03 March 2011

Jika Anak Anda Demam,apa yang patut seorang Ibu Buat??

Petua ni aku dapat dari blog member...,sajer jer aku snap kat sini jugak..supaya boleh aku tengok di kemudian hari bila anak-anak aku demam @ selesma...,kalau kau org rajin ambiklah dan salin kat blog kauorang untuk buat panduan.Kalau nak ingat susah sikit..kalau aku ingat kejap pastu lupa..

  • Jika anak demam: Pastikan anak itu di mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.Memang betul pun..masa belajar dulu pun ada,cikgu sains ada cakap..topiknya kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk..samalah dengan suhu badan kita.
  • Bila Anak Selsema:Tetap mandikan 3 kali sehari..supaya bila selepas mandi,lendir itu akan mudah keluar.Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.Apabila ini berlaku...anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.Ibu cuba praktikkan setiap kali anak-anak ibu ada selsema.Alhamdullillah...maksimun pun 3 kali.
  • Bila anak batuk:Tetap mandikan 3 kal supaya panasnya keluar dan bila tidur malam,sapukan minyak telon @ minyak burung unta di belakang badan   anak  dalam jam antara 1-3 pagi.Insya Allah kahaknya cepat beransur baik.Jika minyak terlalu panas campurkan sedikit dengan minyak kelapa @ minyak zaitun sebelum di lumur pada badan anak anda.
  • Waktu Mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi,selepas zohor dan sebelum jam 7 malam.Jika terpaksa mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan di serang selsema.
  • Biasakan selepas mandi,sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak,belakang telinga,tapak tangan,dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki.Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga selsema tidak langsung.
P/S....Even Doktor turut pesan,jika anak demam...pasangkan air cond di rumah jika ada,supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