30 April 2013

Isu Norman KRU Di twitter

Assalamualaikum....
Banyak hari jugak aku tak update blog....sorry untuk ahli geng GSF ya...dalam beberapa hari nie...aku sibuk edit blog....faham2 jerlah hihihihi...

Okey,hari nie nak share status yang menjadi isu hangat tentang Norman Hakim twit status di twitter...jom kita baca...

Artis Respon Kenyataan Norman Kru – Kenyataan yang telah ditulis oleh Norman Kru mendatangkan pelbagai reaksi daripada pihak diluar sana. Kenyataan yang ditweet oleh beliau berbunyi industri muzik dan perfileman tempatan akan musnah jika PAS memegang tampuk pemerintahan negara.
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Kenyataan tersebut turut menarik minat penyanyi, Faizal Tahir dan Hafiz Hamidun serta pengarah Ahmad Idham untuk turut memberi komen terhadap kenyataan Norman itu.
Faizal Tahir menerusi akaun Twitternya menulis, “Some people have seriously got to be kidding me by saying industry filem dan muzik akan hancur kalau bertukar tangan pimpinan.”
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Dibawah merupakan kenyataan daripada Ahmad Idham dan Hafiz Hamidun.
Artis Respon Kenyataan Norman Kru
Artis Respon Kenyataan Norman Kru 

Tak patut Norman Kru buat status seperti itu...nampak sangat norman berfikiran cetek huhuhu.....jgn pikir kita akan sentiasa berada diatas.....Hanya sekelip mata sahaja ALLAH akan mengambil apa saja yg di limpahkan rezeki ke atas kita....Aku sokong dengan Faizal Tahir hihihi...

26 April 2013

Azab Allah, Pasangan Haram Ini Mati Ketika Berzina

Assalamualaikum....

Aku pernah dengar cerita yang di gambarkan di bawah....kat rumah aku ada sebuah kedai yg pekerjanya warga acheh...dia ada cerita pasal orang kat kampungnnya berzina dan melekat seperti gambar di bawah...budak itu jugak cerita peristiwa yang berlaku kat Acheh yg tsunami besar tue pada tahun 26/disember/2004  erk?aku pun dah lupa....budak tue cakap sebab kat sana banyak berlakunya maksiat,murtad dan ramai yang tukar agama kristian...itu yang Allah turun bala kat Acheh....



Korang boleh tgk kajian tentang tsunami yang berlaku dan puncanya
kalau korang tgk video nie....Betapa besarnya kuasa Allah
hanya sekelip mata jer...semua musnah...



Selama dua hari terakhir, masyarakat diheboh dengan beredarnya gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim.

Berdasarkan khabar yang heboh di dalam masyarakat, dua insan itu disebut-sebut bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.

Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang beredar dari telefon ke telefon, tampak dua jasad tengah berpelukan.


Di foto itu terlihat, badan orang yang berada di atasnya bertiarap dan bahagian bokongnya ditutupi kain sarung.
Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam posisi memeluk bahu lelaki itu.

Kedua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning.
Tampak juga dua orang berseragam mirip polis,tengah menunjukkan mayat dua orang yang disebut-sebut sedang berzina ini.

Sepertinya, kedua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di ruangan mayat.

Salah seorang warga, Wahyudi mengatakan, berdasarkan informasi yang diterimanya, dua pasangan berbeza jenis itu berzina di sekitar makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari. Namun saat bercinta, badan keduanya tak boleh di lepas.

“Katanya yang lelaki sempat menelepon kawannya yang satpam, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga buah klinik, tapi tak ada yang boleh melepaskan keduanya” ujarnya.

Berdasarkan informasi yang diterimanya pula, kedua pasangan yang curang itu meninggal di rumah sakit.
“Awalnya saya tidak percaya khabar ada orang mati melekat,tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,”katanya.

Dikatakannya juga, meski gambarnya beredar luas, namun berita yang diterimanya berasal dari mulut ke mulut. Ia sendiri belum tahu kebenarannya.

Kasi Trantib Kecamatan Klari Daud Haryanto mengatakan, ia hanya mendengar informasiyang dihebohkan,

namun tidak tahu kepastiannya. “berita yang dihebohkan memang seperti itu, tapi saya tidak tahu kerana kurang jelas informasinya,” ujarnya.

Sementara itu, Kapolsek Klari Kompol Wahidin menganggapnya hanya isu yang beredar dari mulut ke mulut,
kerana pihaknya tidak pernah menangani kes tersebut.

