30 January 2013

Biodata Pelakon Amar Asyraf (hero Setia Hujung Nyawa)

Tiba2 pulak aku nak share biodata mamat nie....Suka pulak tgk dia berlakon dalam Drama Hujung Nyawa...huhuhu romantik dan sweet...Biodata Amar Asyraf Zailuddin yang membawa watak sebagai Zain Hakimi dalam slot drama Setia Hujung Nyawa. Amar Asraf,26 tahun digandingkan dengan Nelydia Senrose yang membawa watak sebagai Ersalina.  Zain Hakimi dan Ersalina merupakan sepasang suami isteri dalam drama Setia Hujung Nyawa yang di adaptasi dari novel Fatin Nabila sebanyak 28 episode.

Biodata Amar Asyraf (Zain Hakimi) 
Gambar Amar Asyraf (Zain Hakimi)
Biodata Amar Asyraf aka Zain Hakimi (Setia Hujung Nyawa) :
Nama penuh : Amar Asyraf Zailuddin
Umur : 26 tahun
Asal : Melaka
Tarikh lahir : 15 November 1986
Pendidikan: Aswara
Lakonan terdahulu (drama dan telemovie) : Kasih Najihah, Nilapura, Psikik di Tv1, Penunggu Istana, Kitab Cinta, Qada dan Getaran,Dia Bukan Mariam, Dalam Hati Ada Taman, Setia Hujung Nyawa tv3 dan sebagainya.
Biodata Amar Asyraf Zain Hakimi dan Ersalina (Setia Hujung Nyawa) 
Gambar Zain Hakimi dan Ersalina


Amar Asyraf merupakan pelakon yang sedang melonjak naik dengan lakonan yang mantap dan mampu memukau para penonton. Anda boleh saksikan lakonan Amar Asraf (Zain Hakimi) dan Nelydia Senrose (Ersalina) dalam slot drama Setia Hujung Nyawa yang bersiaran bermula pukul 7pm hingga 8pm mulai 24 Disember 2012. Antara pelakon drama Setia Hujung Nyawa ialah Raja Ema, Talha Harith, Zila Bakarin, Hilal Azman, Bea Rameshan Ryzal Jaafar dan lain lain lagi.

Psstt!! Amar Asyraf nie dah bertunang tau....tahun lepas...