Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Azhar Idrus. Show all posts

19 March 2012

Sejarah Ustaz Azhar Idrus Belajar Agama

Aku terbaca tentang sejarah Ustaz Azhar Idrus mendalami ilmu agama.Pastu aku rasa nak share gan korang...hehehe jom! baca...sejarahnya...


Tentu ramai sekali di luar sana yang meminati ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang tidak asing lagi di Malaysia ketika ini.


Ustaz Azhar Idrus.Sebut saja nama itu pasti ramai yang mengenali beliau meskipun tidak mengikuti siri ceramahnya. Ternyata gaya penyampaian yang mudah dan bersahaja serta ditambah aura tersendiri yang ada pada ustaz Azhar telah berjaya menarik ribuan jemaah sama ada golongan muda, dewasa atau yang sudah berusia untuk bersama- sama dalam majlis kuliah agama yang disampaikan oleh beliau.
Namun tahukah kita, sejarah bagaimana Ustaz Azhar mula mempelajari dan mendalami ilmu agama??
Beliau bukan lulusan universiti – universiti hebat, berserta segulung ijazah dari universiti-universiti ternama.
Beliau dilahirkan pada 12 Febuari 1968 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu.Kehidupan zaman mudanya sama seperti remaja-remaja lain di zamannya. Beliau mendapat pendidikan awal dari sekolah-sekolah Inggeris antaranya Sekolah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.  Dikatakan juga beliau pernah menjadi guru muzik sekitar tahun 1985.
Namun atas kehendak Allah s.w.t, Ustaz Azhar diberi hidayah dan dibuka pintu hati untuk mendalami ilmu agama. Berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi, beliau meninggalkan pekerjaannya untuk mendalami ilmu agama dengan guru-guru agama sekitar Terengganu. Selama 12 tahun masa yang diambil oleh beliau untuk berguru dengan para guru agama yang arif.
Latar Belakang Pendidikan agama beliau::
Guru pertama: Tuan Guru Hj Syed Mokhtar
  • Tamat lebih kurang 40 buah kitab2 jawi secara talaqi
Guru kedua: Al-Fadhil Tuan Guru Mohd Tahir
  • Khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah
Guru ketiga: Tuan Guru Mohd Hakim
  • Mula mendalami kitab2 bahasa arab seperti Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh
Guru keempat: Tuan Guru Hj Hasyim
  • Mendalami kitab-kitab arab dalam bab Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh
Guru kelima:  Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir
  • Mendalami kitab Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah
Guru keenam: Tuan Guru Hj Muhammad Zubir
  • Mendalami  ilmu fiqh & nahwu
Guru ketujuh: Tuan Guru Hj Mohd Zain ( Pondok Lubuk Pandan )
  • Mengaji ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir, & Balahgoh
Kita juga meyakini bahwa Allah pasti menolong hamba-hamba-Nya yang menjadi penolong agama-Nya. Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS Muhammad: 7).
 
P/S:Patutlah Ustaz nie pandai main gitar....

23 February 2012

Penting Untuk Kaum Lelaki Tahu

entry untuk lelaki ambik tahu....macam kita kaum wanita pun perlu ambik tahu juga...untuk kita jadikan pedoman untuk anak-anak kita....

 P/s: Kalau korang nak baca lebih jelas lagi klik gambar di atas....Aku suka apa yang di kata oleh Ustaz Azhar Idrus nie....

21 February 2012

Sama Tak?

Hari ini dalam sejarah, 12 Februari 1949. Imam As-Syahid Hassan al-Banna syahid dibunuh. 63 tahun beliau telah meninggal jasa dalam dunia dakwah sehingga orang tertarik dengan gerakan Islam. Ikhwan Muslimin yang diasasnya menjadi antara gerakan Islam terhebat dunia. Dikagumi lawan dan kawan. Jasamu yang besar pada Islam moga Allah membalasnya. Mujahid sepanjang zaman. Al-Fatihah

14 February 2012

Money Drop Di Astro Judi

Ha...jangan tak tahu...kita sedar tak sedar.....Sebelum nie...aku layan jugak kat Astro pasal permainan "Money Drop" nie....Yalah...seronokkan....Apa lagi pengacaranya Ac Mizal....Lagilah Aku suka tengok....hehehe...Rupa-rupanya permainan nie permainan judi....Kalau di fikirkan balik memang betul  apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar Idrus kat Facebook...


