31 January 2011

Ragam tak nak ke sekolah





Alangkah seronoknya naluri seorang Ibu dan Abah melihat past time anaknya memasuki alam persekolahan buat pertama kali.Hati berdebar-debar melihat gelagat anak kami..menempuh alam sekolah,walaupun hanya memasuki alam sekolah TBK sahaja.Past time hantar masuk sekolah tak ada masalah,nak sampai sebulan anak kami jatuh sakit (demam).Lama jugak la demam dekat seminggu,3 hari tak sekolah kebetulan masa tu jatuh cuti Thaipusam.Tak la terasa sangat...,bila dah sihat nak ke sekolah balik bukan main susah lagi.Bila bangun pagi,ibu kejutkan dia mula la menangis tak nak mandi sejuk..,tak nak ke sekolah la..macam2 alasannya.Dah dekat seminggu dah dia macam tu.Hari ni tak naik van...terpaksa la..abahnya hantar (nasib baik abahnya ada kebetulan cuti)Sampai di sekolah tak nak turun kereta..puas abahnya pujuk...pastu baru turun masuk kelas..sebelum tu dia pesan kat abahnya suruh tunggu.Abahnya tunggu la kejap,bila cikgunya dah tutup pintu grey..tengok dia okey..baru abah balik.Dekat sekolah dia okey tak la tak bercakap....dengan cikgunya dia okey dengan kawan2nya okey...cuma mengada-gada sikit.Lagi-lagi kalau abahnya ada kat rumah cuti.Apa la kakak ni...kalau ikutkan hati ibu..mau di cubit jer budak ni...(sabar je la..).Ragam budak2 nak meningkat dewasa.Gambar tengah senyum kat atas tu..tu tengah semangat nak ke sekolah tu..hi..hi...Besok ibu tengok camna...kalau menangis lagi siap dia!!!!!(geram)


Akhirnya....sdah siap sarung bantal baby gan sarung tilam.....Ini hasil tangan Ibu sendiri....comel tak?Tak sabar rasanya nak letak baby kat dalam ni....,lagi seminggu genaplah sembilan bulan.Sarung doraemon ni ibu jahit dengan tangan jer...mesin jahit ada tapi dah rosak...kalau beli nanti tak kena dengan sarung bantal gan tilam,tu yang malas nak beli tu...apa-apa pun...comel jugak...bila ibu snapkan dalam blog ibu ni.Kakak gan haziq dah tak sabar dah nak tengok baby kat dalam katil comel ni....hi..hi...perasan la pulak.Insya Allah bulan 3 nanti,kalau cepat hujung bulan ni.Mintak2 tak ada apa yang problem.Bantal ada 7 biji,bantal golek ada dua okey la tu...banyak jugak.Nak siap sarung bantal gan sarung tilam dalam 3 hari..sakit jugak pinggang gan punggung sebab duduk lama2,lagipun perut dah besar...tengah2 buat kadang2 baby dalam perut ni bergerak..tu yang membuatkan ibu yang mengandung tidak selesa.Yang penting Doktor cakap baby kena gerak.Banyak gerak lagi bagus sebab itu menandakan baby kita sihat dan aktif.Apa-apa pun baby punya katil      
comel kan....

