Hari ni..aku nak buat n3 pasal cerita seram lagi..hehehe..sesiapa yang berminat bolehlah baca....Tapi......jangan baca malam tau....Aku pun tak berani nak tulis n3 pasal cerita seram pada waktu malam...Takutttttttttttt!!!!
Kejadian yang menjadi tanda tanya di fikiran aku selama ini ialah mengenai satu peristiwa pelik yang tak dapat aku lupakan seumur hidup ini, sewaktu itu aku berumur 7 tahun dan bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Menggatal, Sabah.Oleh kerana jarak rumah aku terlalu jauh daripada sekolah maka aku terpaksa menetap di asrama sekolah, akhirnya aku dapat membiasakan diri dengan persekitaran asrama sekolah yang di keliingi hutan itu.
Suatu hari,cuaca tidak begitu baik,hujan dan angin kencang.Seperti biasa pada jam 10.00 malam kami di arahkan masuk ke dalam dorm masing-masing untuk tidur, lebih kurang jam 2.00 pagi, tiba-tiba aku di kejutkan oleh seekor kucing berbulu lebat kuning yang gemar tidur di hujung kepala katil aku, kelakuan kucing tersebut berbeza daripada hari-hari selalunya, ia seperti ingin menyerang dan takut akan sesuatu benda.
Waktu itu aku berbaring menghadap dinding sebelah kiri.Ketika hendak menenangkan kucing tersebut, ia lantas melompat menerkam sesuatu, apabila aku berpaling untuk mengetahui apa yang di terkam oleh kucing tersebut, tiba-tiba mata aku tertumpu satu objek bergerak di sebelah kanan aku.
Yang menghairankan objek itu seperti manusia namun kakinya tidak mencecah tanah dan tidak berbunyi.Apabila aku amati, rupanya objek seperti angin itu ialah 'PONTIANAK'! Ia berdiri tepat di hujung katil sebelah kanan aku.Ketika itu aku hanya membuka mata sedikit sahaja jadi aku tidak nampak terlalu jelas keadaan pontianak tersebut, namun apa yang dapat diperhatikan pontianak tersebut berambut panjang dan berbaju putih seperti kain kapan.
Di sebabkan terlalu terkejut dengan perkara yang tidal diduga itu aku lantas menutup mata serapat-rapatnya dan pontianak tersebut masih berdiri tepat di hujung katil aku tidak berganjak, kemudian segera menarik selimut aku yang ketika itu berada di paras lutut dan menutup badan sehingga paras leher.Seluruh badan aku
merasa sejuk bermula dari hujung kaki sehingga hujung rambut seolah-olah ada angin melintasi aku.
Dua minit kemudian aku menjadi berani sedikit kerana berfikir bahawa bukan aku seorang sahaja berada di dalam dorm tersebut.Jadi aku mengambil keputusan untuk melihat wajah pontianak itu,namun apabila aku membuka mata benda itu telah ghaib begitu sahaja.Kebetulan waktu itu seorang daripada penghuni dorm terbangun dan segera aku bertanya kepadanya jikalau ada ternampak benda itu,dia menjawab 'ya' namun dalam keadaan separuh sedar kemudian menyambung tidur semula.
Namun bagi aku ia adalah sesuatu yang pasti bukan ilusi,apa yang menjadi tanda tanya adakah dia dahulunya seorang manusia dan bagaimana dia meninggal dunia? Adakah dia di bunuh ataupun bunuh diri mahupun mati bersalin? Jawapannya dia sahaja yang tahu......
P/s:Hanya Orang bertuah sahaja yang dapat melihat Jin,Syaitan dan hantu.....Biar apa pun...Isteri@Ibu Cute tak nak tengok...takutttttt...Ada sesiapa pernah tengok? betul-betul hantu....huhuhu..kecik2 dulu pernahlah tengok....hantu pelisit...Nanti Isteri@Ibu Cute cerita..tapi bukan sekarang okey.....Bye..layan cerita hantu ni....Memang pengalaman seseorang.....
Namanya: Elanie Bte Jamil
Asal: Kota Kinabalu Sabah..
19 May 2011
10 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baca yg awal2 je, xsanggup nak baca sampai habis...meremang..he..he...
ReplyDeleteKita tulis pun seram sejuk..tu yang tak tulis malam takuttttt
ReplyDeletekita x penah ada pengalaman tgk hantu..x nak pon ada pengalaman tu! huhu..
ReplyDeletep/s: header blog kita ada blogger lain tolong buat (free lak tu)..kita x reti buat huhu..
oo ya ker...
ReplyDeletedeqlis ada pengalaman tinggal di rumah yang mmg ada sesuatu (padanlah org lain tinggal seminggu dua dah cabut) tp lama gak deqlis n couzin bertahan...mcm2x pengalaman diganggu tue deqlis rasa...
ReplyDeletenanti deqlis citer dlm entri...pjg woo..byk part huhu...
Ceritalah..mesti best...tak sabar nak baca...
ReplyDeletesalam kenal...serammmm,nice blog.
ReplyDeletekita dh follow sini..klu sudi jom follow kita pula
ishh...meremang bulu baca
ReplyDeleteishk! betul ke?
ReplyDeletetakutnya.
xpernah lagi la nampak hantu!
minta2 xnmpk. huhu
seram kan? mama pernah a few times gak nampak benda benda camni masa dok skolah asrama dulu. mintak simpang laa dah tamau nampak dah sampai bila bila
ReplyDelete