29 May 2011

Nasi Minyak Terengganu

Hai Semua...Hari ni hari Ahad..Hari minggu....Cik Rose Cute Tak Kemana Pun....Duk Umah Jer....Because Abang Cik Rose Cute Koje.....Hehehe...Biasalah Keja Cutinya Tak menentu....Keja kilang sebagai Juru teknik.....Tapi Cik Rose Cute Tak kisah...ada cuti....Cik Rose Cute keluar jalan2 gan husband.Korang mesti dah prepare nak kemana.....kan...Cik Rose Cute bukan nak cerita benda ni....Cik Rose Cute Nak Share Satu resepi dari Aisya Humaira...Baru jer bukak blog dia and copy resepinya...hehehe..
Resepi Aisya Humaira

Bahan-bahan nak buat nasi minyak Ganu


  1. Beras
  2. 1 biji bawang besar di potong mayang
  3. 3 cm halia di ketuk
  4. 1/2 tin susu cair
  5. Marjerin (bagi klasik sikit )
  6. Minyak Masak
  7. Sirap & Sanquick
  8. Air mengikut sukatan beras
  9. 2 helai daun pandan
Rempah Kasar
  1. 2 biji butir limau
  2. 1 kuntum bunga lawang
  3. 5 biji bunga cengkih
  4. kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya
  • Panaskan kuali,masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak
  • Masukkan rempah kasar,tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
  • Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yg di hiris mayang dan halia yg telah di ketuk
  • Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (korang guna cawan sebagai sukatan beras  )
  • Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi colour merah sikit.Biarkan ia mendidih sekejap.
  • Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras.(Tadi Sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air ) Biarkan Ia mendidih sekejap.
  • Masukkan beras yg siap di cuci ke dalam periuk.
  • Masukkan sedikit garam
  • Selepas nasi kering @ masak, Masukkan sedikit Sanquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
  • Ok dah siap untuk di makan.

28 May 2011

Semalam Birthday My Husband...

Untuk Abah I LOVE YOU Muuuuuuah..
Happy Birthday Abah Semoga Panjang Umur Dan Di murahkan Rezeki kita bersama Erk....Ibu tak beri apa2 pun kat abah cuma kiss jer...huhuhu..Almaklumlah Ibu tak keja...duk umah jer...Apa-apa pun...kita sambut Birthday Abah Biasa2 jer...pegi makan KFC....hehehe..nak beli kek takut badan naik.....Yalah....Ibu tengah diet sekrg ni.....

25 May 2011

Anai-anai Menyerang Rumah Cik Rose Cute!!!!

Anai-anai

Jenis2 anai

Sebenarnya ni story semalam....aku tulis hari ni...Semalam aku sibuk melayan Contest gan baca blog korang semua.....hehehe...



Ceritanya camni...aku buat susu untuk aku minum pastu letak kat atas kabinet dapur aku.Aku biarkan dulu sekejap sebab nak sejukkan sikit.Lepas beberapa minit aku pegi balik nak minum.......tup-tup ada sekor anai2 yang hampir lemas dalam susu aku.Pada mulanya aku tak tahu binatang apa yang terkial2 dalam  susu.......aku tilik2..rupa-rupanya Anai-anai......,emmm meremang bulu roma aku....Dalam hati aku 'mana datang anai2 ni?'korang nak tahu kat mana anai2 tu datang.....dari kabinet dapur aku la....Tension betul aku...aku dah pengeli no satu!!!...Aku panggil my Husband suruh tengok kabinet atas tu ada ke tak? My husband tengok memang ada kat kabinet atas.....Gengnya dah buat sarang kat situ....eeeiiii.Aku bukan geli kat anai2 tu...aku geli gan sarangnya yang panjang cam 'snake' tu...hehehe...My Husband ketuk2 kabinet kat atas kot2 dah buat dalam kayu kabinet tu..tapi tak ada.Anai2 tu buat sarang tempat aku letak bawang besar,bawang kecik semua ada kat situ.Anai2 tak gigit kabinet aku sebab kayu kabinet tu keras...hehehe..kalau dapat gigit...patahlah gigi anai2 tu.Nasib baik anai2 tu tak dapat gigit...kalau dapat gigit....korang fikirlah ya...aku malas nak cakap hehehe.Kat taman ni....memang banyak anai2 sebabnya tanah sini tanah gambut..tanah subur tu yang dia suka tu.....kebanyakkan rumah kat sini dah kena serang gan anai2....Rumah korang ada tak Anai2???? Sakit Jiwa Dengan Anai2 ni....

