat...cuma nak susu jer dia merenggek.
Syifa minum susu badan,susu ibu elok untuk baby supaya tidak kuning.Hari pertama syifa mengamuk sebab tak cukup susu...,terpaksalah ibu menyuruh abah beli susu tepung..baru la syifa tak merenggek,sebab susu ibu belum cukup untuk dia...biasalah hari pertama susah nak dapat susu banyak..yang ada cuma cecair jer.Kata doktor cecair tulah yang paling elok untuk baby.Semoga Syifa  sihat dan tak ada kuning.Syifa kan maksud penawar @ sembuh..kalau tak silap ibu....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Di saat Melahirkan Syifa...

Author : Cik Rose Cute | 5:21 PM | 11Total Comments |
Salam...buat semua...ni nak story sikit..walaupun luka di bawah belum pulih lagi..ibu tetap nak tulis apa yang berlaku di saat melahirkan anak ke tiga ibu..Nur Faqihah Shifa...

Pada pukul 11.00pm ibu dah terasa sakit tapi tak lah kuat sangat..cuma sikit-sikit jer..ingatkan sakit main2 jer..yang sepert selalu ibu rasa.Pukul 3.00am tanggal 04/03/2011 datang lagi sakit tapi kuatnya lebih sedikit dari semalam...,ibu bangun ke dapur buat cam biasa..rebus air untuk buat air masak...takut besok tak ada air lagi..macam mana nak bancuh susu untuk haziq hanif (anak keduaku)semua dah beres ibu duduk kat ruang tamu sorang2..sekejap termenung,sekejap berdiri,sekejap baring semuanya tak kena..Boring duduk kat ruang tamu,Ibu masuk dalam bilik..baring..tapi mata tak mahu lelap..dalam hati Ibu terdetik"aku nak bersalin ke?"..Mulalah Ibu fikir yang macam-macam walaupun ada pengalaman sebelum ni..tapi fobia bersalin tetap ada di dalam diri Ibu.

Ibu tengok jam dah hampir pukul 5.00am.Sakitnya lagi kuat daripada tadi...rasanya...ya Allah! tuhan saja yang tahu..atau ibu-ibu yang pernah bersalin.Ibu tengok seluar dalam Ibu kot-kot keluar tanda..tapi tak ada tanda apa-apa pun....sakitnya bukan main lagi..ibu bangun tengok abah ada kat komputer.."dah bangun laki aku ni.."fikir ibu sejenak..sebab Abah menemani Nur fatin Sahira (anak sulongku) malam tu..dia takut tidur sorang pulak..Ibu tengok jam hampir pukul 5.30am..ibu cakap gan abah sebab tak tahan lagi menahan sakit yang amat sangat..datangnya 5 minit sekali.

Abah kejutkan anak-anak siap barang semua pergi ke hospital klang.Sampai hospital klang stuff nurse check kat bawah tengok dah bukak berapa....bukaknya baru 3 cm...Abah dah register semua ibu kena tahan masuk wad.Sakitnya tak payah cakap lagi bertambah kuat..ibu rasa nak meneran jer walaupun dah bukak 7 cm..semasa tengah check jantung baby sebelum masuk living room...

Doktor ada tanya keluar apa-apa tanda..dalam kesakitan Ibu cakap tak keluar tanda apa-apa pun...,tu yang doktor pecahkan air ketuban walaupun belum bukak 9 cm..pastu dia biarkan ibu kat situ...Tuhan saja yang tahu apa perasaan ibu...betapa azabnya dengan kesakitan nak bersalin..dengan Doktor pelatih yang baru nak belajar jadi doktor..kejap-kejap check kat saluran peranakan ibu..bayangkanlah!!!!rasa nak teranjang pun ada...di saat-saat kepala baby nak keluar diaorang sempat lagi nak check bukak berapa....pastu tak bagi teran..lagi..mereka menyuruh ibu sabar jangan teran lagi...Aduh!!!!!!Cuba bayangkan....apa perasaan ibu-ibu sekelian?

