Bubur Biji Nangka By Kak Rose

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
P/s: Ambik resepi dari Kak rose punya resepi...Nanti nak try buat...cantik betul warnanya...betul tak?...

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Syifa (penawar @ penyembuh) Dah 3 bula lebih

Dah lama tak up-date pasal My baby Nur Faqihah Syifa .Kejap jer masa berlalu....syifa pun dah makin membesar dan comel gitu..hihihi...puasa pun makin dekat.Camna la nanti...dalam bulan puasa...mintak2 susu jangan ler kering...yala....puasa camna nak ada susu...kan kena banyak minum air masak....Aku mesti haus giler..sebab menyusukan syifa.Si syifa ni pulak kuat 'nek' tau..tu badannya bertambah montel...kalau korang tengok gambarnya meh sini....

1
2
3
4
5
6
Koleksi gambar Nur Faqihah Syifa

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Lempeng Epal Dari Kak Tini Dewi

Bahan-bahan:
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar minyak
1 biji epal

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
2. Masak menggunakan non-stick pan.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

PeLakon Indon Naysilla Mirdad

Korang kenal tak pelakon ni....,dia selalu berlakon dengan Dude Harlino.Dengar cerita Dude Suka kat dia tap Nay Anggap Dude sebagai Abang Sahaja.Naysilla Mirdad ni anak kepada Pelakon jugak tau...Dia dengan Dude Kalau berlakon memang serasi giler..korang ada tengok tak lakonan diaorang...cer..cerita cer..cerita.Aku selalu tengok lakonan diaorang hehehe kat Astro.

Siapa yang suka cerita Indon mesti mengenali Naysilla Mirdad nikan.....Aku suka tengok muka dia..manis jer....Cam Muka aku hehehe (perasan nak mampus!!!)Banyak jugaklah sinetron dia berlakon....lagi-lagi kalau berlakon dengan Dude mesti fames gila kau...Sebabnya Rakyat Indon suka melihat mereka berdua couple.Tapi tak boleh Nay ni bukan berketurunan Islam...Nay ikut agama Ibunya Lydia Kandou kristian.Bapaknya Islam Jamal Mirdad.Ibunya Lydia Kandou tak nak masuk islam katanya.Boleh pulak kawin camtu kat sana ya....Kalau ikut sunnah Islam mana boleh kawin camtu...betul tak?

Dalam Cerita ni...Dia berlakon dengan Kakaknya...Korang Ingat  Tak
Kat Tv 3...Dia berlakon dengan kakaknya Nana Mirdad
Banyak jugaklah Dia berlakon Contoh: Sinetron Intan,Sekar,Doa Kurnia dan banyak lagi...aku lupa la pulak hehehe Okeylah tu serba sedikit yang aku tahu..
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Tension!!!! Anak Jadi Mangsa...

Selamat Tengah hari dah makan Tengah hari ke Belum? Aku dah......Ni aku nak kongsi isu dera budak hehehe...Korang pernah tak pukul anak korang hehehe....kadang-kadang aku pukul jugak tapi tak der sampai mendera...pukul sikit2 jer...Yalah kalau nakal sangat mesti kena pukul sikit betul tak.....kalau buat sepah pun kena pukul sikit....tapi tak der sampai lebam.....untuk beri pengajaran....Budak2 ni...kena jugak cubit atau pukul sikit hehehe...kalau tak....diaorang tak nak dengar caakap kita....
Di Malaysia, Penderaan kanak-kanak mendapat perhatian akhbar,majalah tempatan dan media massa.Masalah ini semakin membimbangkan dan menunjukkan peningkatan yang berterusan.Penderaan kanak-kanak bukan masalah sosial yang baru.Ia melibatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan.Pada zaman Jahilliyah di Timur Tengah,bagi perempuan di tanam hidup-hidup atau di jual sebagai hamba.Pada zaman Revolusi Industri di Eropah,kanak-kanak dari golongan miskin bekerja sebagai buruh murahan dan di paksa bekerja sebagai buruh di lombong arang batu dan kilang.Pada zaman moden keadaan ini tetap berterusan dan berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal,mental dan seksual....
Nasib baik kat Malaysia tak macam dekat sanakan....tapi Ibubapa pulak suka mendera pulak kat sini....kalau ibu bapa bergaduh anak menjai mangsa korban......

