31 January 2011

Ragam tak nak ke sekolah





Alangkah seronoknya naluri seorang Ibu dan Abah melihat past time anaknya memasuki alam persekolahan buat pertama kali.Hati berdebar-debar melihat gelagat anak kami..menempuh alam sekolah,walaupun hanya memasuki alam sekolah TBK sahaja.Past time hantar masuk sekolah tak ada masalah,nak sampai sebulan anak kami jatuh sakit (demam).Lama jugak la demam dekat seminggu,3 hari tak sekolah kebetulan masa tu jatuh cuti Thaipusam.Tak la terasa sangat...,bila dah sihat nak ke sekolah balik bukan main susah lagi.Bila bangun pagi,ibu kejutkan dia mula la menangis tak nak mandi sejuk..,tak nak ke sekolah la..macam2 alasannya.Dah dekat seminggu dah dia macam tu.Hari ni tak naik van...terpaksa la..abahnya hantar (nasib baik abahnya ada kebetulan cuti)Sampai di sekolah tak nak turun kereta..puas abahnya pujuk...pastu baru turun masuk kelas..sebelum tu dia pesan kat abahnya suruh tunggu.Abahnya tunggu la kejap,bila cikgunya dah tutup pintu grey..tengok dia okey..baru abah balik.Dekat sekolah dia okey tak la tak bercakap....dengan cikgunya dia okey dengan kawan2nya okey...cuma mengada-gada sikit.Lagi-lagi kalau abahnya ada kat rumah cuti.Apa la kakak ni...kalau ikutkan hati ibu..mau di cubit jer budak ni...(sabar je la..).Ragam budak2 nak meningkat dewasa.Gambar tengah senyum kat atas tu..tu tengah semangat nak ke sekolah tu..hi..hi...Besok ibu tengok camna...kalau menangis lagi siap dia!!!!!(geram)

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