Apa yang anai-anai- suka

  1. Kelembapan yg tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup @ mati
  2. Anai-anai ada berpuluh species yang putih,yang kuning,yang perang.....Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni,askar anai-anai menjaga anak-anak.Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelkatu berterbangan,pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai2 tak tahan matahari,cepat mati.Sebab itulah  mereka membuat lorong bawah tanah,atas kayu,simen,konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai2 suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai2 ada ribuan 'protoza' (kehidupan macam kuman ) yang tolong menghadamkan serat kayu yg anai2 makan setiap hari.
Tu sikit info tentang Anai-anai......

23 May 2011

Cinta Seorang Pemuda

Salam Buat warga blogger.Dah lama aku tak tulis n3 aku ni...,pasti korang boring aku asyik duk layan "Contest/Ga jer kan....hehehe...Hari ni aku ada mood sikit...nak tulis n3....Tentang 'cinta seorang pemuda'
  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh! Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa
  • Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul....Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup  macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila.........takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya.....solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya . Saya pun tumpang dapat pahala....syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga.Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' Saya pun bagi dia Al-quran sebagai penenang jiwa.....semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam: "Makan , minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.....nanti awak sakit saya juga yang susah hati.....bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuuh.....berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber 'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doa kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.....semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin.......


P/s: Betapa bertuahnya seorang gadis mendapat pakwe sepertinya.....

22 May 2011

Hari ni Aku Tukar Nama Ha ha ha...

Salam...Korang jangan marah ya...hari ni aku tukar nama...sempena nama akulah.....hehehe..namaku sebenarnya "Che Rosliza" dan aku letak kat aku punya blog "Cik Rose Cute" Okey tak? hehehe...Cute tu..tetap ada....aku nak sama gan Cik Betty....Dia Cik Betty..Aku ..Cik Rose Cute hehehe....Jangan marah ya Cik Betty...Mulai Hari ni ..korang boleh panggil Cik Rose ke...Puan Rose Cute ke...Kak rose ke....Bagi orang muda dari akulah....Walaupun Aku mengenali Cik betty dalam blog..tapi aku merasakan kemesraannnya...(jangan perasan ya Cik betty....)..hehehe..Bukan Cik betty jer....Kawan yang lain pun sama.Tapi gan Cik Betty ni lain sikit....hehehe..Kalau korang setuju nama aku 'Cik Rose Cute angkat tangan ya...dan tulis kat komen..Kalau korang setuju...sampai bila2 aku akan guna nama 'Cik Rose Cute'..

19 May 2011

P0ntianak!!!!

Hari ni..aku nak buat n3 pasal cerita seram lagi..hehehe..sesiapa yang berminat bolehlah baca....Tapi......jangan baca malam tau....Aku pun tak berani nak tulis n3 pasal cerita seram pada waktu malam...Takutttttttttttt!!!!


