Showing posts with label My Resepi. Show all posts
Showing posts with label My Resepi. Show all posts

20 July 2014

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum...

tadi ronda2 jap kat blog seorang blogger dan terbaca resepi donut nie....terasa mau buat...tapi tak tahu bila lagi.....anak-anak aku memang hantu donut...sebelum nie ada jugak salin resepi...buat2 tak jadi gebu....huhuhu nak try ikut resepi nie pulak hihihi mana tahu kot2 jadi....Resepi aku Copy Sini


Bahan-bahan: tepung cap Itasir, butter cap Tantura, gula perang dan natural yis serta segelas sederhana air suam.

Cara membuat:
1. Letakkan 3 sudu makan yis dan sesudu makan gula.
2. Curahkan air suam segelas sederhana dan gaul sebati.
3. Campurkan 3 sudu makan butter Tantura dan gaul mesra.
4. Letakkan tepung mengikut kuantiti air tadi.
5. Biarkan doh kembang kira-kira sejam.
6. Tumbuk doh dan uli memanjang seperti rantai tangan. Sambungkan hujung dan hujung membentuk tayar.
7. Setelah semua telah terbentuk, panaskan minyak dan goreng.
Selesai.

Ini rupa doh yang menggebu kembang.

24 November 2013

Pau Kacang Merah






400gm tepung pau
50gm gula halus
10gm yis
8gm baking powder
15gm shortening
200gm air
sedikit garam

1. campurkan yis dgan air
2. campurkan bahan2 lain dgan yis tadi gaul jadi doh
3. timbang 50gm setiap satu
4. biarkan 20 minit isikan inti
5. kukus sehingga masak



Resepi nie aku copy dari FB Roslina tak pernah buat pau...nanti nak cubalah hihihi

08 November 2013

Resepi Sphagetti Cik Rose Cute

Assalamualaikum...



Semalam aku buat Sphagetti...Sebenarnya nak buat Sphagetti nie...aku fikir banyak kali kerana cik hubby dengan anak2 kurang suka dengan masakan ala-ala orang putih nie...tekak mereka tak boleh masuk kikiki...aku sorang jer yang sangat2 suka sphagetti.

Akhirnya aku buat jugak versi aku sendiri janji sedap dan mereka boleh jugak makan...

Resepi Cam biasalah...


  1. Sos Prego
  2. daging burger ramli (aku guna 2 keping ikut selera korang)
  3. bawang besar
  4. bawang putih
  5. sos tomato
  6. sos tiram
  7. tomato
  8. carroct
  9. garam/gula
  10. air putih
  11. daun bawang/daun sup
  12. minyak masak 
  13. sedikit cili boh

Jangan lupa masak mee sphagetti dalam periuk panas letak garam campur minyak..


Cara2 Membuatnya

Bawang besar dan bawang putih di potong halus,daging burger ramli tue rendam dengan air supaya lembut,carot dengan tomato potong halus.

Macam biasalah mula2 korang panaskan minyak,tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.

Pastu masukkan sedikit cili boh,sos tomato,sos tiram gaul bagi sebati dan juga masukkan tomato dengan carot,

Masukkan daging burger sebelum tue korang patah2kan,last sekali baru masukkan sos prego,kacau sehingga semua sebati...kalau korang rasa kuah tue pekat tambah air ikut selera masing2...semalam aku buat,kuah tue bagi cair sikit sebab dorang kat rumah nie suka kuih cair tak suka kuah pekat.

Last sekali masukkan garam dengan gula secukup rasa..