29 January 2011

Bismillahhirrahmanirrahim.....
Syukur alhamdullilah..kandunganku dah berusia 35 minggu.Rasanya tak sabar nak meletup cepat-cepat..dah tak larat dah nak bawak baby ni....
14 february kena jumpa doktor kat banting...sebab sebelum ni pernah ada sejarah operate...anak no 2.Bukannya masalah apa cuma tali pusatnya terbelit kat tangan gan kaki.Jalan nak bersalin bukak okey...mungkin diaorang takut terjadi perkara yang tak elok.Hari itu pegi bertandang kerumah jiran sebab dia dah bersalin dapat baby boy,kakak tu operate sebab darah tinggi.Kakak jiran tu ada cerita pasal ada orang nak bersalin...tak tahu la..kejadian berlaku kat mana..tapi memang sedih la....mari kita kongsi bersama2..
Hari tu orang tu nak bersalin...dia dengan laki dia dah cakap dia nak operate sebab masa anak yang pertama jalan pintu rahimnya tak bukak,bukak sikit jer...tapi doktor sarankan dia boleh beranak normal...jantung anaknya okey bila doktor scan tengok.
Apa boleh buat Doktor lebih berkuasa...terpaksa la..dia bersalin normal....Bila waktu nak bersalin jalan tak bukak..doktor suruh teran jugak..tapi tak boleh,baby kat dalam dah hampir lemas...dengan tergesa-gesa doktor terpaksa la operate.Dah selesai operate doktor keluarkan baby elok...Selepas bapaknya azankan..badan baby bertukar menjadi biru,kepala menjadi besar..tak sampai beberapa minit dah tak ada....(Innalillahhirrojiummm)Allah lebih menyayanginya.Bapak baby tu marah doktor...kerana kelalaiannya.
Mungkin kes tu kot kena pegi jumpa doktor...Kejadian tu berlaku mungkin kat Kedah kot...entah la...kakak jiran tu pun tak cakap..dia pun tak tahu...
Ya allah! Ya Tuhanku!....selamatkanlah aku dengan anakku ini...Semoga tiba waktu bersalin tiada apa yang berlaku...biarlah..elok semuanya..Permudahkan waktu bersalin nanti hanya engkau yang menentukannya yang buruk dan yang baik....Aminnnnn

27 January 2011

Aku bahagia Di sisimu...




Syukur kepada Allah...,walaupun pelbagai dugaan yang melanda,kita berjaya mengharungi bersama apatah lagi....kita akan menyambut kedatangan orang baru yang bakal menjelang tiba nanti.Alhamdullillah...dengan izin yang maha Esa akan bertambahlah ahli keluarga kita.
Abah....
Lima tahun kita melayari alam perkahwinan dan bermacam-macam dugaan kita tempuhi.Ibu bersyukur abah tetap sabar dan setia bersama ibu.....melengkapkan mahligai yang kita bina...walaupun keadaan yang sederhana.SEmoga ungkapanku ini bagaikan cahaya yang akan menyinarimu buat selamanya....
Abah....
Sesekali badai dan gelora menimpa,mampu kita tepis bersama.Semoga perhubungan ini berkekalan dan di sulami kasih sayang berpanjangan...Bersyukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan kebahagian,semoga berkekalan hingga ke akhir hayat bersama putera dan puteri yang bijaksana.Berkat doa dan kesabaran,kebahagian milik kita bersama.....
Abah...
Sesungguhnya Kebahagian yang hakiki adalah di kurniakan Allah sehingga ke akhir hayat....,semoga impian kita bersama...berpanjangan dan berbahagia hingga ke syurga....Aminnnn

25 January 2011





Roti Kebulur

Anda pernah dengar tak makanan yang di panggil ''Roti Kebulur''.Kalau nak cuba makan and try buat...ini resepinya ;Saya ambik kat Tv 1 kebetulan tengok masa tu...time bulan puasa.

Bahan-bahan;
1- Daging cincang
2-Tomato 1 biji (potong dadu)
3-Bawang besar 1 biji ( potong dadu)
4-Mayonis
5-Sos Tomato
Semua bahan di atas Tumis macam biasa.
6-Roti keping (gardenia)
7-Telur
Apabila bahan tumis tadi dah siap,sejukkan dahulu.
Untuk bahan roti gan telur.Roti di salut dengan telur terlebih dahulu,baru masukkan bahan tumis tadi di dalam roti yang telah di salut telur,pastu gulung.
Step yang kedua sama juga,selepas di gulung hidangkan di dalam piring siap untuk di hidangkan.