Menurutnya, jika kejadian itu benar, pihaknya pasti akan mendapatkan laporan dari
babinkamtibmas yang ditugaskan di desa.

Semoga menjadi Renungan & diambil hikmahnya

KREDIT :Macam-macam Info

Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya.


Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain.

Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’

Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata:

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.


Lakaran artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

My Note: Selamat Hari Jumaat Untuk sesiapa yang singgah sini...
 

25 April 2013

Tempahan Template By Kisah Kami

Assalamualaikum....
Tempahan template kali ini dr Kisah Kami
Bertemakan pinkcampur putih
Simple dan kemas
Anda teringin blog seperti ini..boleh inbox saya di fb
atau ke inbox my Fanpages
Smile Be Happy 

Paling penting mesti sediakan detail selengkapnya..
CONTOH :

Tema blog : Elegant + Floral
Warna blog : Pink Pekat.
Nama blog [ header ] : Bila saya rajin menaip..(contoh)
Footer : Terima Kasih Singgah Blog Saye.(contoh)

FULL TEMPLATE CHE ROSLIZA CHE MAT :
- Header 
- Footer
- Background blog ,body post & sidebar dan lain2 lagi

SEKIAN WASSALAM
 

KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR(Untuk Wanita)

Assalamualaikum..




Korang pandai kira tak? tentang kitaran haid? hari nie aku nak kongsi dengan korang tentang kitaran haid seorang wanita.Dari anak dara sampai sekarang aku belum faham tentang kitaran haid nie ha ha ha....siapa yang belum tahu boleh baca....



Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi wanita mempunyai kitarannya sendiri, ada yang 25 hari dan ada juga yang lambat iaitu 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.  

Terdapat empat fasa dalam kitaran haid. Fasa pertama (Hari 1 - hari 4) Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar.  

Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. 

Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan. Fasa kedua (Hari 5-13) Ini dipanggil Follicular.

Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. Fasa ketiga (Hari 14) Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku.

 Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.  

Fasa keempat (Hari 15-28) Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok merlin(HAHAHAHA!) proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama. Maka begitulah yang akan terjadi pada setiap pusingan berulang-ulang.

Bilakah Waktu Subur? Waktu subur ialah pada waktu ovulasi berlaku. Ini kerana pada waktu itu, telur sudah keluar dari sarangnya. Bilakah waktu tepat ianya berlaku? Waktu tepat ianya berlaku adalah 14 hari daripada tarikh pertama datang haid atau ketika fasa luteal bermula.  

Okay, kalau tengok kalendar kat atas ni, ini adalah contoh kitaran haid. Haid pertama bermula pada 7hb April (pink kaler)
 Dan kiraan diteruskan hingga hari ke14 (green kaler) jatuh pada20hb April. Ini bermakna pada 20hb April hingga 22hb April adalah waktu subur anda.(Terdapat juga kajian yang menyatakan waktu subur adalah 5 hari). Kemudian, kiraan diteruskan hingga hari ke 28 iaitu jatuh pada 4hb Mei. Maka haid pada bulan Mei jatuh pada 5hb Mei jika kitaran haid anda sebanyak 28 hari. Kerana setiap wanita itu mempunya kiraan masing-masing dari 28-35 hari. Jadi tahukah anda berapakah jumlah kitaran anda? Bawak-bawaklah semak semula dan catit pada kalendar. ;)

Cara lain untuk mengetahui waktu subur?Pada waktu subur suhu badan wanita akan naik sebanyak 1 darjah celcius daripada kebiasaannya. Juga terdapat cecair jernih daripada kemaluan disebabkan hormon yang meningkat pada waktu itu. Menganggar waktu terbaik untuk mendapat zuriat Oleh kerana telur atau Ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

 Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap satu lelaki itu adalah jutawan! waaaahhh!)ia juga boleh bertahan selama 3 hingga 5 hari! (wow!) Ini bermakna jika suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk Ovum berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama. hiks (apekaaaaa) Oleh itu untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari walaupun disiang hari kecuali pada bulan ramadhan (ingat tue....bulan ramadhan tak boleh tau hihihi....) 

pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya kiraan haid anda adalah 28 hari. 

Kredit SINI

24 April 2013

Hebatkan...

