10 May 2013

Terima kasih Nik Aziz

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.148376.1365555533!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

Seperti lagu dan irama, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pas dan Kelantan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Beliau timbul dan tenggelam bersama parti yang memperjuangkan Islam itu sejak 46 tahun lalu dan menjadi menteri besar 23 tahun.

Justeru, tidaklah hairan jika ramai mengalirkan air mata apabila beliau berundur.

"Islam bukan kepunyaan saya (sahaja). ALLAH beri pengetahuan bukan (hanya) kepada saya seorang, tapi ramai. Ramai pengganti, saya tak risau tentang perkara itu," katanya selepas melepaskan jawatan kepada Datuk Ahmad Yacob.

Apakah tokoh ulama yang telah lama berjuang tanpa mengenal penat ini akan terus menerajui Pas sebagai Mursyidul Amnya atau melepaskan jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, di masa terdekat ini belum diketahui.

Yang pasti ialah Nik Aziz meletakkan piawaian yang sangat tinggi untuk diteladani dalam dunia politik tanah air.

Untuk tidak mengecewakan pemimpin hebat mereka itu, Ahmad, 63, bersama saf pimpinan negeri, bukan sekadar perlu mengucapkan jazakallahu khairan kepada Nik Abdul Aziz, bahkan wajib melipatgandakan tenaga untuk mencapai tanda aras yang telah diasaskan oleh pemimpin misali mereka itu.

Seorang ulama yang berkelulusan Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir sebelum menceburi politik Pas pada 1967, Nik Abdul Aziz dikaitkan dengan ciri-ciri seorang zuhud dalam perjalanan hidupnya.

Sejak dilantik menjadi menteri besar pada 20 Oktober 1990, beliau tidak tinggal di kediaman rasminya di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Bharu, tetapi memilih untuk menetap di rumah kampungnya di belakang masjid, Pulau Melaka, 5 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Di masjid yang hanya kira-kira 20 langkah daripada pintu rumah papannya itu, beliau mengimamkan solat, memimpin doa, memberi kuliah dan melayan ramai orang dari dalam dan luar Kelantan.

Bahawa Nik Aziz, yang sentiasa dilihat dengan jubah dan serbannya, memadam lampu ketika menunaikan solat di pejabat untuk apa yang dikatakan sebagai mengelak daripada membelanjakan wang rakyat, juga sudah menjadi pengetahuan umum.

Pada 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) menobatkan beliau sebagai menteri besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah.

Setahun kemudian, beliau dibariskan di antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims” (500 orang Islam paling berpengaruh).

Walaupun dianggap ramai sebagai tokoh agama, Nik Abdul Aziz tidak terlepas daripada perselisihan pendapat, pergeseran dan kemelut politik. Beliau kerap dikritik pihak lawan biasanya disebabkan luahan perasaannya melalui kata-kata pedas terhadap mereka yang beliau anggap sebagai musuh kepada kemajuan Islam dan terhadap tindakan-yang baginya, tidak wajar.

Dalam kapasiti apa Tuan Guru Nik Aziz akan terus berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam terlalu awal untuk diramalkan.

Tetapi yang jelas ialah, dengan segala kesulitan dalam mentadbir negeri yang sentiasa diserang musuh politik di samping mengatasi masalah dalaman yang kadangkala menggugat keutuhan partinya, kemampuan Nik Aziz merempuh cabaran adalah sesuatu yang bukan mudah ditandingi.

Kredit: Sinar Harian




Nota Hati: Aku kagum dengan Nik Aziz nie....kalaulah perdana menteri kita sebegini alangkah bahagianya....bumi Malaysia....huhuhu..memang susah kalau membentuk sesebuah negara dalam bentuk cara Islam...tak semestinya kalau cara mentadbir sesebuah negara mengikut cara Islam itu mundur....sebagai contoh zaman Nabi kita...betul tak....

psttt!! aku dah jumpa Nik Aziz depan2...memang lembut jer orangnya....aku jumpa Nik Aziz ketika Apek kahwin...aku tulis nie...bukannya aku penyokong tegar pas tau hihihi....cuma untuk kita berfikir dengan seluas-luasnya....sekarang semua harga barang pasti naik dengan tiba2....huhuhu

23 comments:

  1. bestnya dapat jumpe TokGuru depan2..
    Tema kasih jugak buat Tok Guru yg mentadbir kelate selama 23 tahun..:)

    ReplyDelete
  2. ^_^...lama Tok Guru ni jadi Menteri Besar Kelantan...

