Author : Cik Rose Cute | 1:37 PM | 1Total Comments |
ALKISAH ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabatnya diserambi masjid,tiba-tiba datang seorang pemuda Arab,berdiri di depan pintu masjid meratap sambil menangis.Rasullullah s.a.w. kemudian menghampirinya dan menegurnya.
       "Hai anak muda,mengapa engkau menangis seperti itu,"
       "Ya Rasullullah s.a.w,ayah kami baru saja meninggal dunia,"
       "Lantas!,"
      "Akan tetapi tak seorang pun yang mahu memandikan dan mengkafankannya,"
Lalu Nabi s.a.w. mengutus Abu Bakar dan Umar bin Khattab untuk melihat mayat orang tua pemuda tersebut.Namun alangkah terkejutnya mereka ketika di rumah pemuda tersebut.Keduanya melihat dengan jelas bahawa mayat itu kepalanya seperti babi hutan yang hitam legam.Kedua-duanya kembali menghadap Rasullullah s.a.w. dan melaporkan kejadian aneh itu.
    Mendengar berita tersebut,Rasullullah s.a.w. segera berangkat ke tempat mayat itu.Setelah menyaksikan sendiri,ternyata mayat itu benar-benar berwajah babi hutan.Lantas Rasullullah s.a.w. berdoa kepada Allah s.w.t.,kemudian wajah simayat tersebut berubah dan kembali seperti wajah manusia biasa,sehingga para penziarah yang sudah lama berkumpul di tempat itu,bersedia memandikan,mengkafan serta menyembahyangkan jenazah tersebut.
     Ketika semuanya sudah selesai,mayat itu segera di angkat dan di bawa ke kawasan perkuburan.Namun tatkala mayat itu di turunkan kejadian aneh berlaku lagi.Betapa terkejutnya mereka tatkala kain kafan bahagian kepala di buka,ternyata wajah mayat itu berubah seperti kepala babi hutan yang hitam legam lagi.
         "Wahai anak muda,sebenarnya amal perbuatan apa yang pernah di lakukan oleh ayahmu semasa hidupnya?"Rasullullah s.a.w. segera menanyakan kepada anak si mayat.
        "Ya Rasullullah,ayah saya adalah orang yang meninggalkan solat,"
    Mendengarkan keterangan sedemikian Rasullullah S.A.W segera memberi peringatan kepada semua yang hadir seraya berseru:"Wahai sahabat-sahabatku! Saksikanlah olehmu sekalian bahawa orang yang meninggalkan solat,kelak pada hari kiamat oleh Allah akan Di bangkitkan dengan wajah seperti babi hutan yang hitam kelam.Kerana itulah,mari kita selalu berlindung kepada Allah s.w.t.,mudah-mudahan kita semua di jauhkan dari perkara sedemikian itu,"Firman Allah s.w.t: "Katakanlah:"Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang di haramkan bagi orang yang hendak memakannya,kecuali kalau makanan itu bangkai,atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor..."(al An'am:145)
.Berkaitan kisah diatas,maka satu pesanan penting yang dapat kita ambil adalah kewajipan umat Islam untuk lebih memilih dalam mengambil makanan mahupun minuman,apakah di benarkan agama atau tidak.Ini kerana kemungkinan apa yang kita ambil juga akan memberi kesan kepada kesihatan dan perilaku kita.Penderitaan yang di tanggung tubuh Tok Sedik berangkali akibat kebiasaannya,boleh juga satu balasan yang sengaja mahu memperlihatkan kuasa Allah s.w.t di muka bumi ini.Wallahualam.Ini adalah pengajaran yang saya baca di dalam Hidayah...Tentang Tok Sedik Suka Memakan Babi.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

1 comment:

  1. Anda Mungkin Juga Meminati:Wajah Bertukar Muka Babi

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