Ibu cakap dengan diaorang tak boleh sabar lagi barulah nurse tolak ke living room..Masuk jer living room..kat situ pun ada pelatih jugak..baju warna purple..di dalam hati ibu.."habislah aku jadi bahan ujikaji mereka..."Tak sampai 1 minit dalam living room ibu dah bersalin..Time jahit kat bawah satu hal lagi...lama betul ibu kat dalam living room menjadi bahan ujikaji pelatih-pelatih tersebut cara-cara untuk jahit anu yang lepas bersalin,dah la tak bius dengan ubat..jahit mati-mati jer...Cuba bayangkan...

Ni lah pengalaman Ibu yang paling mengerikan...Tapi Alhamdullillah Semuanya sudah selamat...kalau diingat balik....emmmm..tak nak pergi hospital klang...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Jika Anak Anda Demam,apa yang patut seorang Ibu Buat??

Author : Cik Rose Cute | 7:40 AM | 0Total Comments |
Petua ni aku dapat dari blog member...,sajer jer aku snap kat sini jugak..supaya boleh aku tengok di kemudian hari bila anak-anak aku demam @ selesma...,kalau kau org rajin ambiklah dan salin kat blog kauorang untuk buat panduan.Kalau nak ingat susah sikit..kalau aku ingat kejap pastu lupa..

  • Jika anak demam: Pastikan anak itu di mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.Memang betul pun..masa belajar dulu pun ada,cikgu sains ada cakap..topiknya kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk..samalah dengan suhu badan kita.
  • Bila Anak Selsema:Tetap mandikan 3 kali sehari..supaya bila selepas mandi,lendir itu akan mudah keluar.Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.Apabila ini berlaku...anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.Ibu cuba praktikkan setiap kali anak-anak ibu ada selsema.Alhamdullillah...maksimun pun 3 kali.
  • Bila anak batuk:Tetap mandikan 3 kal supaya panasnya keluar dan bila tidur malam,sapukan minyak telon @ minyak burung unta di belakang badan   anak  dalam jam antara 1-3 pagi.Insya Allah kahaknya cepat beransur baik.Jika minyak terlalu panas campurkan sedikit dengan minyak kelapa @ minyak zaitun sebelum di lumur pada badan anak anda.
  • Waktu Mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi,selepas zohor dan sebelum jam 7 malam.Jika terpaksa mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan di serang selsema.
  • Biasakan selepas mandi,sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak,belakang telinga,tapak tangan,dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki.Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga selsema tidak langsung.
P/S....Even Doktor turut pesan,jika anak demam...pasangkan air cond di rumah jika ada,supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Bengang Betul!!!!!

Author : Cik Rose Cute | 12:04 PM | 2Total Comments |
Kau orang nak tahu tak aku bengang apa????
Aku bengang pasal air....dari pagi lagi dah tak ader air...ni pun tak masak lagi..puas aku tunggu..tak ader jugak air...dah la anak aku balik sekolah nak maman...sakit hati betul!!!!kalau kau org sakit + bengang tak?Air dlm tangki tu ader..tapi takkan nak masak guna air tu kan...eeeeiiii entah-entah dalam tangki tu semua ader...bangkai tikus ker..telur nyamuk ker..mesti semua ader...
Kat tempat kau org ader ke problem pasal tak ader air ni?????Tempat aku ader..kalau hari Ahad gan sabtu of course tak ader air..tu memang aku dah tahu..sebab area org kat  taman ni..cuti..tu boleh di maafkan lagi..Hari ini..hari apa? seee hari ni kan hari rabu....semua org koje...tak ader jugak..ikan dlm sinki dah lama tunggu untuk aku siangkan and goreng..sabar ye ikan..tunggu air..ader dulu..
Mesti anak-anak aku dah kebulur...nak melantap...sakit hati betul...ni lah dugaan kalau duk pekan ni kan...aku pun dah gigit jari lapar cam kartun kat depan ni...,dah lah aku mengandung....terpaksalah maman roti hu..hu...
sampai bila air ni...adoi!!!!!! help me..help me...mana jabatan air ni...dah la tak info hari ni tak ader air....help me..help me...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