Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Slot Akasia TV3

Author : Cik Rose Cute | 8:06 AM | 6Total Comments |


Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Peratus Slot Akasia Terbaru TV3. Drama dari adaptasi Novel Rindu Awak 200 Liyana Hazim akan bersiaran mulai 15 Julai 2014 bagi mengisi Slot Akasia TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra,Afzan Rahman, Karl Shafek serta ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama Rindu Awak 200%  pada setiap isnin hingga khamis pukul 7.00 malam di Slot Akasia TV3.


rindu-awak-200

Barisan Pelakon Drama Sayang Awak 200%
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Zuhairi sebagai Zahirin
  • Jonathan Putra  sebagai Raizil
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fazahmaddaud sebagai Raziqah
  • Fathildani sebagai Iqbal
  • Fazah Mad Daud
  • Ika Nabella sebagai Nazneen
Sinopsis Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3
Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.
Promo Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

6 comments:

  1. Salam..

    1st episod smalam (sempat tengok setengah jam je sebab lepas tu g berbuka hehe) macam best jugak. Hope best la citer ni macam adaptasi dari novel yang sblm2 ni. :)

    *saya takde blog(dh pencen). saje sesuka cuci mata. Rindu bw ! :D

    ReplyDelete
  2. salam. nice sharing hehe macam best!

    ReplyDelete
  3. Ni novel gak kan? Sbb mcm.pnh tgk novel tjuk.camni kat kdai.buku

    ReplyDelete
  4. semalam xsempat tgk...hr nie InsyALLAH...mmg nk sgt tgk karya Liyana Zahin yg stu nie...

    ReplyDelete
  5. Salaam.. Cik Rose saya ingin bertanya bagaimana saya blh berinteraksi dgn Zul Ariffin? Do he hv FB, Instragam or Twitter.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