Selamat Mencuba Okey

Untuk pertanyaan Cik Jari Manis tentang Sos Prego tue...Akak pun tak pasti huhuhu





05 March 2013

Sup Sayur Campur Pedas dan Masam


Bahan
  • 10-12 ekor udang sederhana, dibuang kulit dan dibersihkan
  • 1/2 cawan udang, dimasak
  • 1 cawan kubis cina yang dihiris
  • 1 cawan lobak putih yang dipotong
  • 1 cawan kubis yang dipotong
  • 1/2 cawan kacang panjang yang dipotong
  • 1 cawan kubis bunga yang dipotong
  • 1/2 cawan pes kari pedas dan masam (rujuk cara membuatnya di bawah)
  • 4 cawan stok sayuran
  • 1/3 cawan sos ikan
  • 3/4 air asam pekat
  • 2 sudu besar gula melaka (jika suka)
Cara Memasak
  1. Tumbuk pes kari dengan udang masak sehingga sebati. Ketepikan
  2. Panaskan stok sup sehingga mendidih. Masukkan pes kari masam dan udang. Apabila mendidih, masukkan udang, diikuti dengan lobak putih dan kubis bunga. Apabila masak, masukkan kacang panjan, kubis dan kubis cina. Biarkan mendidih.
  3. Perasakan dengan sos ikan, gula melaka (jika suka), dan air asam pekat. Biarkan mendidih. Angkat daripada api dan sedia untuk di hidang.
Pes Kari Pedas Dan Masan
Bahan
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 camca besar bawang merah yang dihiris
  • 1 camca teh bawang putih yang dihiris
  • 1 camca teh belacan
  • 50g ikan atau udang direbus
  • 1 camca teh garam
Cara Memasak
  1. Buang biji cili kering. Potong dan rendam dalam air sehingga lembut. Tuskan sehingga kering.
  2. Tumbuk cili kering dengan garam sehingga menjadi pes. Tambahkan bawang merah dan bawang putih dan tumbuk sehingga menjadi pes yang sebati.
  3. Masukkan balacan, ikan atau udang rebus dan tumbuk sehingga lumat.

Nota Pink:Kredit Nasuha aku nak cuba buat nanti...nampak sedap....

28 January 2013

Resepi Donut Gebu Dari Izan



Resepi dari blog  Izan Mama Mia 

Resepi nie..aku nak simpan...kot2 nanti kalau ada masa nak cuba resepi nie....anak2 aku memang hantu donut....Resepi yg izan share nie lain pulak....sebab taruk ubi kentang....Kalau korang nak try resepi nie..tgk kat bawah ya....Tq Izan kerana share resepi donut gebu gebas nie....Sayang izan ketat2... 
Bahan
kentang direbus serta dilenyek..sejukkan dalam peti sejuk
tepung gandum
mauripan @ yis
gula
sebiji telur
majerin..(mama guna minyak masak sebagai ganti majerin )
air sejuk
susu tepung
garam

Caranya
bancuh mauripan dengan air sejuk
adun gula,..telur,.garam ,..susu tepung dan tepung gandum..dengan air sejuk,
masukkan kentang....masukkan mauripan...
uli sampai jadi doh...
terap dengan acuan..biarkan seketika hingga ia kembang sedikit..
goreng dalam minyak panas...
golekkan dalam gula...

p/s...makan begitu saja pun sedap juga tanpa salut gula...
p/s...jangan bancuh mauripan dengan garam atau air panas,..nanti mauripan merajuk taknak naik kembang!!..


Pssttt!! kat atas tue pesanan izan....Patutlah aku buat donut bancuh yis gan air suam....pastu donut aku tak gebu gebas hihihi...jadik kecut....

18 December 2012

Teknik Goreng Ayam

Bahan-Bahan :

Seekor ayam potong 8
6 cm halia ( kisar )
8 ulas bawang putih ( kisar )
10 cm lengkuas ( hiris )
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Garam

Cara menyediakan :

1 . Gaulkan ayam bersama halia , bawang putih , lengkuas , serbuk kunyit , serbuk kari dan garam . Kemudian perap selama 1 jam .
2 . Pecahkan telur dan gaulkan bersama ayam dan goreng .
3 . Makan ketika panas .
 
Pssst!!! memang sedap giler....Cubalah kalau tak caya...