Kejadian yang menjadi tanda tanya di fikiran aku selama ini ialah mengenai satu peristiwa pelik yang tak dapat aku lupakan seumur hidup ini, sewaktu itu aku berumur 7 tahun dan bersekolah di salah sebuah sekolah di daerah Menggatal, Sabah.Oleh kerana jarak rumah aku terlalu jauh daripada sekolah maka aku terpaksa menetap di asrama sekolah, akhirnya aku dapat membiasakan diri dengan persekitaran asrama sekolah yang di keliingi hutan itu.
Suatu hari,cuaca tidak begitu baik,hujan dan angin kencang.Seperti biasa pada jam 10.00 malam kami di arahkan masuk ke dalam dorm masing-masing untuk tidur, lebih kurang jam 2.00 pagi, tiba-tiba aku di kejutkan oleh seekor kucing berbulu lebat kuning yang gemar tidur di hujung kepala katil aku, kelakuan kucing tersebut berbeza daripada hari-hari selalunya, ia seperti ingin menyerang dan takut akan sesuatu benda.
Waktu itu aku berbaring menghadap dinding sebelah kiri.Ketika hendak menenangkan kucing tersebut, ia lantas melompat menerkam sesuatu, apabila aku berpaling untuk mengetahui apa yang di terkam oleh kucing tersebut, tiba-tiba mata aku tertumpu satu objek bergerak di sebelah kanan aku.
Yang menghairankan objek itu seperti manusia namun kakinya tidak mencecah tanah dan tidak berbunyi.Apabila aku amati, rupanya objek seperti angin itu ialah 'PONTIANAK'! Ia berdiri tepat di hujung katil sebelah kanan aku.Ketika itu aku hanya membuka mata sedikit sahaja jadi aku tidak nampak terlalu jelas keadaan pontianak tersebut, namun apa yang dapat diperhatikan pontianak tersebut berambut panjang dan berbaju putih seperti kain kapan.
Di sebabkan terlalu terkejut dengan perkara yang tidal diduga itu aku lantas menutup mata serapat-rapatnya dan pontianak tersebut masih berdiri tepat di hujung katil aku tidak berganjak, kemudian segera menarik selimut aku yang ketika itu berada di paras lutut dan menutup badan sehingga paras leher.Seluruh badan aku
 merasa sejuk bermula dari hujung kaki sehingga hujung rambut seolah-olah ada angin melintasi aku.
Dua minit kemudian aku menjadi berani sedikit kerana berfikir bahawa bukan aku seorang sahaja berada di dalam dorm tersebut.Jadi aku mengambil keputusan untuk melihat wajah pontianak itu,namun apabila aku membuka mata benda itu telah ghaib begitu sahaja.Kebetulan waktu itu seorang daripada penghuni dorm terbangun dan segera aku bertanya kepadanya jikalau ada ternampak benda itu,dia menjawab 'ya' namun dalam keadaan separuh sedar kemudian menyambung tidur semula.
Namun bagi aku ia adalah sesuatu yang pasti bukan ilusi,apa yang menjadi tanda tanya adakah dia dahulunya seorang manusia dan bagaimana dia meninggal dunia? Adakah dia di bunuh ataupun bunuh diri mahupun mati bersalin? Jawapannya dia sahaja yang tahu......

P/s:Hanya Orang bertuah sahaja yang dapat melihat Jin,Syaitan dan hantu.....Biar apa pun...Isteri@Ibu Cute tak nak tengok...takutttttt...Ada sesiapa pernah tengok? betul-betul hantu....huhuhu..kecik2 dulu pernahlah tengok....hantu pelisit...Nanti Isteri@Ibu Cute cerita..tapi bukan sekarang okey.....Bye..layan cerita hantu ni....Memang pengalaman seseorang.....

Namanya: Elanie Bte Jamil
Asal: Kota Kinabalu Sabah..

18 May 2011

Tanyalah Pada Diri Sendiri

Salam...Aku nak tulis n3 ni.....hehehe....korang komen ya..jangan tak komen...pulak...(paksa Orang Komen Pulak hehehe).Aku nak story pasal budak2 sekolah..walaupun dah lepas 'Hari Guru'...ada aku kisah...korang baca ya...mungkin boleh menjadi satu iktibar dari story ni....

Azman menghampiri papan hitam,kemudian menulis satu soalan matematik yang agak rumit.Selesai menyediakan permasalahan itu,dia memandang para pelajar.
    "Siapa boleh jawab soalan ni?" Tanya Azman.
    "Saya Cikgu," seorang pelajar lelaki bersuara dan mengangkat tangan.
    "Bagus, sila ke depan," Azman menghulurkan kapur kepadanya.Tapi baru separuh jalan menulis, Azman menegur pelajar tersebut. "Salah tu,macam mana awak ni,tadi kata tau jawapannya," ucap Azman sambil menggeleng-geleng kepala.Pelajar tersebut balik ke tempat duduknya, kecewa.Malu pun ya, bila kawan-kawan di sebelah ketawa terkekeh-kekeh.Seorang pelajar lain bangun, cuba menyelesaikan soalan berkenaan tetapi pantas di perleceh Azman, "Salah tu.Soalan mudah pun awak tak tau jawab." Kembali ke tempat duduknya, pelajar berkenaan menggaru-garu kepala kerana pada anggapannya apa yang di tulis tadi sudah betul. Tapi kenapa cikgu mengatakannya salah?
    "Siapa yang nak cuba lagi?" soal Azman  sambil ekor matanya memerhati para pelajarnya dengan senyuman sinis. "Saya Cikgu," tiba-tiba kedengaran suara seorang pelajar yang duduk di tepi tingkap.Walaupun berulang kali di tegur dan di arahkan supaya berhenti, namun pelajar berkenaan tidak memperdulikannya.Dia terus menyelesaikan soalan tersebut hingga selesai sekalipun guru matematiknya berulang kali mengatakan "salah! salah! salah!" Apabila pelajar berkenaan kembali ke kerusinya, Azman tersenyum. 'Ujian' yang di lakukannya membuahkan hasil. Ketiga-tiga pelajar tersebut sebenarnya boleh menjawab soalan tersebut,tetapi yang membezakan mereka ialah pelajar ketiga melakukan sesuatu mengikut keyakinan diri. Pelajar-pelajar lain pula takut di tegur, malu pada ejekan dan mengalah dengan cabaran yang akhirnya tidak membawa mereka kemana-mana. Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kita akaan lakukan seperti pelajar ketiga tadi walaupun di sanggah, di ejek dan di perlekehkan?