P/s: Mintak2 kita semua tak la dalam golongan manusia yang tak per kemanusian langsung....,binatang pun sayang anaknya...betul tak????
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

BerCuti Di Wet World Shah Alam

Bergambar gan Syifa Tangkap sendiri hehehe kat dalam Wet World

Diaorang Semua Dah start Mandi...
Aku Pun Bergambar hehehe
Syifa panas Dan Mengantuk
Hai!...kawan-kawanku di blogger...udah lama aku tak up-date blog aku...Rindu pulak rasanya nak story.Cuti Hari tu aku bawak anak-anak aku pegi Shah Alam...mandi kat Wet World.Ada sesiapa pernah ke sana tak? masuknya taklah mahal cam kat Sunway Lagoon tau....Bayar Masuk untuk dewasa Rm 10.00....Untuk kanak-kanak pulak ukur tinggi...kalau tinggi kena bayar Rm 7.00.Kitaorang pegi ber lima...yang cuma kena bayar Anak aku yang Sulong,My husband dan aku....Pada mulanya nak pegi air terjun pastu cancel sebab aku takut and fobia pasal berita hari tu....kalau jadik cam tu kat aku...mau gila aku.....Yalah....Dua2 anak meninggal......penat2 mengeluarkannya tup-tup peginya cara begitu....huhuhu takut beb!!! Tapi kuasa Allah Tiada Siapa Menduganya....Betul tak...Kita hanya pasrah dan berdoa semoga Keluargaku dalam keadaan selamat..Amin..Korang Layan jerlah gambar kat bawah ni...Tak banyak pun...sebab bateri dah low....lupa nak caj...hehehe

Sebelum Masuk Bergambar Di depan Pintu Masuk
Nasib Baik Syifa Tak mengamuk...Syifa ni..memang budak baik

Ni dah masuk...Seronok betul korang main ya...
Si kakak nak buat pess tapi segan-segan


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Gambar Baby Tidur Yang Sangat-sangat Cute

Ni.....My Baby Syifa
Tidur Dengan Senyuman
Sweetnya...
Tidur Menonggeng Punggung
Pegang Pipi lagi...
Lena Betul
Amboi! Seksinya...
Aku Suka tengok gambar baby tgh tidur...Comel giler..hehehe...korang tengok geram tak??? Yang Mana Paling Seksi...hehehe...mesti korang dapat teka....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Aku Jahit lengan baju...

Ni lagi clear...
Ni..dah jahit...dah ada lengan..perasan Tak?
Belum jahit Tak ada lengan
Salam untuk semua...Hari ni aku nak story pasal aku jahit lengan baju....Aik!! lengan baju pun nak cerita....hehehe mesti korang herankan????...Asalnya baju tu tak ada lengan...bila keluar pakai baju tu seksi sangat nampak ketiak aku yang berbulu tu....Eeeei..tak cukur ke?buat malu jer....Tak la...aku cabut...hehehe...Aku nikan bila keluar pakai tudung takkanlah aku nak pakai baju lengan pendek tu....Nanti ada orang mengata aku pulak...Pakai tudung lengan baju nampak ketiak...kan naya..tu....Kalau tak bertudung aku tak kisah...sangat....Puas aku fikir...last2 aku curik lengan baju yang dah tak muat aku pakai...aku letak kat baju ni...hehehe....Mesti korang dah tengok kat atas tu...
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

! sha my heart: [Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar

! sha my heart: [Bakal Jodohku]: 1st Time Cakap, Berdebar-debar
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Nasi Minyak Terengganu

Hai Semua...Hari ni hari Ahad..Hari minggu....Cik Rose Cute Tak Kemana Pun....Duk Umah Jer....Because Abang Cik Rose Cute Koje.....Hehehe...Biasalah Keja Cutinya Tak menentu....Keja kilang sebagai Juru teknik.....Tapi Cik Rose Cute Tak kisah...ada cuti....Cik Rose Cute keluar jalan2 gan husband.Korang mesti dah prepare nak kemana.....kan...Cik Rose Cute bukan nak cerita benda ni....Cik Rose Cute Nak Share Satu resepi dari Aisya Humaira...Baru jer bukak blog dia and copy resepinya...hehehe..
Resepi Aisya Humaira

Bahan-bahan nak buat nasi minyak Ganu


  1. Beras
  2. 1 biji bawang besar di potong mayang
  3. 3 cm halia di ketuk
  4. 1/2 tin susu cair
  5. Marjerin (bagi klasik sikit )
  6. Minyak Masak
  7. Sirap & Sanquick
  8. Air mengikut sukatan beras
  9. 2 helai daun pandan
Rempah Kasar
  1. 2 biji butir limau
  2. 1 kuntum bunga lawang
  3. 5 biji bunga cengkih
  4. kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya
  • Panaskan kuali,masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak
  • Masukkan rempah kasar,tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
  • Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yg di hiris mayang dan halia yg telah di ketuk
  • Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (korang guna cawan sebagai sukatan beras  )
  • Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi colour merah sikit.Biarkan ia mendidih sekejap.
  • Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras.(Tadi Sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air ) Biarkan Ia mendidih sekejap.
  • Masukkan beras yg siap di cuci ke dalam periuk.
  • Masukkan sedikit garam
  • Selepas nasi kering @ masak, Masukkan sedikit Sanquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
  • Ok dah siap untuk di makan.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Semalam Birthday My Husband...