Air Asam

-1 biji limau kasturi             
2-Asam jawa                         
3-8-10 biji cili padi
4-1/2 Biji tomato
5-1 inci belacan
7-1 sudu besar gula
8-1 sudu kecil garam
Bahan di atas Blender dengan air suam
1/2 biji tomato (potong kecil-kecil)
1/2 biji bawang besar (potong kecil-kecil )
Last campurkan bahan belender dengan yang di potong bersama air asam jawa.
Siap untuk di hidang bersama ikan yang anda bakar.  




Menu untuk hari ini

Hari ini aku nak masak ikan kembung masak tempoyak,perut ni belum makan apa-apa lagi ni...,tadi rasa tak larat nak masak,biasa la perut dah besar nak masuk 34 minggu.Nanti dah 9 bulan lagi tak larat...kasihan kat baby tak makan lagi,baby asyik menendang jer...,menu hari ini masak...ikan sardin,telur gan ikan kembung masak tempoyak jer la...,dah hujung bulan ni..duit dah kering..masak simple2 jer...kasihan kat abah..balik tengah hari tadi,abah makan roti jer...,hari ini dia ot...kat kilang tak tahu la lapar ke tak....aku ni kira mendera laki..la ni.
   Hai tengah taip ni pun kepala pusing2 jer...sebab tak makan kot...mlm tadi makan kat muara...,balik umah muntah...habis semua keluar....hei..ketam,udang,sotong dan apa yg di makan semua keluar.....entah la kenapa..mungkin badan tak sihat kot.Minggu ni 3 beranak demam...kakak gan haziq pun demam mungkin cuaca sekrg tak menentu...sekejap panas sekejap hujan..faktor cuaca sekrg dah lain tak cam dulu...okey la aku nak masak la...kejap lagi laki aku balik nak makan la pulak...nasib baik laki aku memahami situasi aku ni yang tengah cam ni....Tu yang ibu sayang kat Abah...I Love You So much.....

16 January 2011

MALAIKAT MAUT DI DEPAN MATA

Nabi Ibrahim mempunyai sebuah rumah kecil yang khas di gunakannya untukberibadat kepada Allah.Apabila hendak keluar,rumah itu akan di kunci supaya tiada sesiapa pun yang boleh masuk dan merosakkan rumah peribadatannya itu.Bagaimanapun, suatu hari Nabi ibrahim terkejut kerana sebaik memasuki rumahnya itu, di dapati ada seorang lelaki di dalamnya.
    ''Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?'' tanya Nabi Ibrahim.
    ''Aku di masukkan ke dalam rumah ini oleh tuan empunya rumah ini,''jawab lelaki itu ringkas.
        Nabi Ibrahim terdiam.Dia mula terfikir sesuatu.''Katakan padaku,adakah kamu ni malaikat?''
        Lelaki tersebut menjawab pertanyaannya,'''Ya...aku adalah malaikat.Malaikat maut.''
Lantas Nabi Ibrahim bertanya,''Kalau begitu, bolehkah kamu tunjuk tunjukkan kepadaku akan keadaan rupa wajahmu apabila hendak mencabut nyawa orang mukmin?''
      Berkata malaikat maut,''Berpalinglah kamu daripadaku buat seketika,''
      Nabi Ibrahim pun memalingkan mukanya.Beberapa ketika kemudian memandang malaikat maut kembali.Alangkah terperanjatnya Nabi Ibrahim apabila melihat keindahan wajah malaikat maut itu.Wajahnya seperti orang muda,sangat tampan.memakai kain yang cukup cantik dan di saluti bau yang harum semerbak.
     Kata Nabi Ibrahim,''Wahai malaikat maut,jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu saja sebelum mereka mati,maka itu pun sudah cukup bagi mereka.''

08 January 2011

Belajawan Bulan February 2011

Rumah- Rm 650.00
Kereta- Rm 510.00
Bil elektrik- Rm 57.30
Bil Air- 0
Astro- Rm 80.00
Cukai Hasil Tanah- Rm 47.25
Pejabat Hasil Negeri- Rm 100.00
Pampers Haziq- Rm 60.00
Susu Haziq- Rm 50.00
Sekolah Kakak-Rm 155.00
Barangan Dapur- Rm 300.00
Rotex Kereta- Rm 400.00
Bil Telefon-Rm 100.00
Penapis Air-Rm 100.00


Anggaran Semua:2609.55sen

Bulan ni banyak betul kena bayar...Aduh!!!pening kepala laki aku....mana nak cari duit ni...bulan ni gaji laki dapat berapa la...kesian pulak kat dia....,Tengok lah nanti cam mana..