P/s: Korang pernah tak masa zaman sekolah di perlakukan cam ni...,Isteri@Ibu Cute pernah...Cikgu tu sajer nak menguji kita huhuhu...(SELAMAT HARI GURU)

16 May 2011

Aku dah ada Blog Contest

Salam semua...Ha...aku happy cangat2 hari ni...sebab aku dah ada blog contest..hehehe..Dah lama dah nak buat..Asyik tertangguh jer..Sempena hari guru ni...aku buatlah blog Contest...tapi kosong lagi..blog tu aku belum mekap lagi...kalau korang nak follow..Ni blognya...http://hairulizacontestga.blogsport.com/..kalau korang nak sudi follow hehehe tak paksa korang...Aku buat blog contest tu..tak nak pening2 sebab bercampur dengan aku nak tulis N3 aku.....kadang2 sakit kepala tengok berserabut...Yalah sekarang aku tgh giler Contest hehehe..bukan giler hadiah ker...hehehehe.Kalau hadiah tak pernah dapat..tapi aku tak kisah sebab masuk tu pun free..hehehe betul tak....

Apakah Pendapat Wanita Tentang Lelaki?

Korang rasa apa pendapat korang tentang lelaki? terutama sesiapa yang menpunyai Suami...hehehe...

  • Keajaiban Lelaki ; Boleh pakai seluar dalam yang sama empat hari berturut-turut.Hari pertama, betul kedudukannya. Hari kedua , di terbalikkan. Hari ketiga ,yang belakang di bawa ke depan. Hari ke empat, yang belakang di bawa ke depan, tapi di terbalikkan sekali lagi!.
  • Lelaki itu seperti telefon, ada banyak butang. Itulah yang menyebabkan lelaki rasa diri mereka itu penting.
  • Kalau orang lelaki berkata, "Saya akan hubungi awak " tapi dia tak hubungi, maknannya dia tak lupakan awak, dia tak hilang nombor telefon awak, dia belum mati lagi. Dia cuma tak hubungi awak!
  • Lelaki mudah lupa, sebab itu televisyen siarkan ulang tayang selepas gol di jaringkan. Berulang kali pulak tu!
  • Kalau lelaki masakkan makan malam untuk anda dengan ikan kembung goreng, sayur sawi dan sebiji telur mata kerbau, itu maknanya dia serius untuk meneruskan hubungan dengan anda!
  • Lelaki itu macam iklan komersial, tiada satu pun kata-katanya boleh di percayai.
P/s : Ha...lagi satu lelaki susah nak ingat hari-hari penting...contohnya : Anniversary, Birthday kita, Birthday Anak....Kadang-kadang birtday dia pun dia tak ingat...hehehehe  Korang percaya tak?.....My pendapat....

14 May 2011

Puding Belang By Kak Yatie Johor


Salam untuk semua Warga Blogger.Masuk dua hari 'google Problem' tak dapat nak bukak blog..tension jugak....Banyak n3 aku yang hilang gara2 'google problem'..tak kisah sangat.....Aku tulis n3 ni sebab aku nak kongsi resepi gan korang..Aku ambik resepi dari blog kak yatie Johor.

Bahan2 Yang Di perlukan
  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 200gram gula
  • 2  1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko (Di bancuh dengan sedikit air panas)
  • Sedikit pewarna kuning
Cara2 Membuatnya
  1. Masak serbuk agar2 dengan air dan gula sehingga hancur.
  2. Telur di pukul di pukul sebati tuangkan ke dalam agar2 tadi.Masukkan juga tepung jagung dan susu cair.
  3. Masukkan butter biar mendidih tutup api.Bahagikan kepada dua.
  4. Satu bahagian di campur pewarna kuning dan satu lagi di campur warna koko.
  5. Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap,tuangkan pula warna koko di bahagian tengah sedikit.
  6. Sejukkan dan hidangkan.

