05 July 2010

PADA malam itu aku berjaga lagi walaupun telah tiga malam berturut-turut berjaga.Ini semata-mata untuk menyiapkan kerja khusus yang perlu dihantar segera.Rakanku Rosyahida yang turut sama stay-up malam itu sudah mula mengantuk.
"Syazrin,aku tidur dululah.Dah pukul 1.30 pagi,"kata Rosyahida.
"Okey,kau tidurlah dulu.Aku nak siapkan kerja ni..sikit saja lagi,"aku barkata pula.
Kemudian Rosyahida pergi ke tandas berhadapan bilik kami.Tidak lama kemudian,aku terdengar jeritan.Tanpa berlengah,aku meluru ke pintu.Aku lihat Rosyahida tersenyum dan mengatakan tiada apa-apa yang berlaku.Rosyahida dengan muka selamba beralih ke meja tulisnya.Aku hairan sedangkan sebentar tadi Rosyahida mengatakan dia ingin tidur,namun perasaan hairan itu aku pendamkan sahaja.Pukul 3.30 pagi,aku mulai mengantuk .Aku lihat Rosyahida masih di mejanya tulisnya.Dia termenung sambil mengoyak-ngoyakkan kertas.
"Rosyahida!kau tak mahu tidur ke?Kalau nak tidur tutuplah lampu tu...dah pukul 3.30 pagi ni",kataku.Tiba-tiba aku melihat Rosyahida menjulurkan tangannya ke suis di seberang bilik.Panjang sungguh tangan yang dijulurkannya sehingga merentasi bilik ini.Aku sangat terkejut dan terus menjerit dan berlari ke bilik kawanku,Syakilla.Di sana ku lihat Syakilla tidur dengan orang lain,tetapi aku tidak pedulikan dan terus mengejutnya.Syakilla dan orang yang tidur di sebelahnya terjaga.
Ya Allah! Rosyahida rupanya.Jadi siapakah di dalam bilik itu?Aku terus menceritakan mengenai kejadian itu kepada mereka.Selesai bercerita,Rosyahida memberitahu dia memang menjerit tadi setelah terserempak lembaga sedang memberus gigi di bilik air sehingga giginya berdarah dan daging bibirnya terlerai.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nasib baik baca cerita ni tengah hari buta...

    ReplyDelete
  3. Skrg kol 12.13 am, seram gak membacanya walu ianya pendek sahaja. Lol.

    ReplyDelete
  4. Takutnya. Bila sebut tgn panjang tu. Kalau saya mau terkedu. Demam tak? Mesti susah nak hilang memori kena usik tu.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