17 December 2012

Resepi Durian Crepe

! Assalamualaikum !
Tiba-tiba jer aku terasa mau google cara2 membuat durian crepe yg di sukai ramai....hihihi akhirnya terjumpa jugak resepi nie terus copy....mana tahu ada masa dan waktu ingin mencuba resepi nie....
resepi durian crepe
BAHAN - BAHAN
Kulit Pancake:
  1. 250 gm tepung gandum
  2. 3 biji telur
  3. 500ml santan
  4. ½ sudu teh garam
  5. 1 sudu teh asen vanila
  6. Pewarna hijau / kuning
Bahan Inti:
  1. Non-dairy Whipping cream + gula (manis ikut citarasa masing2)
  2. Isi durian 



CARA - CARA  

Kulit: 
  1. Blend semua bahan
  2. Tapiskan
  3. Buat dadar (Tidak perlu diterbalikkan)


Inti: 
  1. Pukul non-dairy Whipping Cream dan gula sehingga menjadi cream/kental
  2. Isi durian dilumat kasar
Pancake Durian: 
  1. Ambil sehelai kulit pancake, letakkan whipcream
  2. Kemudian letakkan isi durian diatasnya.
  3. Lipat dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.

Pssttt!!! tengok resepi cam susah jer huhuhu...boleh ke aku buat.....entah2 tak jadi  kikiki ,baru sampai dari kampung....pukul 5.30pm...kat selangor hujan teruk sepanjang jalan tadi....Tempat korang hujan tak?

12 October 2012

Tauchu Ikan Merah

Korang cuci mata dulu dengan masakan aku yg simple nie...hari2 aku suka masak benda simple kikiki...Amatlah jarang aku masak yg kari2...Lagipun dorang suka lauk yg simple jer...janji sodap...

Ikan merah dua ekor jer aku letak...cukuplah buat kami...ikan nie goreng garing2...

Bawang besar,bawang merah,bawang putih,halia dan lada kaler hijau...(jangan kaler lain tau..tak menarik) jangan lupa sedikit air asam jawa dan juga kicap..

Kalau masak tauchu perencah nie wajib ada...

Inilah hasilnya....Abaikan kuali berkarat aku tue...aku nak cepat..aku snap jer dalam kuali untuk korang mencuci mata...kikiki....ada sesiapa telan air liur tak?


My Note:Aku pasti korang semua tahu buat lauk niekan....Dulu aku tak teror masak nie...aku belajar dari mil aku....kerana incik hubby suka masak nie...terpaksalah aku belajar demi cinta hati tersayang...(orang ganu jarang masak gini kikiki)



Jom Join SAYS Malaysia Dapat Free Rm 5.00 

19 July 2012

Tart Telur Kesukaanku

 
Bahan Pastri:


400 g tepung gandum
50 g tepung kastard
250 g mentega
50 g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
** Tepung gandum dan tepung kastard di ayak.

Bahan inti
4 biji telur
130 g gula pasir
260 mls air panas
2 sudu makan susu sejat atau evaporated milk
1/2 sudu teh esen vanilla
** kacau Gula pasir dan air panas hingga gula nya larut dan kemudian di sejukkan air gula nya.


Cara buat pastri
Putar mentega, esen vanilla dan gula aising hingga sebati.
Masukan telur, putar lagi sehingga gebu. Madukkan campuran tepung yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi pastri yang lembut.

Rehatkan pastri selama 10 - 15 minit.
Saya terus tekan adunan ke dalam acuan tart dan cucuk lubang2 pada dasar pastri dgn garpu.

Bakar di oven 180 deg cel selama 5 a 10 minit.

Cara membuat inti
Kacau air gula dengan telur sehingga rata. Tapis.
Tuang ke dalam pastri yang telah di bakar.

Bakar lagi di ketuhar 200 deg cel selama 10 - 15 minit.