07 January 2011

anak susuan

Ini anak yang ku susukan sewaktu bayi lagi.Kiranya anak susuan la...,banyak kali jugak aku menyusukan dia.Namanya kefli hadi...,ni anak kakak ipar..dia ambik anak angkat..mak mertua suruh aku susukan dia kebetulan masa tu...aku tengah susukan si haziq.Dia dengan aku tak batal air sembahyang dengan laki aku pun sama serta anak-anak aku.Nabi Muhammad S.A.W pun ada ibu susuan..sewaktu dia lahir ibu kandungnya meninggal dunia.Kefli hadi panggil aku Ibu dan suami aku Abah.Cuti sekolah kakak ipar aku bawak dia kesini..nampak dia seronok sangat dapat jalan2 kat I city..tengok lah tu macam nak terkam jer...nak ambik gambar asyik lari jer..ni pun dapat la satu gambar dia sorang jadi lah..
Hari ini aku masak simple jer...nak tahu apa?hi..hi...Ikan sardin letak cili padi,sayur goreng bendi dan telur goreng....emm....sedap jugak..ha..ha....Kalau makan tengah hari kat kedai berapa ringgit agaknya?sekarang makan kat luar mahal..tak cam dulu....Makan kat rumah lagi best....Kalau yang rajin masak macam 2 menu boleh masak...Semalam masak ikan keli masak lemak cilipadi,ikan goreng dan sayur kacang goreng...sedap jugak..laki aku bukan main lagi makan.Aku suka masak simple-simple jer....kadang-kadang masak jugak kari,buat nasi ayam...kalau malas..masak nasi putih dan goreng nasi putih tu..letak perencah nasi goreng dengan telur...kalau malas la....hi..hi..
Masak ni senang jer..waktu bujang dulu aku tak pernah masak pun...member2 aku semua tegur..kenapa tak masak?aku diam je la...Waktu bujang la...nak relek betul-betul..dah kawin  kena masak jugak walaupun hati berat nak ke dapur...kalau tak masak laki gan anak-anak aku nak makan apa....Asyik pegi kedai jer..bankrap la...Nanti kalau semua anak-anak dah sekolah...takkan nak makan kedai jugak...Baik masak kat rumah lagi selesa...Sekarang anak aku nak masuk tiga..lagi ekonomi bertambah...gaji tak nak jugak naik sikit jer..,dah la..dunia sekarang pakai duit jer...,aku tak keja..suri rumah sepenuh masa..Kasihan kat laki aku siang malam mencari duit..tak cukup2 jugak...Apa2 pun kita patut bersyukur dengan pemberian Allah....Ok la..aku nak stop dulu...

06 January 2011

Pukul 3.00pm...aku dengan suami pergi klinik Sabariah dekat Shah Alam.Kami ke sana adalah untuk scan baby di dalam perut aku ni...,kami dah tahu jantina baby...,sukanya aku Doktor Sabariah bagitahu aku bahawa baby aku girl.Kandunganku dah nak masuk 8 bulan berat baby tak sampai 2kg pun...,kata Doktor 1.96kg je berat dia...Tapi tengok perut aku besar semacam jer.Maybe kulit perut aku tebal...hi..hi..buat malu jer...Apa-apa pun aku bersyukur Doktor beritahu tadi baby sihat walafiat...uri pun okey...semua okey la...itu yang penting..,Patut la baby dalam perut ni...aktif semacam jer..rupa-rupanya dia seronok sebab ruang besar....dapat la dia main.Kakak bukan main suka lagi...dia akan dapat baby girl.Kemungkinan duedate 10/03/2011...Tak sabar rasanya menunggu kelahiran baby terbaru ni....la..la..la...MUdah-mudahan aku selamat bersalin normal...Amin...

