11 February 2011

Nasi Ayam

Ni resepi dari blog kak hanieliza,aku suka makan Nasi Ayam tu yang aku ambik resepi kat blog kak hanieliza.Bila nak buat entah la...,ni tengah sarat mengandung...lain kali boleh la cuba.


Bahan-bahan;

  • 1 Ekor ayam (potong 4 )
  • 4 tin susu beras AAA
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 1 inci halia (di ketuk )
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 helai daun pandan (di simpul)
  • Garam secukupnya.
Untuk Sayuran;
  • Daun salad.
  • Bawang goreng
  • Timun 
  • Tomato
  • Daun sup& daun bawang ( di racik )
Untuk Sos Cili:
  • 10 biji cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
  • Gula dan garam secukupnya.
Cara-cara Membuatnya:
  1. Rebuskan ayam,halia,bawang putih,garam,kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga.
  2. Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
  3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak.
  4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan ke dalam Rice Cooker.Masukkan beras dan daun pandan (masukkan beras seperti masak nasi biasa ).
  5. Air rebusan yang lebih tadi masukkan garam dan carrot dan biarkan mendidih.(Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
  6. Sediakan bahan cili sos dan kisar.Rasakan masin dan masam dan manisnya.
  7. Sayur dan ayam di potong kecil.
  8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yang telah di masukkan daun sup dan daun bawang goreng.
TIPS;Ayam boleh juga di bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