Makan Waktu panas memang sedap!!!!
~~~~ Selamat mencuba ~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mee Udang Pujaan Hatiku

Resepi Untuk Di bulan Ramadhan.....Korang layan jerlah hihihi


UNTUK KUAH

300gm udang
1 liter air
3 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kering kisar
2 sudu bsr sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 biji tomato - ptg dadu
1 biji kentang direbus dan diblend
segenggam udang kering blend bersama cili kering td
1 kiub pati ayam
sebatang karot - ptg ikut suka
sawi
garam + gula secukup rasa
1/2 cawan minyak utk menumis
mee kuning 1 bungkus ( dicelur)
daun bawang, daun sup dan bawang goreng utk hiasan

cara membuatnya:
1. panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkn cili kering yg diblend bersama udang kering tadi. kemudian masukkn air dan semua bhn di atas kecuali udang dan sayur. biarkn ia mendidih...dah didih masukkn karot, kobis dan udang..biarkn dlm 10 minit..masukkn sawi...dan boleh tutup api.


Okey Bye....Selamat Menjamu mata Di pagi Hari....

18 July 2012

Ikan Siakap 3 Rasa..


Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan:
Utk ikan:
1 ekor Ikan Siakap
Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng ikan

Utk kuah:
1 biji bawang besar - potong dadu
3 biji bawang putih - diketuk
10 biji cili padi - potong menjadi kecil
1 inci halia - dihiris menjadi kecil
1 biji tomato - potong dadu
Segenggam nenas - yang dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
Ikan dibersihkan dan ditoskan
Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knorr.Pastikan semua bahagian di lumur rata
Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
Goreng terendam ikan tersebut
Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali yang lain
Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
Kacau sebentar
Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
Masukkan air sedikit
Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
Biarkan kuah mereneh seketika
Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
 
Selamat Menjamu mata ya..ok bai!!
 

14 July 2012

Jom! Makan Pizza Buatan Sendiri

Sebelum di masukkan dalam Oven...


bahan2 - utk doh
2 cawan tepung gandum
2 st mauripan
1/2 st garam
1 st gula
2 st minyak masak
1/2 cawan air suam
campur semua bahan gaul rata...masukkan air sedikit demi sedikit...hingga tidak meleket di tgn...rehatkan selama 60 mint

bahan2- utk sos pizza
1 labu bawang besar}
2 ulas bawang putih } dicincang
2 biji tomato }
2 sdb minyak masak
3 sdb tomato puri
2 sdb sos tomato
gula dan garam
tumis semua bahan,masak hingga pekat..

bahan2-utk topping
mengikut citarasa sendiri...contoh
udang,sosej,daging,ayam,lada benggala,cendawan.tomato,nenas, keju...dll

cara2
sapukan loyang dgn minyak...canai doh setebal 2cm...masukan doh kedlm loyang...biarkan 10mint,cucuk doh dgn garpu..utk keluakan angin..
sapukan doh dgn sos pizza td...taburkan keju parut...atau keju keping (4 keping)..taburkan pula bahan kesukaan anda...akhir sekali tabur keju sekali lg.
bakar selama 25-30 mint...dgn suhu 200"c.

Selamat menjamu mata oke Bye!!!

05 July 2012

Photo Of Asian Food Channel

Bukak fb terpandang kuih yg berwarna warni nie....memang cantik kalernya...mesti sedap....

Nama kuih nie..kuih Lapis sagu....Kalau  korang nak tengok recepi klik Sini


My note: aku rasa aku tak boleh buat kuih lembik2 nie....mau tak jadik...hihihi...kuih nie kena betul2 teliti membikinnya...betul tak? mungkin blogger Tina Othman  tau buat diakan aspek memasak nie...blog dia pun blog resepi yang beraneka resepi....Aku suka pergi blog Tina..cuci mata hihihi

