06 March 2011

Di saat Melahirkan Syifa...

Salam...buat semua...ni nak story sikit..walaupun luka di bawah belum pulih lagi..ibu tetap nak tulis apa yang berlaku di saat melahirkan anak ke tiga ibu..Nur Faqihah Shifa...

Pada pukul 11.00pm ibu dah terasa sakit tapi tak lah kuat sangat..cuma sikit-sikit jer..ingatkan sakit main2 jer..yang sepert selalu ibu rasa.Pukul 3.00am tanggal 04/03/2011 datang lagi sakit tapi kuatnya lebih sedikit dari semalam...,ibu bangun ke dapur buat cam biasa..rebus air untuk buat air masak...takut besok tak ada air lagi..macam mana nak bancuh susu untuk haziq hanif (anak keduaku)semua dah beres ibu duduk kat ruang tamu sorang2..sekejap termenung,sekejap berdiri,sekejap baring semuanya tak kena..Boring duduk kat ruang tamu,Ibu masuk dalam bilik..baring..tapi mata tak mahu lelap..dalam hati Ibu terdetik"aku nak bersalin ke?"..Mulalah Ibu fikir yang macam-macam walaupun ada pengalaman sebelum ni..tapi fobia bersalin tetap ada di dalam diri Ibu.

Ibu tengok jam dah hampir pukul 5.00am.Sakitnya lagi kuat daripada tadi...rasanya...ya Allah! tuhan saja yang tahu..atau ibu-ibu yang pernah bersalin.Ibu tengok seluar dalam Ibu kot-kot keluar tanda..tapi tak ada tanda apa-apa pun....sakitnya bukan main lagi..ibu bangun tengok abah ada kat komputer.."dah bangun laki aku ni.."fikir ibu sejenak..sebab Abah menemani Nur fatin Sahira (anak sulongku) malam tu..dia takut tidur sorang pulak..Ibu tengok jam hampir pukul 5.30am..ibu cakap gan abah sebab tak tahan lagi menahan sakit yang amat sangat..datangnya 5 minit sekali.

Abah kejutkan anak-anak siap barang semua pergi ke hospital klang.Sampai hospital klang stuff nurse check kat bawah tengok dah bukak berapa....bukaknya baru 3 cm...Abah dah register semua ibu kena tahan masuk wad.Sakitnya tak payah cakap lagi bertambah kuat..ibu rasa nak meneran jer walaupun dah bukak 7 cm..semasa tengah check jantung baby sebelum masuk living room...

Doktor ada tanya keluar apa-apa tanda..dalam kesakitan Ibu cakap tak keluar tanda apa-apa pun...,tu yang doktor pecahkan air ketuban walaupun belum bukak 9 cm..pastu dia biarkan ibu kat situ...Tuhan saja yang tahu apa perasaan ibu...betapa azabnya dengan kesakitan nak bersalin..dengan Doktor pelatih yang baru nak belajar jadi doktor..kejap-kejap check kat saluran peranakan ibu..bayangkanlah!!!!rasa nak teranjang pun ada...di saat-saat kepala baby nak keluar diaorang sempat lagi nak check bukak berapa....pastu tak bagi teran..lagi..mereka menyuruh ibu sabar jangan teran lagi...Aduh!!!!!!Cuba bayangkan....apa perasaan ibu-ibu sekelian?

Ibu cakap dengan diaorang tak boleh sabar lagi barulah nurse tolak ke living room..Masuk jer living room..kat situ pun ada pelatih jugak..baju warna purple..di dalam hati ibu.."habislah aku jadi bahan ujikaji mereka..."Tak sampai 1 minit dalam living room ibu dah bersalin..Time jahit kat bawah satu hal lagi...lama betul ibu kat dalam living room menjadi bahan ujikaji pelatih-pelatih tersebut cara-cara untuk jahit anu yang lepas bersalin,dah la tak bius dengan ubat..jahit mati-mati jer...Cuba bayangkan...

Ni lah pengalaman Ibu yang paling mengerikan...Tapi Alhamdullillah Semuanya sudah selamat...kalau diingat balik....emmmm..tak nak pergi hospital klang...

11 comments:

  1. sakit bersalin tak rasa bila dah lihat wajah anak yg comel, tahniah kerana melahirkan dia...

    ReplyDelete
  2. comelnya shifaaaa. geram zie tgk taw :D

    ReplyDelete
  3. Terima kasih zie...haaa Akak tengok..zie dah ada calon..bila lagi..Hensem pulak tu..

    ReplyDelete
  4. adeh saya baca ngeri plak rasa nak bersalin lagi haha
    ramai yg tanya bila nak mengandung lagi sebab anak sulung dah 3thn
    takut klw ingatkan tu rasa mcm fobia je nk bersalin heheh

    ReplyDelete
  5. Ya ker nana...,memang la kalu di fikirkan takut tu masih ada...apa-apa pun..bila lihat muka baby hilang la rasa sakit...itulah nikmat Tuhan berikan pada kaum hawa..he..he..

    ReplyDelete
  6. mak ai..cam seram je nak beranak..tambah2 plak sekarang ni pelatih yg ramai kt hospital tu

    ReplyDelete
  7. mak aii..seramnye nak beranak..tmbah2 plak pelatih je yang ramai kt hspital skrg. btw, comelnyeee..tahniah!

    ReplyDelete
  8. pengalaman mak kina pom tragis kak..nanti kina up entry..:)

    ReplyDelete
  9. Aslmkum Cik Rose, Alhamdulillah anak comel, hilang sakit kan..pengalaman saya anak sulung tu boleh tahan jugak. Shukur selamat semua :)

    ReplyDelete
  10. masing2 ade pengalaman tersendirikan..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