Sekarang nie macam-macam.....Contohnya...kalau kita dapat duit Money drop tue....takkan kita nak beli makanan hasil duit seperti itu.....betul tak?...Korang rasa macam mana.....Aku pun suka layan jugak  permainan nie dekat Astro.....hehehe...

13 February 2012

Lelaki Dan Wanita Mesti nak yang cantik...

Lelaki...kalau cari makwe mesti nak yang cantik,kurus dan gebu...betul tak?...Siapa sokong gan pendapat aku....Aku pun pelik...Perempuan pun begitu juga...ingin menpunyai pakwe yang berbadan tegap,muka macho dan ala-ala muka artis k-pop hehehe....Tak semestinya yang cantik dan macho tue dapat membahagiakan kita.......Bab kata Ustaz Azhar Idrus...."dok comel tak per...boleh tutup lampu" hehehe..


Betul Jugok ayat dia.....

27 January 2012

Baiknya Zizan Raja Lawak

Pagi nie aku terbaca satu kisah tentang Zizan RL.....Memang best la gan Zizan nie.....Korang pernah tengokkan video Zizan Gan Ustaz Azhar Idrus dekat dataran  Shah Alam...Yang Zizan jadik pengacara tue...Khabarnya pihak Penganjur nak bayar Zizan Rm 18,000 tapi Zizan menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus...... Zizan tidak mengharapkan bayaran pun...Padahal majlis malam itu berjaya menarik 80,000 hadirin tau hehehe......Berita lanjut baca di bawah ya....Sebelum tue kita tengok video Zizan Dengan Ustaz Azhar Idrus...
 http://i.imgur.com/3h4bf.jpg


 Banyak lagi video Ustaz Azhar Idrus gan Zizan yang lawak2....


Alkisahnya, penampilan Zizan Raja Lawak dalam majlis agama bersama Ustaz Azhar Idrus pada malam ambang tahun baru 2012 lalu masih menjadi perbualan dan ada kisah menarik di’sebaliknya.
Menurut laporan beberapa blog politik tempatan, Zizan Raja Lawak telah menolak tawaran menjadi juruacara sebuah majlis sambutan tahun baru 2012 pada malam yang sama dengan program bersama Ustaz Azhar Idrus. 
Khabar’nya pihak penganjur malam sambutan tahun baru 2012 menawarkan RM18,000 untuk Zizan Raja Lawak tetapi menolak tawaran tersebut untuk bersama Ustaz Azhar Idrus — dan tidak mengharapkan bayaran.
Penganjur Program Soal Jawab UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam tetap menawarkan Zizan Raja Lawak RM1,000 dek kerana majlis malam itu berjaya menarik lebih 80,000 hadirin dan mahu atau tidak, Zizan Raja Lawak tetap menerima bayaran tersebut.


P/S:Baguskan Zizan nie...tidak mengambil kesempatan...Dia buat kerja dengan Ikhlas....Lagipun Zizan nie memang suka kat Ustaz Azhar Idrus nie.....

23 January 2012

Ustaz Azhar Idrus Dan Zizan Raja Lawak

Sekarang niekan aku suka bukak youtube....tenet kat umah aku nie laju dan tak sangkut-sangkut dah tukar stremix yang mahal sikit...hihihi  Youtube yang selalu aku  tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus... Memang Ustaz Azhar Idrus  menjadi satu  fenomena kepada golongan remaja  sekarang... Beliau menjadi rujukan dan idola kepada golongan muda......Baru-baru nie ada satu ceramah  dekat Shah Alam kot  tanggal 31 Disember 2011 kalau tak silap aku....80 ribu penonton mendengar ceramah santai dari Ustaz Azhar Idrus  Kalau korang nak tengok klik  ceramah tahun baru 2012   Memang best....Cakapnya memang pekat bahasa ibunda rakyat Terengganu....

Ustaz Azhar Idrus  pandai jugak petik gitar....


 Dan yang bestnya... ialah Zizan Rajalawak penjadi peminat setia Ustaz Azhar Idrus... jom klik sini 
 
 



Aku suka bila Zizan tiru Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya...Korang mesti ada tengokkan...






Sekali tengok macam ayah dengan anak jer....

Ustaz Azhar Idrus nie memang sempoi orang nya....