MALAIKAT MAUT DI DEPAN MATA

Author : Cik Rose Cute | 12:33 PM | 0Total Comments |
Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas di gunakannya untukberibadat kepada Allah.Apabila hendak keluar,rumah itu akan di kunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah peribadatannya itu.Bagaimanapun, suatu hari Nabi ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, di dapati ada seorang lelaki di dalamnya.
    ''Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?'' tanya Nabi Ibrahim.
    ''Aku di masukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini,''jawab lelaki itu ringkas.
        Nabi Ibrahim terdiam.Dia mula terfikir sesuatu.''Katakan padaku,adakah kamu ni malaikat?''
        Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya,'''Ya...aku adalah malaikat.Malaikat maut.''
Lantas Nabi Ibrahim bertanya,''Kalau begitu, bolehkah kamu tunjuk tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila hendak mencabut nyawa orang mukmin?''
      Berkata malaikat maut,''Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika,''
      Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya.Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali.Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu.Wajahnya seperti orang muda,sangat tampan.memakai kain yang cukup cantik dan di saluti bau yang harum semerbak.
     Kata Nabi Ibrahim,''Wahai malaikat maut,jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati,maka itu pun sudah cukup bagi mereka.''


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