12 May 2011

Syifa berat 5.3kg sekarang

Tu tengah hisap tangannya...Syifa suka hisap tangan..
Hai!...hari ni bawak syifa pegi klinik untuk check bulanan.Wah!!! syifa semakin membesar...sekejap jer anak ibu nak besar ya....Timbang berat tadi naik banyak betul.....bulan lepas 4.3kg jer...sekarang 5.3kg..bayangkan....Pipi tak payah cakaplah makin tembam..bulat jer...hehehe...tadi ada ambik gambar terbarunya...korang nak tengok nanti Isteri@ibu cute snap kat sini okey....Bulan lepas syifa cucuk dengan misi pelatih..menangis syifa sebab sakit....Misi tu baru pertama kali cucuk....kesian Anak ibu jadi mangsa...sampai bengkak peha debabnya....huhuhu...Abah marah betul...tapi nak buat camna???Kesian syifakan....cayang bucuk ibu hehehe...Hari ini...misi pelatih jugak nak cucuk tapi ibu cepat2 cakap tak nak.....hehehe..nasib  baik stuf nurse tu faham....kalau tak syifa lagilah menjadi mangsa...Sewaktu Stuff nurse tu cucuk ....langsung syifa tak nangis...dia diam jer....Kan betul...misi tu tak pandai cucuk tu yang budak nangis tu...Biasalah budak pelatih baru nak belajar.....Ibu tak salahkan misi tu....Kalau korang apa perasaan korang....hehehe ni soalan untuk para ibu yang ada anak.......

09 May 2011

Syifa Naik Buaian

Salam warga blogger...dah lama aku tak tulis n3 aku ni...,asyik layan contest jer..tapi tak menang pun....hehehe saje suka2 layan untuk hilangkan boring...korang nampak tak aku snap gambar kat bawah tu...Comel tak Syifa dalam buaian tu? lucu pun ada.....Kenduri ni buat kat kampung tak buat kat sini....buat dekat  rumah mak mertua aku kat Perak.Nak buat kat Terengganu jauh sangat tak sempat cuti pendek..lagipun anak aku yang pertama nak sekolah.Majlis ni syifa naik buaian...and cukur rambut..tapi syifa tak cukur rambut pun..Abahnya tak nak cukur sebab dah 2 bulan.Yang lain semua cukur..Syifa jer tak cukur....Tak per lah syifa...Majlis kenduri ni buat hari Ahad..tak jemput ramai pun...cuma jemput orang untuk marhaban dan warga wanita sahaja untuk makan2 hehehe..Dapatlah duit orang sedekah 91.00 rm untuk Syifa...Alhamdullilah....rezeki syifa....korang layan jer lah gambar yang aku snap ni...
Tengok makcik tudung putih tertidur..
Kusyuknya marhaban
Layan jerlah makcik marhaban
Makcik2 marhaban
Tembamnya pipi
Alamak mulut terbukak
Terlena
Terlena seketika
Syifa 2
Syifa 1
Tengok Apa tu?
Dah tertidur anak Ibu

01 May 2011

Kakak

Jusco Bukit Tinggi
Summit Subang Jaya

Nur Faqihah Syifa

Apa yang Di renungkan...

Termenung jauh nampak...
Gambar Hitam Putih
Sedihnya Muka Syifa...

Bowling Summit

Ni cerita dua tiga hari yang lepas.....Ada aku kisah! hehehe...Ni blog Aku...Suka hati akulah nak story yang bulan lepas ke yang 2 bulan lepas ke..Tak gitu hehehe...
Aku dengan my hubby pegi main bow kat Summit.Kauorg pernah main bowling ke? Tentu You All hebat macam aku...(Perasan teror) Masa aku dengan my hubby main bowling sempat jugaklah ambik picture my chilldren hehehe Speakinglah pulak ya.....Adalah beberapa keping gambar my chilldren, lagipun dah lama tak story pasal my chilldren...huhuhu.....Kat bawah ni pictre my chilldren....Layan jer lah...
Nur Fatin sahira




























Alamak ada satu jer...Mana pegi yang lain Waaaaaaaaa

Dah hilang @ aku delete sebab tak cantik Almaklum Ambik pakai

Telephone Chap Ayam

huhuhu