Untuk Abah I LOVE YOU Muuuuuuah..
Happy Birthday Abah Semoga Panjang Umur Dan Di murahkan Rezeki kita bersama Erk....Ibu tak beri apa2 pun kat abah cuma kiss jer...huhuhu..Almaklumlah Ibu tak keja...duk umah jer...Apa-apa pun...kita sambut Birthday Abah Biasa2 jer...pegi makan KFC....hehehe..nak beli kek takut badan naik.....Yalah....Ibu tengah diet sekrg ni.....
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Anai-anai Menyerang Rumah Cik Rose Cute!!!!

Anai-anai

Jenis2 anai

Sebenarnya ni story semalam....aku tulis hari ni...Semalam aku sibuk melayan Contest gan baca blog korang semua.....hehehe...



Ceritanya camni...aku buat susu untuk aku minum pastu letak kat atas kabinet dapur aku.Aku biarkan dulu sekejap sebab nak sejukkan sikit.Lepas beberapa minit aku pegi balik nak minum.......tup-tup ada sekor anai2 yang hampir lemas dalam susu aku.Pada mulanya aku tak tahu binatang apa yang terkial2 dalam  susu.......aku tilik2..rupa-rupanya Anai-anai......,emmm meremang bulu roma aku....Dalam hati aku 'mana datang anai2 ni?'korang nak tahu kat mana anai2 tu datang.....dari kabinet dapur aku la....Tension betul aku...aku dah pengeli no satu!!!...Aku panggil my Husband suruh tengok kabinet atas tu ada ke tak? My husband tengok memang ada kat kabinet atas.....Gengnya dah buat sarang kat situ....eeeiiii.Aku bukan geli kat anai2 tu...aku geli gan sarangnya yang panjang cam 'snake' tu...hehehe...My Husband ketuk2 kabinet kat atas kot2 dah buat dalam kayu kabinet tu..tapi tak ada.Anai2 tu buat sarang tempat aku letak bawang besar,bawang kecik semua ada kat situ.Anai2 tak gigit kabinet aku sebab kayu kabinet tu keras...hehehe..kalau dapat gigit...patahlah gigi anai2 tu.Nasib baik anai2 tu tak dapat gigit...kalau dapat gigit....korang fikirlah ya...aku malas nak cakap hehehe.Kat taman ni....memang banyak anai2 sebabnya tanah sini tanah gambut..tanah subur tu yang dia suka tu.....kebanyakkan rumah kat sini dah kena serang gan anai2....Rumah korang ada tak Anai2???? Sakit Jiwa Dengan Anai2 ni....

Apa yang anai-anai- suka

  1. Kelembapan yg tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup @ mati
  2. Anai-anai ada berpuluh species yang putih,yang kuning,yang perang.....Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni,askar anai-anai menjaga anak-anak.Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelkatu berterbangan,pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai2 tak tahan matahari,cepat mati.Sebab itulah  mereka membuat lorong bawah tanah,atas kayu,simen,konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai2 suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai2 ada ribuan 'protoza' (kehidupan macam kuman ) yang tolong menghadamkan serat kayu yg anai2 makan setiap hari.
Tu sikit info tentang Anai-anai......

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Cinta Seorang Pemuda

Salam Buat warga blogger.Dah lama aku tak tulis n3 aku ni...,pasti korang boring aku asyik duk layan "Contest/Ga jer kan....hehehe...Hari ni aku ada mood sikit...nak tulis n3....Tentang 'cinta seorang pemuda'
  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh! Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa
  • Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul....Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup  macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila.........takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya.....solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya . Saya pun tumpang dapat pahala....syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga.Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' Saya pun bagi dia Al-quran sebagai penenang jiwa.....semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam: "Makan , minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.....nanti awak sakit saya juga yang susah hati.....bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuuh.....berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber 'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doa kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.....semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin.......


P/s: Betapa bertuahnya seorang gadis mendapat pakwe sepertinya.....

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Hari ni Aku Tukar Nama Ha ha ha...

Salam...Korang jangan marah ya...hari ni aku tukar nama...sempena nama akulah.....hehehe..namaku sebenarnya "Che Rosliza" dan aku letak kat aku punya blog "Cik Rose Cute" Okey tak? hehehe...Cute tu..tetap ada....aku nak sama gan Cik Betty....Dia Cik Betty..Aku ..Cik Rose Cute hehehe....Jangan marah ya Cik Betty...Mulai Hari ni ..korang boleh panggil Cik Rose ke...Puan Rose Cute ke...Kak rose ke....Bagi orang muda dari akulah....Walaupun Aku mengenali Cik betty dalam blog..tapi aku merasakan kemesraannnya...(jangan perasan ya Cik betty....)..hehehe..Bukan Cik betty jer....Kawan yang lain pun sama.Tapi gan Cik Betty ni lain sikit....hehehe..Kalau korang setuju nama aku 'Cik Rose Cute angkat tangan ya...dan tulis kat komen..Kalau korang setuju...sampai bila2 aku akan guna nama 'Cik Rose Cute'..
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.