25 June 2012

Masak Tauchu Ikan Merah

Setiap surirumah pasti ada menu untuk memasakkan......,yang korang selalu masak apa?aku lebih suka memasak lauk yg simple2.....bukannya aku seorang yg pemalas tau..... famili kecik aku  lebih suka lauk yg simple...contoh lauk kat bawah...

Nielah bahan-bahan yg di perlukan hihihi

Ikan merah dua ekor yg telah di goreng siap oleh aku

Cili hijau besar....Emmm aku paling suka cili...

Gambar yang sudah siap di masak...aku fokus dekat2...Nanti nampak pulak dapur aku yg comot hihii

Ikan kembung goreng nie...goreng garing-garing memang sedap...

P/S:Menu nie...entah bila punyer aku dah lupa hihihi...sibuk memanjang....Korang pernah tak masak tauchu...Tauchu korang ada tak sama gan tauchu aku hihihi

13 June 2012

Cekodok Pisang

Cekodok nie Aku buat petang semalam....untuk jamu anak-anak aku....Hasilnya kecik....mula2 goreng kembang sikit pastu bila dah sejuk kecup pulak jadiknya....

Selamat Menjamu mata.....Anak-anak aku suka cekodok pisang...,Kejap lagi lagi aku terjah blog korang...aku nak masak kejap hihihi

11 June 2012

Mee Sup Simple

Petang semalam aku buat mee sup yang sangat-sangat simple hihihi...tak letak banyak barang....just sayur,telur,fish cake dan ikan bilis itu sahaja....

Mee kuning yang sudah aku basuh dan keringkan airnya....

Aku letak dua fishcake nie....anak-anak aku tak suka sangat hihihi...

Yang pasti telur 2 biji baru sedap....

Aku dah tumis bawang putih gan bawang merah....Ikan bilis aku dah tumbuk lumat2 untuk memekatkan air sup....Lagi banyak ikan bilis yg di tumbuk lagi sedap....Nampak tak cilipadi kat dalam kuali tue....Aku tak potong takut budak2 nie pedas...(Cilipadi tue aku punyer hihihi)

Dah tinggal sikit baru aku ingat nak snap gambar yg sudah siap masak....hihihi Selamat Menjamu Mata ...okey Bye!!!

10 January 2012

Donut Coklat Rice Hasil Dari Tanganku Sendiri

Semalam aku try buat donut Coklat tau hihihi...nasib baik menjadik.....lembut pun lembut....Anak aku yang sulong..si kakak tue memang hantu donut coklat...kadang2 tue kalau beli kat kedai kek tak cukup kalau beli dua.....untuk dia sorang....Terpaksalah ibunya belajar buat donut coklat hihihi...tak payah beli...nak makan buat sendiri...jimat!!!   walaupun rasanya...lain sikit janji donut coklat....betul tak....Aku pun hantu donut....
 Penat uli tepung nie....nak bagi sebati dan lembut....cam lembik jer hihihi

Abaikan bekas aku yang tak cantik tue....nie nak perap sekejap selama 2 jam....bagi kembang....Kembang ke....Emmmm tunggu jer la....


Hasilnya.....Donut yang dah di goreng....biarkan sejuk...aku nak letak coklat gan rice kat atas....tak bulat sangatlah....hihihi First time buat....Lantak la....janji sodap!!!...

Dah nak rosak dah tungku dapur aku hihihi abaikan....Coklat dah hancur....Bekas nie mak mertua kasi....comel jer....

Dah letak coklat....gan rice....bila tengok dalam picture cantik jugak donut coklat rice aku....meleleh tak air liur korang...hihihi..(perasan!!) biar coklat kering dulu baru sedap ngap!! betul tak??

P/S: Bila dah siap...anak-anak aku dah tak sabar nak ngap kau.....

02 December 2011

GARLIC BREAD WITH MUSHROOM SOUP

Ha...aku copy resepi dari  Ratu Siput...Nampak cam sedap jer roti tue cicah gan soup....aku nak try buat hihihi Korang terliur tak....Waktu aku singgah blog Ratu siput terus aku teringin nak buat roti nie...




GARLIC BREAD WITH MUSHROOM SOUP
by izan

