12 July 2014

Ahli Terbaru Running Man



Bagi peminat setia program realiti popular Running Man sudah pasti mengenali ahli-ahli tetap program itu bukan?

Terbaru, pelakon kacak yang berasal dari Korea Selatan, Joo Won dilaoporkan akan menyertai program realiti popular ‘Running Man’ bagi menggantikan ahli terdahulu iaitu Song Jong Ki.

Malah menurut sebuah portal, pelakon yang popular menerusi drama ‘Good Doctor’ itu sudah pun menjalani penggambaran Running Man sejak awal bulan ini.

Menurut Syarikat pengurusannya iaitu Sim Entertainment, aktor itu telah beberapa kali ditawarkan untuk menjalani ujibakat bagi proram berkenaan sebelum ini namun oleh kerana jadualnya yang padat mereka terpaksa menolaknya dengan baik.

“Joo won telah beberapa kali ditawarkan untuk menjalani ujibakat bagi program tersebut namun oleh kerana kesibukannya, dia terpaksa menolak.

“Bahkan hingga kini pun dia masih lagi sibuk dengan penggambaran filem dan juga teater muzikal.

“Walaubagaimanapun, sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran ‘Running Man’, Joo Won akan terus bergegas ke set penggambaran.” katanya kepada Newsen.

Joo Won sebelum ini pernah mengendalikan rancangan realiti popular KBS iaitu ‘1 Night 2 Days’ untuk musim kedua sebagai ahli tetap namun dia terpaksa menghentikan penglibatannya di pertengahan jalan berikutan jadualnya yang terlalu padat.

Dalam perkembangan terbaru, Joo Won bakal bergandingan bersama Yoona dari kumpulan Girls Generation dalam drama bersiri ‘Nodame Cantabile.’

Wah!! Running man ahlinya akan bertambah seorang lagi.....menggantikan Song Jong Ki

4 comments:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