    ReplyDelete
  3. kagum dengan keperibadian TGNA...

    ReplyDelete
  4. dia mmg baik.1st time jumpa dia, dia pakai kain pelekat, t-shirt pagoda dan but hitam yg nak g ke sawah tu..x lupa kopiah sekali..

    ReplyDelete
  5. sedih pulak rasanya dia terpksa lpskan jawatan tu..hukhuk..

    ReplyDelete
  6. maaf mencelah mana2 parti memerintah pasti barang naik juga....dan bila barang naik yang jadi mangsa penjawat aawam juga..hahaha

    ReplyDelete
  7. setuju sgt2 ngan kata2 last che ross
    alangkah bagus dan beruntungnyee kalau PM kita seperti NIK AZIZ .. x jadi macam dia pun x per .. tetapi mengikut seperti dia punn jadilah ..

    kita kan negara islam .. huhuhu dunia akhir zaman begitulah .. org2 yg beriman dan bertakwa memang allah akan ambil pergi jauh dari kita .. huhuh

    ReplyDelete
  8. izan pun suka pas,..nik aziz lagi laa kagum..tapi... haih..kan komen lebih org kuat pas marah lak... hhuhu...

    ReplyDelete
  9. Alangkah indahnya jika suatu hari kita melihat PM kita bukan saja memimpin rakyat, tapi memimpin solat. Jika tokoh lain seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan Anwar ibrahim, malah Tun Dollah Badawi boleh memimpin solat mengapa tidak PM kita sekarang??

    ReplyDelete
  10. beberapa kali jugak saya jumpe TGNA ni kat medan ilmu, KB.lalu betul2 kat belakang saya. . . walaupun dah beberapa kali tengok beliau, tetap badan ni akan jadi kaku bila melihat beliau. rase diri ni sangat kerdil, berada berdekatan seorang tokoh ulama' besar seperti TGNA.

    saya saaaaaaaaaayang Tok Guru!!!!

    ReplyDelete
  11. terharu pulak bila TGNA letak jawatan.. tpi apakan daya masalah kesihatan.. apapun zaza doakan semoga beliau sihat hendaknya.. aamiin

    ReplyDelete
  12. wahhh.....kak rose dah juma TGNA..?
    bestnyaa

    ReplyDelete
  13. sejujurnya.. saya memang amat mengagumi Tuan Guru. Dan saya lebih hormatkan dia daripada PM kita yang ada sekarang ni..

    ReplyDelete
  14. walaupun sy org selangor n xpernah berada di bwh jajahan TGNA..tp perletakan jawatannye buat sy turut rase sedih...

    ReplyDelete
  15. salam che rose

    akak nak tanye , macam mana ye dik nak edit HTML blog kita dalam templete yang baru skrg nie ..

    puas akak cari x cari .. boleh che rose tunjukkan macam mana nak edit HTML tu tak ?

    ReplyDelete
  16. antara pemimpin yang tak angkuh bila berucap..moga Allah merahmati beliau dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  17. BAB2 POLITIK BUI MMG FAIL SGT2..SBB TU UNDI JD UNDI ROSAK..HUHU

    ReplyDelete
  18. sayang Tok Guru.moga Allah beri kesihatan yg baik untuk beliau.

    ReplyDelete
  19. Tak kira politik....jika pemimpin itu baik wajar kita sayangi.aku juga tabik Nik Aziz.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum rose...doakan semoga Nik Aziz sentiasa bahagia ...;)

    ReplyDelete
  21. Moga Allah sendiasa memberkahi beliau..nurulpun turut rasa dukacita gara2 ini..sepanjang dia memimpin tak pernahpun meninggi diri..semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang baik.amin

    ReplyDelete
  22. Salam K.CR..
    Diharapkan akan wujud lagi Pemerintah islam mcm Tn Guru Nik Aziz ni..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