Kenal Tak Pelakon Nie...??

Author : Cik Rose Cute | 7:05 AM | 24Total Comments |

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.


Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya. 


Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.



Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

24 comments:

  1. hmmm... macam2 artis sekarang. apa kes sampai nak bunuh2

    ReplyDelete
  2. teruk betul attitude pelakon tu sampai nak berbunuh2...

    ReplyDelete
  3. ADA BACA KAT PAPER KELMARIN..WALAUPON X MENTION NAMA..TP DH AGK DIA NI... ERMM..APER NOK JD NI DEYHH??

    ReplyDelete
  4. huhu..baguslah dah tahu perangai bf dia cemana kan..kalau dh kawin br dpt tahu lg susah..

    ReplyDelete
  5. kenal2...dedua kenal.slalu gak tgk dorang belakon..iskk ade je kan...dahla umo dedua muda lg kan...

    ReplyDelete
  6. blom kawin dah ada kunci pendua
    kalau boipren dia boleh bawak dia mesti boleh bawaka org lain ma

    ReplyDelete
  7. Biasala...artis Rozie....Tak boleh Nak cakap apa Sosial!!!

    ReplyDelete
  8. Diaorang berdua suka gaduh Zaidah hihihi

    ReplyDelete
  9. Ya ker LYA....Cik Rose tak suka gan mamat nie...berbulu tengok dia berlakon gan Nanu Ari tue...Berlakon watak baik...tapi tak menjadi cam kaku jer...

    ReplyDelete
  10. hahahaha...Cik betty...Bf dia memang playboy...kalau cik rose tak layan dah...dah tengok depan mata tidur gan perempuan lain...tak gitu cik betty...

    ReplyDelete
  11. Tu la pasal Mama shifa...belum apa2 dah ada kunci pendua....Hish-hish!!! orang zaman sekarang pakwe makwe cam dah kawinkan!!!!

    ReplyDelete
  12. baru bercinta dah jadi macam ni.. T__T

    manusia sekarang menakutkan..

    ReplyDelete
  13. geram sakit ati dgn lelaki tu..

    ReplyDelete
  14. Macam2 hal la dorang nie , kalau tak bukan main poyo tunjuk gambar intim berdua skg masak la kau..

    ReplyDelete
  15. Memang menakutkan syieda...huhuhu

    ReplyDelete
  16. Betul fatin...Sis pun sakit ati tengok muka dia...benci!!...

    ReplyDelete
  17. Betul tue Amy...Sokong 100% hihihi

    ReplyDelete
  18. Biasa la Artis eiyzniey....Kalau tak kontravesi bukan Artis Tak gitu...

    ReplyDelete
  19. ish ish..teruk betullah...apa nak jadi lahhh....takut pulak dengar macma tuh.

    ReplyDelete
  20. dayus lelaki yg pukul pompuan ni..

    ReplyDelete
  21. ade baca gak sal story ni kat metro.. n dapat agak jugak sape gerangannya..

    mcm2 hal la industri seni skrg ni ye.. ~_~

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