skip to main |
skip to sidebar
Saka Bini....
Dah dua hari aku tak tulis apa kat entry aku ni...,ni aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang semua..kalu sudi baca la...Story ni seram sikit...
Pukul 2.00 pagi,Fendi terjaga dari tidur.Rasa mahu membuang air kecil menganggu lenanya.Dia memandang ke sebelah.Isterinya,Rozi sedang lena dibuai mimpi.Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.
Selepas membuang air, sebelum masuk semula ke kamar tidur, Fendi meninjau bilik tidur anaknya.Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi,mereka di kurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong. Fendi mengagak, mungkin anak bongsunya yang baru berusia empat tahun itu tidur di bilik abang-abangnya.
Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya.Maklumlah, rumah teres yang di belinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30 an itu menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya itu juga kosong.............."Eh! ke mana pula perginya budak-budak ni?" Fendi mula cemas.
Dia bergegas ke ruang tamu.Hatinya lega semula apabila melihat ke empat-empat anaknya itu ada di ruang tamu.Mereka tidur beriringan sambil di tutupi selimut sehingga ke paras dada.Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu.Ke semuanya sedang meniarap.Fendi memetik suis lampu ruang tamunya......."Eh!!??" Sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik sahaja cahaya menerangi ruang tamu rumahnya itu.
Dia melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu.Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain' di bawah selimut itu,ia bergerak ke sana ke mari!.....Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki.Kemudian,Fendi bergegas semula ke ruang tamu.
Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan.......zapp!! Dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi.Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti.Lututnya merasa lemah.Serasa parang yang di pegangnya itu juga hampir terlepas.
Apa yang di lihatnya memang sukar untuk di terima akal, hingga Fendi berasa sangsi,apakah ini realiti atau dia sedang bermimpi.Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anaknya itu ialah ular, Tetapi....!!!!!!! Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan.Ke tiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya.
Apabila menyedari kehadiran mereka di lihat oleh Fendi,makhluk itu terus berdiri.Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga.Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.Beberapa saat kemudian,ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam.Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu,lalu duduk tersandar.
Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang di anggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.Kali ini,Fendi sudah tidak tahan lagi.Anak-anaknya kini turut di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Sebelum ini, hanya dia sahaja yang kena.....Yang menganggu Fendi bukan kawan-kawannya.Bukan juga jiran atau saudara-maranya.Tetapi orang yang di syaki oleh Fendi itu ialah ahli keluarga terdekat dan paling rapat dengannya,iaitu isterinya sendiri!....
Fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya.Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kini telahannya semakin jelas.Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak 10 tahun dia dan Rozi berumah tangga dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu.Fendi masih ingat lagi,suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu ber mesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan!!!!
Muka Rozi di lihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak ke marahan.Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh.Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut.Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya,namun Rozi buat tidak peduli.Kata Rozi,itu semua bayangan dan bukannya betul.
Mungkin Fendi terlalu penat,atau terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat,hujah Rozi menyangkal cerita Fendi.Beberapa malam selepas itu,Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular.Kali ini,Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang sedang bersedia untuk mematuk mangsanya!!!
Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi yakin bahawa Rozi menerima saka dari keluarganya,apabila Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah di gunakannya. Untuk apa??? Adakah darahnya itu untuk di berikan kepada saka tersebut??? Apabila di tanya, Rozi menafikannya.Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah.Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.
"Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula di ganggu oleh saka isterinya itu,Fendi sudah tidak boleh sabar.Tidak lama selepas itu,Fendi dan isterinya bercerai....."jelas Haji Amli Embong,peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes perceraian tersebut.
Story ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Fendi...Tapi lama jugak si Fendi bertahan dengan bininya...10 tahun jugak la...Apa terjadi terhadap Si Rozi bekas jandanya itu....Entah la...
isy... kalau nora mau pengsan tang tu gaklah... serammmmmm
ReplyDeleteuiihh..ngeri+seram ni..mesti ada byk lagi kisah disebaliknya kan..10thn lama tur
ReplyDeleteTu la pasal...mama yatie..tu sikit jer dia cerita kat Haji Amli Embong..
ReplyDeleteMemang seram la..siap main atas anak lagi kan nora???hi..hi...kalau saya tak tahu la..nak cakap..