BAHAN UNTUK ROTI : 

4/5 keping roti potong gardenia
1 sudu kecik serbuk italian herbs
3 sudu besar butter/planta
2 biji bawang putih

CARA : 

1. rebus bawang putih hingga lembut kemudian tumbuk sederhana lumat.
2. campurkan/sebatikan bersama butter.masukkan serbuk italian herbs dan gaul sebati.
3. sapu pada roti.kemudian roti dipotong tiga bahagian (pakai kitchen scissor tu je).bakar selama 10-12 minit dengan kepanasan oven 180-200 darjah celcius (sebelum tu panaskanlah dulu oven tu ye cik kiah).

BAHAN UNTUK SUP CENDAWAN : 

2 peket sup cendawan campbells
400 ml air
1 sudu kecik lada sulah

CARA :

1. campurkan serbuk sup bersama air dan masak di dalam periuk.masukkan lada sulah.
2. kacau sehingga pekat dan mendidih.sedia untuk dimakan panas2 bersama roti bawang putih.

28 October 2011

Mihun Kantonese by ratu siput

Bukak jer blog Ratu siput terus aku terliur and copy resepi...hihihi anak-anak aku mesti suka kalau jenis yg berkuah nie.....Hai! Cik Ratu kau jangan marah pulak copy paste resepi nie...dengan gambar2nya sekali bagi orang terliur hihihi




 


 
MIHUN KANTONESE 
by Ratusiput


1 bungkus mihun / kuew tiew 
2-3 biji telur
1-2 sudu besar kicap cair


3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 kiub ayam
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar serbuk lada sulah
udang
sotong
isi ayam (fillet)
sayur-sayuran (carrot, kobis bunga, baby corn, sawi)
fishcake (dihiris nipis)
2 biji telur
tepung jagung

CARA-CARA :


untuk mee
1. mihun/kuew tiew dicuci bersih, dicelur dan ditos.kemudian gaulkan bersama telur dan digoreng sekejap bersama sedikit kicap cair sehingga sedikit garing.


untuk kuah
1. tumiskan bawang putih bersama halia yang telah ditumbuk sederhana lumat sehingga naik bau.kemudian masukkan 4-5 mangkuk air (size seperti mangkuk plastik taufufa pasar malam).
2. kemudian masukkan kiub ayam,sos tiram,lada sulah,carrot dan baby corn.biarkan sehingga mendidih.
3. apabila mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung.kacau sebati dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat.masukkan garam dan ajinomoto.masukkan juga udang,sotong fillet ayam,hirisan fishcake dan sayur sawi.biar masak untuk 3-5 minit.
4. tutup api kemudian pecahkan telur.gaul sebati.boleh terus dicurah di atas mee untuk dihidang.sedap dimakan ketika kuah masih panas dan jangan lupa lada jeruk untuk melengkapkan rasa.

23 August 2011

Resepi Nasi Ayam Simply dari Lya

Askum semua... kali nak share cara nak buat nasi ayam yang paling simple & senanng.. Ekceli menu ni saya buat hanya dgn mgunakan bahan2 y sedia ada di rumah.. So, mmg sgt2 x perfect.. 

SUP AYAM
Cara-caranya :
1. Masukkan bawang merah+putih y di blender + air dlm periuk
2. Masukkan halia y diketuk
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan perasa
5. Masukkan daun sup semasa nak hidang.
( Simpan sedikit air rebusan ayam untuk nasi ayam)

NASI AYAM
Cara-caranya :
1. Basuhkan beras & toskan hingga kering
2. Cairkan sedikit marjerin dalam periuk nasi
3. Masukkan beras yang ditoskan & gaul nasi dengan marjerin td.
4. Masukkan air rebusan ayam ( ambik dari sup) mengikut sukatan nasi.

AYAM
Cara-cara :
1. Perapkan ayam dengan bawang merah+bawang putih y diblender.
2. Masukkan sedikit sos  tiram & kicap..
3. Perap seberapa lama utk dptkan rasa y sedap sebelum di goreng.
4. Bergantung pada citarasa, boleh cincang ayam y siap digoreng & tuangkan kicap cair.


P/S: Aku nie pantang tengok nasik ayam...mesti mintak resepi  hihihi...Aku hantu nasik ayam...