05 January 2011

Saat MengandungKan Syifa


 Tengok perut aku besar betul hihihi

Menu hari ini...aku masak ikan belah belakang dengan udang goreng kunyit.Jadi lah untuk makan hari ini...anak-anak aku bukan makan lauk pun...diaorg makan nasi gan kicap dan telur goreng.Bapaknya yang nak makan lauk  yang aku masak tu...,lagipun laki aku keja malam..tak la masak banyak..nanti siapa nak makan.Laki aku kalau keja malam dia makan sekali jer kat rumah,pagi tadi dah makan sementara tunggu van sekolah kakak sampai...,aku makan nasi lemak dia beli jer...tengah hari jarang sangat makan.Mengandung yg ke tiga ni..tak lah kuat makan sangat..,tak tahu la kenapa...tapi rasa perut ni besar semacam jer...hi..hi..,hari jumaat ni nak pegi scan...,tunggu kakak balik sekolah dulu baru pegi.10 haribulan ni check -up dengan doktor..,perut aku nak masuk 8 bulan..tu yang kena jumpa doktor dekat Teluk Panglima Garang..,aduh..malas betul nak kesana...,kat situ ramai org..menunggunya lama..macam2 org ada....sabar jelah...ok la...mata dah mengantuk..rasa nak tidur pulak..faham2 lah org mengandung ni..hi..hi...ok gua chow dulu...


Note:Entry nie dah lama pada tahun 2010...Baru aku perasan entry nie tidak di publish,harap korang enjoy membaca entry lama aku...Waktu nie aku type tiada orang baca pun.....Ada aku kisah..hihihi(Story nie Bukan Hari ini punyer ya...) Sila baca...

04 January 2011

Sudah lama aku tidak membuat catatan untuk blog ini....,Bukannya tak ada masa cuma...sejak mengandung ni malas pulak nak membelek...tak ada mood katakan...orang mengandung memang cam tu....hi..hi...kejanya nak membuta jer...Hari ni aku nak story sikit..tengah ada mood ni....anak aku  yang pertama dah start sekolah..nasib baik dia tak buat perangai cam setengah budak-budak kat TBK semalam...ada yang menangis,ada yg nak ayahnya duk sebelah belajar sekali...kelakar betul budak2 ni...,Anak aku pulak tak cam tu..bagus...itu lah anak ibu dan Abah...Pastu masuk hari kedua..suruh dia naik van sendiri..nasib baik nak...Pakcik driver tu cakap ada setengah budak tak nak naik takut...meraung2..terpaksalah pakcik van tu tinggalkan..biar mak ayah diaorg antarkan...Bila tanya anakkku yang pertama seronok ke kat sekolah?Dia jawab seronok....senang sikit hati aku...tak lah risau kat umah...,anak aku belajar kat TBK ISLAM BESTARI dekat taman medan sana..jauh jugak..apa-apa pun janji dia seronok...,baju sekolahnya warna pink tu yg dia suka tu....anak aku tu hantu pink..tak tahu la....sewaktu mengandungkan dia dulu memang aku suka pink..pantang tengok tudung pink ke,baju pink ke,semua aku suka janji pink....hi..hi..kelakar kan...Hari ini mood okey tu yg bercerita panjang ni....baby dalam perut aku asyik menendang jer....kalau malam lagi la...tak lena tidur di buatnya...belum scan lagi..tak sabar rasanya...nak tahu jantina...mintak2 biar la girl...tapi tak kisah kalau boy pun...janji sihat dan cukup sifat...aku dah ada sepasang dah...yang kedua boy anak aku tu..tu pun tak sabar nak sekolah...dah tengok kakaknya sekolah...hi..hi...tunggu dulu la...tunggu umur 5 tahun...lagi 2 tahun...sabarnya Haziq....Okey lah aku nak tengok tv la pulak rasanya....kita jumpa di lain hari....