Spagetti Aglio Olio Cendawan

Author : Cik Rose Cute | 2:48 PM | 1Total Comments |

Jom cuba resepi yang amat ringkas,mudah dan verstail ini.Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk,ini adalah resepi yang patut di cuba.Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain.Rasanya juga lebih enak.Tetapi jika tiada,cendawan kering seperti di dalam resepi ini pun boleh!

Anda Perlukan;
200gm spagetti
6-8 ulas bawang putih-ketuk dan cincang.
Beberapa keping cendawan kering-direndam hingga lembut.
2 sudu besar minyak zaitun.
1 sudu kecil herba-parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah di kisar.
2 biji cili kering-di buang biji dan di potong-potong (jika suka)
garam secukup rasa.

Untuk Menyediakannya:
1.Didihkan air dan masukkan spagetti.Apabila spagetti masak (biasanya 8-10 minit atau ikut spesifikasi di paket)tapis dan lalukan air ke atasnya agar spagetti tidak terus masak.Spagetti seharusnya di masak al dente kata orang Itali,maksudnya tidak terlalu masak dan tidak pula mentah.Ketepikan.
2.Atas api sederhana,panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga layu(jangan sampai garing).Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam )dan bahan-bahan lain.Kacau rata.
3.Akhir sekali,masukkan spagetti dan gaul sebati.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

1 comment:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