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/165420_454409661303049_977891098_n.jpg

Pelik Nak Cantik


Pelik tapi benar....itulah lumrah wanita....sentiasa ingin kelihatan cantik...dan bergaya kikiki...cuba you all tengok gambar2 di bawah....sanggup ke you all nak pakai benda tue untuk kelihatan cantik semata-mata....Gambar seksi sikit...
p
p2
p3
p4
p5
p6
p7
p8
p9
p10
K
p11
 
Kalau tengok gambar di atas memang menyiksakan dan menyakitkan....tak sangguplah aku nak pakai benda2 camtue....cantik ke? hihihi
 
untuk pengetahuan you all entry  Ini akan bertapak di sini selama seminggu okey....hihihi
 

23 April 2013

COMBO GIVE AWAY BY INTAN



Kalau Korang nak join Klik Banner Di atas okey...
Combo Giveaway By Intan di anjurkan oleh  Intan Firdaus 247, sebelum korang nak join jom! tengok syarat2nya...Tak rugi korang join sebab syarat2nya sangat2 mudah.

Cik Rose Tag
Izan 
Deqla dan sesiapa yg terbaca giveaway nie...


 CIK INTAN FIRDAUS 247 NAK BUAT COMBO GA. JADI INI SYARAT2NYA, SILA FOLLOW YER SYARAT2NYA:-


1- WAJIB FOLLOW BLOG KOLEKSI TANTINTUN


2- JIKA ADA FB BOLEH LIKE FAN PAGE INI. (TIDAK  WAJIB, KALAU RAJIN LIKE LA YE).


3- BUAT ENTRY MENGENAI GA INI DAN COPY BANNER SERTA BUAT BACKLINK YER PADA BANNER TERSEBUT.


4- SILA TINGGALKAN LINK ENTRY DI BAHAGIAN KOMEN. 


5- TAG DUA ORANG SAHABAT ANDA. 



SEKIAN.:))..WISH U ALL THE BEST !!HOHO



  • COMBO GA INI BERAKHIR 2 JUNE 2013 JAM 12 TENGAH HARI. 
  • KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD. 
  • SEORANG SAHAJA PEMENANG BERTUAH AKAN DIPILIH. 
(SAYA X NAK BG GAMBAR HADIAH2 TERSEBUT SEBAB SAYA NAK KASI SUPRISE PERFUME APA YG SAYA NAK BG, MAKE UP MANA YG SAYA NAK BG DAN LAIN2..SEMUA TU SUPRISE OK) 

Jom! join....hadiah pun sangat menarik...

Senarai Penuh Calon PRU 13 Untuk Seluruh Negeri Di Malaysia

Dah petang2 terasa pulak nak share calon PRU 13 seluruh Negeri Malaysia.Yalah....tak lama lagi nak mengundi...."Marilah kita..pergi mengundi...tunaikan kewajipan kepada negara"


SENARAI CALON PRU 13 SELURUH NEGERI
  1. PERLIS 
  2. KEDAH 
  3. PULAU PINANG
  4. PERAK
  5. SELANGOR
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
  7. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
  8. NEGERI SEMBILAN
  9. MELAKA
  10. JOHOR
  11. KELANTAN
  12. PAHANG
  13. TERENGGANU
  14. SARAWAK
  15. SABAH
  16. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
      
SENARAI CALON PRU 13 MENGIKUT PARTI :
  1. BN 
  2. PAS 
  3. PKR 
  4. DAP

Happy Birthday Buat Miss Banu

Assalamualaikum....



hari ni birthday MISS BANU...sorry akak lambat wish...tak sempat nak tgk kat fb hihihi Okey akak doakan semoga banu sentiasa ceria dan di panjangkan umur..berjaya di dunia dan di akhirat dimakbulkan segala doa dan impian  AMIN....

Nelydia Dan Qi Harap Jodoh Berpanjangan

Assalamualaikum...

Baru lepas baca kosmo, terbaca pulak tentang pasangan yg hangat di perkatakan sedang bercinta...Jom! baca kisahnya....
QI sudah bersedia untuk berkahwin, sementara Nelydia menyerahkan segala ketentuan dan jodoh kepada Allah.


KEMESRAAN yang ditampilkan oleh pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti mengesahkan kedua-duanya sedang dilamun cinta.
Sebelum ini gambar mesra pasangan tersebut yang dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram masing-masing menjadi tatapan peminat sehingga ramai yang mengandaikan sudah terjalin ikatan cinta antara mereka berdua.
Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman.
Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing," jelas Qi tanpa berselindung.
Qi bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai jawapan apabila ada yang bertanya sudahkah dia melamar pelakon baharu tersebut sebagai kekasih. Sebaliknya, bekas pemain dram grup OAG ini berkata: "Saya tak pernah luahkan perasaan cinta kepadanya sehingga sekarang."
Diminta bercerita tentang detik awal perhubungan mereka, Qi memberitahu semuanya bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love pada tahun lalu.
Ujarnya, selepas membintangi drama berkenaan, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai teman biasa. Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu, hubungan dia dengan Nelydia mula menjadi lebih rapat.
"Saya berasa cukup selesa sepanjang berkawan dengannya. Walaupun dia baru berusia 19 tahun, namun saya dapati Nelydia seorang gadis yang cukup matang dan berfikiran jauh. Dia juga seorang yang periang," ujarnya yang begitu menyenangi sikap Nelydia.
Ditanya tentang jarak usia mereka yang cukup berbeza iaitu sebanyak 16 tahun, Qi yang kini berusia 35 tahun memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan jurang perbezaan tersebut. Malah, katanya dalam nada serius, dia juga tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat.
Terlanjur bercakap tentang jurang usia, Qi kemudian ditanya tentang perancangannya menamatkan zaman bujang kerana usianya yang sudah melewati angka 30-an.
Sambil tersenyum, pelakon yang cukup popular sebagai seorang pengacara itu memberitahu dia memang mempunyai hasrat untuk berkahwin memandangkan usianya yang bukan lagi muda.
QI dan Nelydia mengaku sudah mengenali keluarga masing-masing.


Ketika ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan usia yang semakin bertambah, Qi menjelaskan perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi dia mahu mengenali Nelydia dengan lebih dalam lagi.
"Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh," jelasnya.
Sementara itu, diminta mengulas tuduhan segelintir pihak yang menyatakan Nelydia menjadi punca kepada perpisahannya dengan Yuna sebelum ini, Qi menegaskan ia satu tuduhan yang tidak adil.
Tegas Qi: "Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus.
"Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri."
Tarik diri
Selain dikenali sebagai seorang pelakon, nama Qi turut menjadi sebutan ramai apabila dia menjadi pengacara sebuah program masakan iaitu Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3.
Bagaimanapun, Qi yang menarik diri daripada mengacarakan rancangan tersebut telah kembali semula bagi menggantikan tempat Iqram Dinzly selaku pengacara untuk musim terbaharu program tersebut.
Sebelum ini, Qi pernah membuat kenyataan bahawa tidak mahu lagi terbabit dalam program tersebut sehingga TV3 terpaksa memilih Iqram sebagai pengganti.
Menjelaskan keadaan, Qi mengaku dia memang pernah membuat kenyataan demikian. Bagaimanapun, kata Qi, ia hanya bersifat sementara dan apabila pihak produksi memerlukan khidmatnya semula sebagai pengacara program tersebut, dia bersetuju memandangkan tidak terikat dengan komitmen lain.
"Saya memang ada menyatakan tidak mahu lagi mengacara JJCM, tetapi bukanlah buat selama-lamanya. Lagipun saya pernah memberitahu kepada pihak produksi yang saya sedia kembali sekiranya khidmat saya diperlukan semula.
"Dahulu saya ambil keputusan untuk menarik diri kerana jadual kerjaya saya yang sangat padat dan mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Kini, saya kembali semula kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak produksi," ujarnya yang turut popular sebagai pengacara program Destinasi Bajet.
Jelas Qi, sebelum ini, sudah dua kali dia ditawarkan untuk kembali mengacara program JJCM, namun dia terpaksa mengambil masa yang cukup lama sebelum membuat keputusan bersetuju mengemudi semula program tersebut.
"Saya ambil keputusan dan bersetuju apabila mereka membuat tawaran kali ketiga, dengan syarat, saya diberi kelonggaran untuk melakukan pekerjaan yang lain," ujarnya yang mengikat kontrak selama dua musim bersama program berkenaan.
QI kembali mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan syarat dia diberi kelonggaran untuk terbabit dengan projek lain.


Fokus kerjaya
Mengalih bicara kepada Nelydia, dia yang hadir serentak bersama Qi pada majlis tersebut melontarkan bicara yang sama tentang hubungannya dengan lelaki itu.
Kata Nelydia, hubungannya dengan Qi belum sampai kepada tahap bercinta. Malah, dia sebenarnya berasa kurang selesa apabila ramai pihak yang sering memperkatakan hubungan cintanya dengan Qi.
"Saya tidak berani untuk mengulas sejauh mana hubungan dengan Qi kerana apa sahaja boleh berlaku. Walaupun saya tak berani untuk melabelkan bentuk hubungan kami, namun saya tidak mahu menyembunyikan fakta bahawa hubungan yang terjalin antara kami sekarang ini bertambah erat.
"Kalau boleh saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kisah cinta kerana pada masa ini saya perlu lebih fokus kepada kerjaya lakonan yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diterima," ujarnya penuh sopan.
Bagaimanapun, pelakon yang semakin dikenali semenjak membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu mengakui dia juga kini sedang mengenali hati budi Qi sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius.
Malah, Nelydia yang ditanya tentang kesediaannya berkahwin awal memandangkan Qi mengaku dia berharap agar hubungan mereka mampu melangkah ke tahap tersebut memberitahu, dia menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Allah SWT.
"Saya tidak mempunyai masalah untuk berkahwin awal kerana soal jodoh ini kerja Tuhan. Bagaimanapun, sejujurnya, buat masa ini, jika berfikir secara realistik, untuk usia saya yang baru mencecah 19 tahun, saya 100 peratus belum bersedia untuk menjadi seorang isteri," katanya tanpa berselindung.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung perpisahan Qi dan Yuna, pelakon itu enggan ambil kisah kerana sedar dia langsung tidak bersalah.
Ujarnya, dia menganggap segala tuduhan tersebut dibuat oleh segelintir peminat yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa hubungan Qi dan Yuna sudah berakhir.
Katanya: "Saya melihat isu ini sebagai perkara yang remeh dan saya tidak tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan.
"Bagaimanapun, saya akui, perasaan saya akan terguris sekiranya ada mana-mana pihak yang mengeji dan mengutuk saya dengan cara yang melampau dan tidak beretika kerana saya juga memiliki perasaan."



Kredit: KOSMO


Psssttt!! Kalau dah jodoh tak kemanakan.... layan jerlah hihihi

22 April 2013

Jumpa Blogger Dan Meronda Taman

Assalamualaikum....

Petang semalam hari minggukan...korang pergi mana...aku merendak kat taman rakyat....melepak kat situ sambil makan goreng pisang dan apam balik....lupa pulak nak snap gambar makanan kikiki..Seronok jugak melepak kat situ sambil tengok anak2 aku bermain,aku pulak duk mengunyah goreng pisang...cik hubby melayan anak2 yg tengah main....Untuk mengingatkan korang....hari nie entry panjang dan banyak gambar...jangan muntah okey....kikiki

Sebelum ke taman rakyat singgah beli goreng pisang dengan air

Dari jauh aku dah snap gambar taman permainan kanak2...anak2 aku mulalah buat larian nak menerpa taman tue....kikiki

cik hubby yang suka melayan karenah syifa....


Syifa pandang benda merah tue...."aku kecik lagi....mana boleh panjat"...

Main buai pulak....nasib baik untuk budak tecik cam syifa ada....

Kesian cik hubby sibuk ayun buai anak2...

Si haziq...sempat buat peace...

Si kakak....suka sangat dapat keluar dan bermain....

Syifa....seronoklah tue berayun hihihi

hihihi...cam gayat jer syifa nie...

Okey....Selamat Tinggal Taman Rakyat....Lain kali datang lagi....Opppsss!! dalam perjalanan ke kereta aku ternampak sahabat alam maya..pada mulanya tak perasan...cuma yang aku perasan kelibat budak yg pernah aku tengok dalam blog....rupa-rupanya  mia anak izan blogger group GSF...tapi tak sempat jumpa izan...Sebab kitaorang nak pergi ke taman Alam Impian tengok orang main layang2...aku cuma hantar sms yg aku nampak dia....

Sampai jer kat Taman Alam Impian...terus bukak layang2 kitaorang yg tak berapa nak naik tue kikiki...Ramai betul orang kat sana...gerai2 orang berniaga pun ada tau....aku cuma beli keropok lekor gan air jer....

Syifa tunjuk layang2 kat atas...sebab banyak sangat...suka betul dia..
 Masing2 sibuk nak naikkan layang2....

Dah puas bersms....last2 kitaorang jumpa jugak kat Taman Alam Impian.....nasib baik hubby izan sporting ambik gambar kitaorang....bateri aku dah kong...aku lupa nak cas bateri...gambar nie....izan hantar melalui fb...tengok aku...gemuknya kikiki...

SegMen: SaLaM PerKeNaLaN By Miss BaNu

Assalamualaikum...

Rasa rugi pulak tak join segmen yg di anjurkan oleh Adik Banu kita nie....
 Nak join Klik Banner Di atas ya...

Jom tengok syarat2 nyer...

1-Tempek banner yg x berapa comey kat atas tu..
2-Buat satu entry yang bertajuk Segmen: Salam Perkenalan By Miss BaNu
3-Follow blog ini dan follow juga saya di google plus k..(tengok di sidebar)
4-Klik LIKE pada Fanpage saya di FB boleh tengok kat sidebar (x wajib)
5-Dalam entry tersebut, sertakan sekali kata2 aluan kepada pengunjung2 blog korang yang bakal singgah selepas ini..contohnyer selamat datang ke blog saya, jangan segan2 singgah ke sini selalu dan lain2 n cerita kan serba sedikit tentang blog korang..moga selepas ini makin ramai yg datang berkunjung ke blog korang semua disamping dapat menambah kenalan baru..
6-Tarikh tutup-3 Mei 2013
7-Hantar link entry korang di ruangan komen dibawah ini sahaja..

itu saja..mari bersegmen..hope ramai yg sudi joinkan diri..

Psstt!! syarat2 tue..aku copy jer kat blog miss banu hihihi

MINI GA 2


Klik Banner di atas untuk join ya....
Terjumpa Giveaway nie di blog Izan...terus terasa mau join kikiki

SYARAT
1. Buat Entry,Tajuk dan letakkan banner (backlink)
2. Tinggalkan url entry (url blog tidak di terima)
3. Yang belum follow blog ni..sila follow dulu ye
4. Nak tag rakan digalakkan tapi tak wajib ye :)
Pemilihan pemenang berdasarkkan En.Random.Org atau cabutan dari Dable H
 (bergantung pada mood Dable H)
HADIAH
Semestinya bedak arab 50g.Berapa pcs tak pasti lagi ye bergantung pada jumlah penyertaan.
GA ni akan tamat pada 27 April 2013.Pemenang akan diumumkan bila-bila masa selepas itu.
*** dekat fb pun ada buat mini GA juga tau..nak join klik banner shielashoppe kat sebelah tu

21 April 2013

Make Over Blog

Assalamualaikum....

Semalam aku tak tulis entry sebab sibuk mengedit blog...Akhirnya blog2 tersebut sudah siap aku editkan....tuan punya blog belum tengok lagi....Mudah-mudahan tuan punya blog suka....Tema pilihan
http://2.bp.blogspot.com/-ruedUZED2DY/UXE-lWxhT8I/AAAAAAAABTM/xCLaE-EH4Mw/s1600/12.png

1st blog
Warna tema blog : purple/blue or pape kaler s long not pink

http://1.bp.blogspot.com/-3atIgU4Srck/UXJJdeSnM4I/AAAAAAAAAEQ/TWrZ_CbH6p0/s1600/10.png
2nd blog
Warna tema blog : s long not pink n black! hehe..

Empunya nama tuan blog ialah Cik Ena....Kalau korang nak ke blog dia just klik header di atas ya...

19 April 2013

Kakak Kena Cubit Kat Sekolah

Assalamualaikum....

Pagi tadi dalam pukul 8.00 lebih....aku dengan cik hubby berangkat ke sekolah anak aku yang sulong.Anak aku yang sulong tue suka sangat balik mengadu kena cubit dengan kawan di sekolah.Di bawah adalah dialog aku dengan si kakak malam tadi.Aku tengah mengadap komputer..tiba2 si kakak datang dekat aku.

Kakak: "Ibu, saya asyik kena cubit dengan kawan kat sekolah...,tengok tangan saya lebam2".sambil menunjuk tangannya yang lebam.

Ibu: "Kakak gaduh dengan dia ya ....tue yg kawan kakak cubit kakak?".Jawab aku balik.

Kakak: "saya tak buat dia...tiba2 dia cubit...saya kuat2....."jawab anak aku.

Ibu: "malaslah ibu nak melayan kakak....asyik kena cubit jer dengan kawan....,kenapa tak cubit dia balik?tanya aku balik kikiki..

Kakak:"kalau saya cubit dia balik...nanti dia cubit lagi kuat...."aku diam,malas nak fikir hal budak2 kat sekolah....Pastu tiba2 anak aku sindir aku balik..

Kakak:"Ibu sombong....sajer jer tak nak ambil tahu hal dia....mak dan ayah orang lain datang jer kat sekolah...bila anaknya kena cubit dengan kawan dia......"Aku terus berfikir....nanti hari2 kena cubit budak nie...lama2 tak nak ke sekolah pulak...kan naya...terus aku telefon cik hubby ajak dia ke sekolah kakak besok pagi.

Begitulah kisahnya,tadi aku dah jumpa budak yang suka cubit anak aku tue...aku taklah marah cuma pesan jer jangan buat lagi....kalau buat lagi...aku datang lagi....kikiki kira aku ugutlah....Korang nak tahu...dahlah suka cubit si kakak tue....macam pensil dengan pemadam pun dia ambil kikiki...aku sound budak tue..pulangkan balik pensil gan pemadam anak aku punya.


Rasa lawak pulak..bila fikir balik...kalau korang anak korang gadu cam gitu...korang pergi tak ke sekolah anak korang?hihihi...




18 April 2013

Rani Mukherjee Tak Berani Pandang Mata Aamir Khan!


                        
Aktres Rani Mukherjee mengakui bahawa suatu ketika dulu, dia memang tidak mampu untuk bertentang mata dengan aktor Aamir Khan. Ketika itu, mereka digandingkan bersama dalam filem Ghulam (1998). Pada waktu itu, Rani Mukherjee adalah seorang pelakon baru, manakala Aamir pula sudah berjaya dengan beberapa filem seperti Qayamat Se Qayamat Tak, Dil dan Jo Jeeta Wohi Sikander

Selepas Ghulam mendapat sambutan, mereka telah digandingkan sekali selepas 7 tahun dalam sebuah filem epik drama, Mangal Pandey yang tidak berapa begitu berjaya.

Menceritakan pengalamannya menjayakan Ghulam bersama Aamir, Rani berkata, sewaktu menjayakan filem saya yang pertama itu bersama dengan dia, saya asyik memandang kasutnya saja kerana takut dan gementar.

"Saya adalah peminat besar Aamir Khan dan pernah menyukai dia. Waktu saya menonton filemnya, QSQT (Qayamat Se Qayamat Tak), saya amsih lagi berada di sekolah.

"Saya cukup gementar melakukan adegan romantik dengan dia. Saya memandang kasut dia sebab tidak mampu bertentang mata dengannya kerana saya takut dan bimbang saya akan jatuh cinta dengan dia.


"Sekarang ini, bila saya asyik tidak lepas-lepas memandang dia, dia pula yang meminta saya untuk tidak berbuat demikian," katanya telah digandingkan lagi dengan Aamir Khan dalam filem thriller Talaash iaitu filem ketiga mereka selepas tempoh 14 tahun.



"Kalau aku pun tergoda dengan Amir Khan.Aku masih ingat ketika aku sekolah menengah...memang minat giler kat dia...siap panjat tingkap bilik warden semata2 nak tengok filem hindustan,waktu tue Amir Khan bergandingan berlakon dengan Pooja Bhat...kebetulan pulak tv asrama rosak..itu penyebabnya panjat tingkap bilik warden semata2 nak tengok hero nie berlakon kikiki kelakar tak? kalau di ingatkan balik memori silam buat aku tergelak sendirian...." 





Jom! Layan lagu Video nie...Filem nie tahun 1991..tajuk lagu "Adaen Bhi hai from Dil Hai Ki Manta Nahi"
Korang jangan tak percaya....aku ingat liriknya kikiki

Adoi!!!! Sakit Kepala

Assalamualaikum....Korang pernah sakit kepala tak? dalam minggu nie aku sakit kepala...tak tahu kenapa?mungkin angin atau salah makan....menyucuk-yucuk rasa sakitnya....sabar jerlah....

 


Jangan korang fikir aku diet atau stress okey...kikiki....






Aku tengah baca ayat nie sambil pegang kepala aku yang sakit....


Walaupun aku sakit kepala...aku tidak pernah mengamalkan telan ubat....lagi2 panadol....Korang nak tahu kenapa? sebenarnya panadol tidak elok untuk kita amalkan selalu....Kalau aku sakit kepala tido jer hihihi

 Nota Kecik tiba2 rasa tangan sebelah kiri gatal... emmm